Posts

Showing posts with the label food

Resepi : Cucur Udang Geragau Sedap

Image
Assalamualaikum & Selamat Petang Semua! Hujung minggu ni, bila dah tak apa apa nak buat, mulalah mulut rasa nak mengunyah kudap-kudap. Haishhh... tu yang susah nak diet tu. Asyik nak mengunyah aje 24 jam. Sigh. 😧 Korang buat apa tu untuk minum petang? Aku macam biasalah. Buka peti sejuk, tengok apa ada dalam peti, tengok dapur, perhati apa ada kat dapur. Then, nampaklah udang geragau dalam peti ais. Ni kalau buat jemput-jemput or orang utara cakap cucur ataupun bahasa hipsternya welcome-welcome udang geragau memang terangkat ni. 😋 Tengok bahan yang ada kat dapur pun dah cukup lengkap, maka bermulalah projek buat jemput-jemput udang geragau. Cucur Udang Geragau Kalau orang Melaka, dorang lebih suka panggil cekodok udang geragau. Biasa memang terkenal dekat Melaka. Last sekali aku makan masa pergi Kelebang ritu. Kat area Cocunut Shake Kelebang ada jual cucur udang geragau ni. Boleh tahan sedap jugak. Kali ni semua bahan ada, apa lagi, terhasillah cucur udang geragau ...

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera korang... Berminggu-minggu juga aku tak menulis dekat sini. Ni semua gara-gara aku frust sebab tiba-tiba aku perasan beberapa gambar dalam thread aku sebelum-sebelum ni hilang dari radar. Hahaha. Tepuk dahi oiii... 😄 Ntahlah aku pun tak tau apa puncanya. Aku ada try intai-intai Encik Google, katanya sebab aku terpadam gambar dalam source asal. Kebetulan memang pun aku delete gambar-gambar dari phone aku. Tapi sebelum-sebelum ni aku delete ok aje. Tak tau kenapa kali ni hilang pulak. Tapi yang peliknya, tiba-tiba muncul balik gambar-gambar tu. Back to normal balik blog aku ni. Ishhhh... pelik, pelik... 😅 Oklah. Kali ni aku nak share resepi yang best lagi. Ni tengah PKP ni, memang mood memasak on memanjang. Kikiki. Sekarang aku tengah gila nak masak kuih-kuih traditional. Tekak nak makan kuih-kuih cenggitu aje sekarang ni. Apakah sebab faktor umur? Hahahaha. 😎 Kali ni aku nak share dengan korang semua resipi cucur badak yang best! Serius ...

Resepi : Agar-agar Milo Sedap

Image
Assalamualaikum & Selamat Petang semua, Hari ni dah masuk minggu ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia. Diam tak diam dah hampir sebulan terikat dengan PKP ni. Ramai yang bekerja dari rumah walaupun ada segelintir barisan hadapan perkhidmatan awam seperti aku yang perlu keluar bekerja demi kelangsungan rakyat. Mujur juga opis aku mengamalkan kerja berjadual bagi mengurangkan risiko dan pergerakan kakitangan. Masa bercuti ni, memang mood memasak tiba-tiba muncul. Aku tau bukan aku sorang aje. Korang pun sama, kan? Time ni lah masing-masing keluarkan bakat yang terpendam. Betul tak? Kikiki... Kali ni aku nak kongsi masak dessert iaitu Agar-agar Milo. Actually, aku tak terfikir nak share resepi aku ni sebab pada aku, agar-agar milo ni mudah aje buatnya. Dalam google pun ada. Cuma, aku biasanya buat agar-agar tak tengok resepi google. Aku suka resepi mak aku sebab semua cukup rasa & tak terlalu lembik. Sebab tulah gambar masa penyediaan tak a...

Resepi : Cucur Bilis Kentang dan Homemade Sos Cili Sedap

Image
Assalamualaikum, semua! Petang-petang cenggini tiba-tiba mesti ada yang terfikir, nak masak apa untuk kudap-kudap petang, kan? Biasa korang dok teringat nak masak sesuatu yang ringkas, cepat dan sedap, kan? Yelah, kadang sementara tunggu nak makan berat, nak juga kunyah-kunyah petang. Lagi-lagi kalau time tu tengah hujan. Dia punya bunyi perut... perghhh... bergendang gendut time tu. Aku pun macam korang juga, jenis yang nak masak benda-benda yang simple dan boleh campak-campak aje. Yang penting benda tu sedap & buat korang lupa akan perkataan 'diet'. Hahaha. So, kali ni aku nak share resepi jemput-jemput bilis kentang. Orang utara depa panggil coq (cucur) bilis kentang. Ada jugak yang panggil cekodok bilis kentang. Tak kisahlah apa yang korang panggil or sebu, janji semua tu benda yang sama. Cucur Bilis, Tauhu Goreng dan Sos Cili Homemade Memang kalau korang google banyak aje resepi yang korang boleh jumpa. Taip aje apa yang korang nak, tadaa... semua mu...

Resepi : Pais Ikan Dengan Belimbing Buluh

Image
Assalamualaikum & Salam Ramadhan, Ini thread pertama aku dalam bulan Ramadhan. Buat semua Muslimin & Muslimat seantero dunia, rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan, selamat berpuasa & selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Moga segala amalan kita semua mendapat keberkatan oleh-Nya. Insya-Allah. Biasa bulan-bulan Ramadhan ni, mesti suri rumah or wanita-wanita di luar sana sibuk memikirkan menu untuk berbuka nanti, kan? Biasa Bazar Ramadhan telah tersedia menjual aneka macam hidangan. Pilihlah mana yang berkenan di hati. Tapi, ada ketikanya pasti hendak masak sendiri, kan? Lagi puas hati jika kita masak sendiri. Semua terjaga. Dari segi bahan, kebersihan, rasa juga kos.  Memandangkan aku ni pun suka gak masak sendiri (baca bila time rajin je 😄😄😄), sempatlah jugak aku buat pais ikan kembung dengan belimbing buluh weekend lepas. Itupun sebab balik rumah mak & ayah. Kalau kat rumah sendiri, memang aku main tunjuk-tunjuk aje ...

JJCM : Masak Lomak Cili Api @ Warung Salai Port Dickson

Image
Assalamualaikum & Hi guys! Minggu lepas, aku berkesempatan jenjalan dengan family aku ke Port Dickson. Lama sungguh tak pi sana. Memandangkan misi kami hangout ni memang nak santai-santai, so kami sepakat nak explore masakan terbaik kat Port Dickson ni.  Google punya google, ternampak la satu tempat ni. Warung Salai nama tempat tu. Alamat? Nanti aku share dalam gambar alamat tempat tu ye. Korang tengok je la gambar-gambar ni nanti.  Antara menu kat Warung Salai Nama dia je warung. Tapi sebenarnya restoran yang terletak dekat kawasan shop lot. So far memang senang la nak jumpa. Korang waze je Warung Salai Port Dickson, confirm 'you have reach your destination'. Hehehe. Alamat Warung Salai Apa istimewanya tempat ni? Memang famous masakan Negeri Sembilan. Nama pun salai, dah tentulah power tang salai masak lomak cili api. Cakap je nak salai apa, itik, ayam, daging, burung puyuh, ikan keli, semua ada. Masak lemak cili api dia memang terbaik. Cukup loma...