Posts

Showing posts from December, 2016

Review Buku - IMAM TULANG RUSUK

Image
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua! Hari ni aku nak share satu buku yang baru je lepas aku baca. Buku ni aku tak tahu la nak kategorikan sebagai novel ke apa. Sebabnya pada aku buku ni tak fully macam novel-novel biasa. Lebih kepada penceritaan dan dalam masa yang sama macam buku motivasi berbentuk dialog pun ye rasanya ni. Yang nyata buku ni membawa genre HUMOR dalam dunia penulisan dengan gayanya yang tersendiri. Buku yang aku maksudkan adalah : " IMAM TULANG RUSUK " by Khairy Tajudin . Haaaa.. dengar tajuk je pun dah macam best kan. Sebelum tu aku nak sentuh sikit macamana aku boleh terjebak dengan membeli buku ni. First of all , aku nak beritahu yang aku ni tidaklah terlalu addicted pada satu-satu penerbitan sahaja. Aku suka mencuba karya pelbagai terbitan kerana setiap penerbit buku ni pada aku mempunyai gaya yang tersendiri. Minat aku pada dunia pembacaan dan seni penulisan ni membuatkan aku ingin mendekati setiap editor & penerbit dari pelbaga

Jenjalan @ Malaysia Thailand Halal Food Festival 2016

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua! Untuk kali ni aku nak skip dulu kisah Aku & Blog. Aku ingat nak twist sikit label ke Jalan-jalan Cari Makan kekdah nye. Yeayy! Suka tak? Mesti semua suka kan? Siapa la yang tak suka bab-bab makan-makan ni kan. Lagi-lagi lah Malaysia ni boleh dikatakan antara tempat yang dikatakan syurga makanan. Pelbagai makanan kita boleh dapat di Malaysia ni. Tak perlu nak pergi jauh-jauh merantau pun kita dah boleh jumpa makanan dari negara luar! Tak percaya? Meh sini aku nak story sikit tentang satu festival yang boleh dikatakan tengah trending la jugak ni. Festival Makanan Halal Malaysia Thailand or aku biasa sebut Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF 2016). Eceeehhh.. nak berangan sat baka ala-ala omputih. Hehehe... Banner info dari Facebook Actually, penganjuran MATHAF 2016  di Shah Alam ni bukanlah kali pertama. Sebelum ni depa dah round serata tempat dalam Malaysia antaranya Seri Manjung (Perak),  KIPmart Senawang (Neg

Aku & Blog 1

Image
Assalamualaikum w.b.t. ... Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku nak bagitau yang aku dah ada blog sendiri. Waaahhh!! Rasa nak jerit nak bagitau kat satu dunia "Lihatlah Dunia! Ini blog aku!" . Terasa macam jakun sat. Hahaha. Nampak tak excited nya aku hari ni? Muka ada sinyum maaa.. Okay..okay.. Aku faham.. Mesti ada yang kutuk aku kan? "Haduuuu orang dah lama kot ada blog sendiri. Lambat doh..." or mesti ada bisik-bisik suara "Eh dia ni dah kenapa? Itu pun nak kecoh! Baru karang tajuk dah over-excited. Isi ntah apa-apa la tu nanti." or mungkin ada yang macam ala-ala simpati kat aku ni "Adoyaiii, kesian pulak kat minah ni, orang darjah satu lagi dah ada blog sendiri.." or maybe ada yang kongsi rasa teruja ni sama kan? Errr.. Ada ke? "Wah! Tahniah-tahniah! Akhirnya berjaya jugak blog kau timbul dalam list blogger yang aku follow walaupun agak lewat jugak laa..." Krik krik krik krik.. Errrmmm.. main ayat playsafe la ni, nak ja

Aku & Blog 2

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Kita bertemu lagi semua. Ada yang bisik-bisik kat aku tanya persoalan semalam. Katanya aku suka main aci teka-teki. Dah buka topik tak nak habiskan. Hahaha. Saja je aku nak bagi depa tertanya-tanya. Dok terfikir-fikir kenapa agaknya aku boleh tergerak nak berblogging ni. Kita suka! Kita suka! Actually aku dah lama dah nak buat blog ni. Tapi disebabkan oleh kekangan masa, aku menangguhkanlah dulu hasrat murni nak berblogging ni. Al-maklum kerja aku ni untuk kebajikan rakyat so masa aku banyak habis untuk berbakti kepada rakyat. Aku memang mengamalkan moto "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Waaahhh! kemain lagi aku ni kan, mengalahkan pemimpin-pemimpin besar. Pemimpin berjiwa rakyat gitu..  Aku selalu jadi stalker tak bergaji untuk diri sendiri. Seronok wei keje jadi stalker ni. Jangan salah faham. Aku suka stalk blog orang. Lagi-lagi blog dari blogger yang popular ni. Aku nak tengok cara penulisan mereka. Macamana blog mereka dapat