Posts

Showing posts from 2020

Review Buku : I LET YOU GO

Image
Assalamualaikum & Salam Hujung Minggu Gais! Dah berminggu-minggu aku asyik tayang resepi aje kan? Sesekali kenalah juga share benda yang menjadi hobi utama aku. Membaca! Ya, untuk kali ni, aku nak review sikit novel English yang sempat aku baca untuk tahun ni. Kalau ikutkan ni novel yang ke-20 aku berjaya habiskan. Haduuu... agak sedikit lembab graf pembacaan aku tahun ni. Target 50 buku setahun tak pastilah dapat capai target ke tak. Jarang-jarang sekali aku review buku omputih kan? Kenapa kali ni aku ter'rajin' nak review? Sebab buku ni serius best! Sebelum tu, aku just nak share dengan korang mana aku beli buku ni. Aku beli secara online melalui BookXcess. Asalnya nak cari buku-buku ilmiah berkaitan mental illness. Tapi ter'usyar' pulak novel yang best kat katalog BookXcess ni. Apalagi, lajulah tangan aku klik masuk bakul. Then terpilih, and finally ter'bayar'lah. Aku beli 6 buah novel english. Haaa... 6 buah novel ok... ada korang nampak buku

Resepi : Cucur Udang Geragau Sedap

Image
Assalamualaikum & Selamat Petang Semua! Hujung minggu ni, bila dah tak apa apa nak buat, mulalah mulut rasa nak mengunyah kudap-kudap. Haishhh... tu yang susah nak diet tu. Asyik nak mengunyah aje 24 jam. Sigh. 😧 Korang buat apa tu untuk minum petang? Aku macam biasalah. Buka peti sejuk, tengok apa ada dalam peti, tengok dapur, perhati apa ada kat dapur. Then, nampaklah udang geragau dalam peti ais. Ni kalau buat jemput-jemput or orang utara cakap cucur ataupun bahasa hipsternya welcome-welcome udang geragau memang terangkat ni. 😋 Tengok bahan yang ada kat dapur pun dah cukup lengkap, maka bermulalah projek buat jemput-jemput udang geragau. Cucur Udang Geragau Kalau orang Melaka, dorang lebih suka panggil cekodok udang geragau. Biasa memang terkenal dekat Melaka. Last sekali aku makan masa pergi Kelebang ritu. Kat area Cocunut Shake Kelebang ada jual cucur udang geragau ni. Boleh tahan sedap jugak. Kali ni semua bahan ada, apa lagi, terhasillah cucur udang geragau

Resepi : Jemput-jemput Pisang Gebu dan Rangup

Image
Assalamualaikum semua! Kita jumpa lagi. Fuh! Lama tak bersiaran, kan. Lepas PKP ritu, dah mula kerja ikut jadual yang sepatutnya sempena PKPP. So dah jarang-jaranglah kita masak-masak ni. Harapkan hujung minggu aje. Maklumlah wanita bekerjalah katakan... 🙊 Untuk kali ini, sajalah nak kongsi dengan korang semua resepi jemput-jemput pisang yang gebu di dalam & rangup di luar. Masa panas rangup krup krap krup krap. Masa dah sejuk pun masih lembut lagi.  Jemput pisang gebu & rangup. Selalu aku buat jemput-jemput ni resepi original. Cuma guna pisang, tepung, gula, garam dan air. Actually aku lebih minat resepi original ni. Cuma kali ni aku try letak serbuk penaik (baking powder) nak tengok macamana dia boleh pergi. Lagipun mak aku katanya dia suka makan jemput pisang yang ada letak baking powder. Kontra sungguh citarasa aku dan mak aku, kan? Hahahha. But it's ok. Demimu mak tercinta, kusanggup buatkan apa sahaja permintaanmu. Yang penting mak aku suka dengan air

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera korang... Berminggu-minggu juga aku tak menulis dekat sini. Ni semua gara-gara aku frust sebab tiba-tiba aku perasan beberapa gambar dalam thread aku sebelum-sebelum ni hilang dari radar. Hahaha. Tepuk dahi oiii... 😄 Ntahlah aku pun tak tau apa puncanya. Aku ada try intai-intai Encik Google, katanya sebab aku terpadam gambar dalam source asal. Kebetulan memang pun aku delete gambar-gambar dari phone aku. Tapi sebelum-sebelum ni aku delete ok aje. Tak tau kenapa kali ni hilang pulak. Tapi yang peliknya, tiba-tiba muncul balik gambar-gambar tu. Back to normal balik blog aku ni. Ishhhh... pelik, pelik... 😅 Oklah. Kali ni aku nak share resepi yang best lagi. Ni tengah PKP ni, memang mood memasak on memanjang. Kikiki. Sekarang aku tengah gila nak masak kuih-kuih traditional. Tekak nak makan kuih-kuih cenggitu aje sekarang ni. Apakah sebab faktor umur? Hahahaha. 😎 Kali ni aku nak share dengan korang semua resipi cucur badak yang best! Serius

Resepi : Karipap Kentang Sedap

Image
Assalamualaikum & selamat malam semua... Masih lagi dalam mood Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dan bermakna sudah pastilah thread kali ini tentang makan-makan lagi... hahaha... Ni dah masuk sebulan lebih PKP dibuat. Dan hari ini merupakan hari ke-2 PKP untuk fasa ke-3. Makin diperketatkan dan dengarnya makin ramai yang kena tangkap & kena kompaun serta dihadapkan ke mahkamah.  Kengkawan semua, harap dengarlah nasihat duduk terus di rumah. Banyak benda yang boleh dibuat. Jangan disebabkan kesalahan melanggar atau tidak patuh pada PKP korang meringkuk dalam penjara. Sayang masa depan korang weiii.. Sekali dah dimasukkan penjara even 1 hari dah didaftar sebagai bekas banduan. Dan kita akan bawa gelaran tu seumur hidup. 😢 So, kalau korang boring sangat, apa kata tajamkan lagi skill memasak korang tu dengan cuba macam-macam resepi. Antaranya resepi yang akan aku share hari ni, karipap kentang versi resepi mak aku. Aku siap bagi tips lagi supaya hasil gorengan tu na

Movie Review : What Happened To Monday

Image
Assalamualaikum & Happy Monday, guys! Yeay! Kita jumpa lagi untuk review filem best! Actually banyak filem best aku dah tengok, tapi terlampau 'rajin' sangatlah pulak aku nak review.  Al-maklumlah, musim-musim PKP ni, dengan mood menulis turut sama macam terkawal gak pergerakkannya. Hahaha. 🙊 Anyway, kalau sebelum ni aku review filem Hindi bertajuk Pihu, kali ni aku nak review pulak filem English. Kita ke barat pulak, boleh? Filem apa tu? Aksi lompat-lompat ni ada tau. Mendebarkan tak? WHAT HAPPENED TO MONDAY . Satu lagi filem sains fiksyen yang penuh dengan aksi serta menampilkan teknologi begitu canggih. Teruja betul tengok cerita konsep cenggini. Fuh...😥 Cerita ini juga terkenal dengan nama 7 Sisters di beberapa negara. Tajuk cerita ni ditukar. Release pada August 2017. Setelah 3 tahun baru aku jumpa cerita best ni.. 😅 Detail tentang filem ni : Tajuk : What Happened To Monday Jenis & Bahasa : Filem English Durasi : 1jam 58minit Genre : S