Posts

Showing posts from March, 2019

Ilmu : Fitnah Sosial oleh PU Rahmat

Image
Assalamualaikum & Salam Rahmat Jumaat Yang Mulia, Hari ni sekali lagi opis aku mengadakan program santapan rohani. Ni yang seronok opis aku ni, setiap bulan atau dua bulan sekali ada ceramah-ceramah agama ni. Biarpun kerja ibadah kita di dunia, jangan dilupakan ibadah untuk memperkuatkan lagi keimanan di hati. Moga segala ilmu yang dapat daripada kuliah-kuliah yang dianjurkan ada manfaat padanya. Aamiin. Untuk kuliah bulanan bulan Mac ni, kali ni Kelab Sukan dan Kebajikan opis aku telah menjemput penceramah muda yang tercetus daripada program realiti Pencetus Ummah Musim Pertama iaitu Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan. Mesti korang yang ikuti program ni kenal penceramah kali ni kan? Muda beli lagi. Dikenali dengan nama PU Rahmat. Ni kali kedua PU Rahmat datang beri kuliah kat opis aku. Sebelum ni tahun 2017. Cumanya untuk aku, ini kali pertama aku mendengar PU Rahmat berceramah secara live kat opis aku sebabnya masa kali pertama aku tak ada rezeki dengar

Review Buku - SALAFI

Image
Assalamualaikum & Happy Sunday, Guys! Buku setebal 318 muka surat berjaya dihabiskan pembacaan dalam masa kurang dari 24 jam! Setelah ditolak masa tidur - makan - minum - mandi - rehat - termenung - membasuh baju atau apa-apa rutin harian. Itu satu jangkawaktu yang cukup cepat untuk rekod membaca aku. Pada aku yg sentissa terperangkap di dalam mood bermalas-malasan untuk membaca, sungguh ia sangat pantas.  SALAFI. Buku yang pada asalnya aku pilih untuk dibeli kerana penulisnya. Sebab apa, aku yakin dengan karya penulis ini Shaz Johar pasti memberi sentuhan yang kena dengan minat aku. Dan aku tidak salah. Buktinya bila aku dapat baca dalam tempoh waktu yang singkat.  Shah Johar bukanlah nama yang asing pada aku untuk rumah Penerbitan Fixi. Aku rasa peminat Fixi lain pun sealiran dengan pendapatku berkaitan dengan penulis ni. Ada beberapa karyanya yang telah aku baca. Antaranya Mental - yang aku rasa memang mental bila baca. Selain tu Sanctuari - aku suka cerita ni. Tapi aku

Review Buku - NIQAB

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Guys! NIQAB. Ada apa dengan niqab? Di situ tersembunyi pelbagai rahsia yang sukar disingkap sebagaimana fungsi niqab itu sendiri. Menutupi segala apa yang tak perlu dan tak patut diperlihatkan kepada umum.  Haaa... nampak tak muqadimah aku kali ni. Lain macam perginya, kan? Okay. Hari ni aku nak story sikit tentang satu lagi buku keluaran FIXI yang dah berjaya aku khatam ni untuk bulan Mac. Memandangkan bulan Februari tiada sebarang buku yang berjaya aku baca, so aku perlu cover banyak buku untuk bulan Mac. Actually ada satu buku aku baca masa bulan Februari. Cumanya belum habis lagi sampai sekarang. Tak habis baca, aku dah lompat ke buku lain. Bukan tak bagus buku tu. Cumanya belum dapat menarik minat untuk aku meneruskan bacaan tika itu. Tak bermakna waktu lain aku punya rasa yang sama. Tak apa, aku akan usahakan untuk mencari waktu lain untuk habiskan pembacaan buku tu nanti di lain masa. Berbalik pada buku NIQAB karya Shield Sahran

Travel | New Zealand | North Island | Day 1 | Matamata City

Image
Assalamualaikum alls, Ramai pulak yang bertanya, kenapa tak update tempat-tempat yang kat New Zealand lagi? Aku cuma boleh jawab 'Hahaha' sambil tersipu-sipu malu. Haduu... inilah kelemahan aku. Nak meng-update blog. Nampak macam berterabur sikit blog aku ni. Tapi... janganlah kalian semua risau, even bertebabur, tapi aku ni rajin copy link untuk korang senang refer link lain yang berkaitan. Ok tak lagu tu? Bolehlah, kan. Yang penting senang korang nak cari info dalam ni. Lagipun aku mengamalkan konsep mesra pelanggan. Eh! Tiber... 😅 Cantik lanskap bulatan kat Matamata City, kan? Ok. Kalau sebelum ni aku bagi tau tentang Hobbiton Movie Set , kali ni aku nak cerita sikitlah tentang bandar Matamata ni. Apa yang bestnya tentang Bandar Matamata ni? Sebabnya inilah bandar letaknya Hobitton Movie Set tu. See... Nampak macam rumah kaum Hobbit. Masa kat bandar Matamata ni pun korang akan dapat rasa feel dunia Hobbiton ni. Sebabnya, bangunan-bangunan kat sini