Review Buku - ANTOLOGI PERISA

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua!

Buat peminat dunia bacaan, satu lagi buku yang akan aku review untuk hari ni iaitu: "ANTOLOGI PERISA" by Kolektif ZSM. Honestly, buku ni memang aku baru je beli minggu lepas. Rasa nak ketawa besar sebab macam pecah rekod aku berjaya habiskan baca buku yang baru aku beli. Sebelum ni buku banyak kena peram, babe. Tahniahlah sebab buku ni dapat tarik perhatian aku nak baca.

Agak-agak sebab apa aku pilih buku ni untuk aku baca ye? Sebab utama dia buku ni nipis! Hahaha. Serius aku belum betul-betul ada mood nak membaca. Tapi aku gigihkan juga kalau tidak nanti SKT tahun 2018 aku tak berjaya.

Menurut pepatah orang putih ada mengatakan; 'Don't judge the book by its cover.' Tapi untuk kali ni aku memang buat book selection by the cover itself. Serius. Aku tertarik dengan cover buku ni. Ada gambar tumbuhan herba, rempah ratus, buat aku rasa macam nak memasak pun ye. Warna coklat nude cover muka depan dia pun dah terasa macam aku pegang megazine masakan lain contoh macam Saji, Rasa etc dengan tema 'Resepi Zaman Berzaman'. Cantik sangat! Kredit aku bagi pada M. Faiz Syahmi yang design cover buku ni. Applause for you.

Buku ni mengandungi 16 tajuk dari 16 orang pengarang. Apa yang menarik, pemilihan tajuk-tajuk berasaskan nama makanan, minuman dan rasa. Sesuailah dengan tajuk buku ni 'Antologi - PERISA'. Pelbagai rencah dan rasa disatukan dalam buku ni. Setiap tajuk yang dipilih dalam sesuatu cerita melambangkan simbolik kepada kehidupan kita di muka bumi. Rasa kopi yang pahit, dimakan bersama gula kapas yang manis, diselang-selikan dengan rasa masam dari jeruk asam sebagai snek akan membentuk satu rencah baru dalam kehidupan. Baru ngam hidup kan. Ada manis, masam dan pahit.


Satu lagi aku suka tengok tulisan dan bentuk ayat dalam buku ni. Ala-ala urban gitu. Aku memang nak belajar buat ayat macam ni. Isyy.. Banyak yang aku kena belajar lagi ni kalau nak jadi penulis yang versatil. Mana-mana penerbit pun karya aku boleh diterima.


Jom kita tengok serba sedikit apa yang menarik dalam buku ni sampai aku boleh habiskan bacaan dalam masa sehari je. Wah! Bangga sungguh rasanya ni. Hehehe.


INFO BUKU

Tajuk :  Antologi Perisa
Penulis : 16 Penulis Kolektif ZSM
Terbitan : Terfaktab Media
Halaman : 154 m/s
Harga : Tidak Dinyatakan (Aku beli dengan harga RM 10)


Hidup adalah umami

REVIEW BUKU

1. Seplastik Teh Madras - Ismail Suhadi
Bercerita tentang hidupan mahasiswa dan mahasiswi universiti. Di mana darah muda yang masih meresap dalam diri mereka sentiasa inginkan sesuatu kelainan yakni pemberontakan sentiasa ada dalam diri. Kalau dah nama darah muda, elemen cinta pasti akan terselit sama dalam cerita.

"Teh Madras ada dua bahagian terpisah sebelum dibancuh jadi satu.  Di bawah susu dan diatasnya teh. Dan inilah kecantikan Teh Madras."

2. Mocha Laici - Linda Zizan
Berkenaan kisah hubungan rapat antara lelaki dan wanita. Lelaki sukakan manisnya laici dan wanita sukakan pahitnya mocha. Dalam rasa manis dan pahit, pasti masing-masing memerlukan antara satu sama lain agar rasa itu seimbang.

"Aku perlukan seorang yang boleh menjadi perisa mocha, dalam hidup aku yang penuh dengan kemanisan ini."

3. Sirih - Abu Abbas
Cerpen yang ni agak tinggi bahasanya. Kiasan-kiasan klasik dan kisah sejarah diadun di dalam kisah ini. Sejujurnya aku kena baca semula untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Maaf pengarang. Aku terlalu naif tentang sejarah silam. Jadi aku perlu menekunnya terlebih dahulu. Mungkin aku akan faham lepas ni. Bahasa penulis ni memang menarik dan buat aku nak belajar cara menulis macam ni.

"Pedas sungguh sirih keling, dari mana tuan, tembakau, bunga cengkih, gambir, dengan pinangnya?"

4. Bak Kut Teh - Matini Muaz
Serius kisah ni memang agak pelik sedikit namun ada humor dan pengajaran yang diselit di situ. Pengajaran yang boleh diambil, untuk ibu mengandung, jangan mengidam yang bukan-bukan, ok. 

"Talak mau susah hati lo... ini bak kut teh kedai gua halal punya!"

5. Pahit - Ariff Masrom
Cerpen yang ni antara yang aku suka. Kisah anak dan ayah. Bagaimana rapatnya seorang anak dan ayah. Digarapkan bersama dengan permainan catur. Siapa kalah dendanya kena minum 'Kopi Catur' - Kopi pekat tanpa gula. Pengakhiran kisah yang menyedihkan memang buat hati aku tersentap pilu.

"Zali. Nah 'Kopi Catur' kegemaranmu. Ayah yang bancuh sendiri untukmu."

6. ABC - Johan Radzi
Hubungan yang rapat antara atuk dan cucunya. Kisah ni juga menarik minat aku membacanya. Menjadi cucu kesayangan dan segala nasihat diucap dengan lembut oleh atuknya. Setiap kali ada masalah, pasti atuk bawa Fiq minum ABC. Mungkin untuk redakan kemarahan atau mungkin mengurangkan tekanan yang dialami. Tapi sayang, langit tidak selalu cerah.

"ABC yang terlalu banyak rencah akan rosak perisanya."

7. Koshary - Kushairi Zuradi
Membaca kisah ni membuatkan aku mengenal apa itu Koshary - sejenis makanan kebanggaan penduduk Mesir. Juga sedikit sebanyak diselitkan perbualan dalam bahasa Mesir. Penulis menceritakan serba sedikit dengan pergolakan yang berlaku di Mesir. Berkenaan Presiden Mesir dan juga para penyokong Parti Ikhwanul Muslimin.

"Koshary is the fuel for our revolution."

8. Gula Kapas - Api Hussein
Kisah sahabat Fik & Tia. Gula kapas menjadi medium utama bagi bercerita tentang kehidupan. 

"Terima kasih Tia, gula kapasku."

9. Sampoerna 16 - Nasyrun
Cerita hanya 3 m/s. Cerita paling pendek. Cuma merungkaikan tentang kehidupan di Kota Kuala Lumpur. Rokok dan Kuala Lumpur. Ada kena mengena ke? Dalam maksud tu. Hahahaha.

"Kuala Lumpur ini boleh diibaratkan sebagai batang-batang rokok Sampoerna."

10. Teh - Izza Hashim
Yang ni pun aku suka jugak jalan cerita dia. Kisah Teh vs Kopi. Bagaimana rasa bila kau dikelilingi dengan pesaing yang hebat. Jadi negatif, atau positif. Pilihlah.

"Oh, rupa-rupanya air teh tetap menjadi peneman saat matahari hampir terbenam."


11. Sotong Bakar Dalam Kertas Masa - Ophan Bunjos
Kisah 3 sahabat, sotong bakar dan kapsul masa. Setiap seorang mempunyai kerjaya yang berbeza dan citarasa yang berbeza. Namun mempunyai 1 tujuan. Bertemu semula selepas 12 tahun dan membaca kapsul masa yang tertanam 12 tahun lepas. Suka aku dengan garapan cerita ni. Keakraban dalam bersahabat jadikan satu contoh yang baik. Ibarat Cubit paha kanan, peha kiri terasa. Seburuk-buruk sahabat, dia tetap teman dunia akhirat.

"Simpan sedikit sotong bakar kamu nanti - sahabatmu -"


12. Americano - Ashraf Faisal
Kisah 3B - Budak (Barista), Boss (majikan) & Bapak (Bekas Barista). Politik dalam kerja dirungkai dalam bentuk kiasan bancuhan kopi Americano. Menarik, kan. Tapi jika kesilapan kita menyebabkan kemusnahan hidup orang lain macamana pula, ye? Perlu selfish? Fikir-fikirkanlah.

"Kalau diibaratkan Americano adalah kerja keras, semuanya tiada nilai jika dituang dalam cawan yang salah."

13. Ketum - Lang Rahman
Aku dapat ilmu serba sedikit tentang ketum ni. Ada orang asalnya gunakan ketum untuk tujuan tenaga dalam bekerja, tapi kalau dah salah guna? Lain macam dia punya pergi, bhai!

"Benar kata orang, sedut asap dalam botol selepas minum ketum, efeknya serupa syaitan."

 14. Vodka Ribena - Hdayyah T'mizi
Cerita ni agak 18sx sikit la. Kategori untuk pembaca matang. Tapi ni kisah dunia juga. Haruan makan anak. Takde apa yang mustahil dalam dunia ni memang ada macam tu. Mengorbankan anak demi politik. Satu perkataan untuk orang macam ni - Keji!

"Hidup ini tak ubah macam Vodka Ribena."

 15. Masam - Nabila Najwa
Mula-mula baca memang rasa macam ok la kisah ni. Kisah budak remaja. Cinta monyet antara mereka. Tapi aku tertarik dengan akhir cerita. Lain dari yang lain. Aku tak terfikir terselit humor dekat situ. Gila! Hahaha.

"Asam itu dadah! Merosak otak, merosak jiwa!"

16. Tawar - Syakirin Daud
Yang ni pun best. Tapi ada unsur-unsur LGBT yang tak keterlaluan. Sikit la. Dekat akhir cerita ada disentuh tentang tu. Tapi fun la jugak baca santai-santai, kan.

"Dia bilang pada aku bahawa hatinya sudah tawar. Aku kunyah perlahan-lahan. Kunyah-kunyah dan telan. Eh. Betullah tawar (hati)."



 RATING BY ME :      3.5/5 STAR (😄😄😄.5)

#terimakasihsudisinggah

Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap