Posts

Showing posts from December, 2018

Suka Duka 2018...

Image
Assalamualaikum & happy Monday semua... Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi 2018 akan menutup tirai. Rasa macam baru semalam je tulis tentang permulaan 2018, hari ni dah sampai ke penghujungnya. Sedih. Sobsob. Betullah orang cakap, bila dah akhir zaman ni, masa akan berlalu begitu pantas. Apakah telah digunakan sebaik mungkin atau dibazikan begitu sahaja? Hanya kita sahaja yang tahu, kan? Kalau ikutkan pencapaian aku untuk tahun 2018 ini, banyak benda yang aku impikan masih tidak tercapai. Pendek cerita, gagal untuk aku capai. Sebabnya? Antaranya asbab paling aku kesalkan adalah daripada diri aku sendiri. Kurangnya usaha daripada diri sendiri. Banyak benda yang aku ambil sambil lewa seolah-olah aku selesa berada pada zon aku sendiri hinggakan lambat atau sedikit lonjakan paradigma yang aku buat. Sigh. Rasa menyesal? Tentulah! Tapi kena terimalah sebab itu pilihan yang aku dah buat. Tapi... untuk tahun yang kehadapan ni, which means 2019, aku akan cuba untuk mel

Servis Hospital Kerajaan? Teruk sangatkah?

Image
Assalamualaikum & happy weekends uols! Nurse vs Artist = Public Ears & Eyes Lately, isu pertembungan pendapat ni agak viral dan meletop diperkatakan di media sosial. Semua yang menjadikan media sosial or medsos or socmed sebagai salah satu medium untuk berhubung atau mengetahui apa-apa info dan berita terkini daripada pelusuk cakerawala pasti mengetahui serba sedikit berkaitan isu pertembungan pendapat antara dua individu yang berlainan kerjaya ini. Aku tak nak berhujah dengan lebih detail berkaitan isu antara mereka. Pada aku, biarlah mereka settlekan sendiri kerana hanya mereka yang tahu cerita dan keadaan yang sebenar. Aku cuma hendak berkongsi sedikit pengalaman aku yang pernah berada di situasi seorang client atau penerima servis di hospital kerajaan. SITUASI A : Kisah Aku Seorang Pesakit Kanak-kanak. Daripada kecil lagi aku dah dibiasakan dengan mendapat rawatan sama ada secara pesakit dalam atau luar di hospital kerajaan. Semua ubat yang dibekalka

Cerpen EH : Buat Seorang Kekasih (Teaser)

Image
Assalamualaikum & Salam awal pagi semua! Oh sepi terasa Setelah cinta pudar di hati Tak mungkin dapat ku melupakan Kerana dialah kekasihku Dan di saat ini Ku masih terus menyintaimu Melupaimu tak mungkin ku mampu Terdengar suaramu memanggilku Dahulu kita sungguh mesranya Bergurau senda saling menyayang Kita berjanji bersumpah setia Hingga ke akhir hayat ingin bersama Kita merancang, Tuhan tentukan Tiba masanya, kau pergi... tak kembali Tinggal aku keseorangan Tiada lagi gurau sendamu Siang malam sepi kurasa Aku rindu kemesraanmu Ku terkilan hajat tak sampai Kasih putus di tengah jalan Tinggal aku keseorangan Tiada lagi gurau sendamu Lirik : Buat Seorang Kekasih Nyanyian : Slam Sekali lagi aku nak kongsi lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Slam dalam album pertama mereka. Buat Seorang Kekasih. Dan tajuk ini juga yang aku pilih dalam menyiapkan Kumpulan Kompilasi Cerpen EH.  Bagi mereka yang tidak familiar dengan lagu ni, aku kongsikan sekali link videony

Travel | New Zealand | North Island | Day 1 | Hobbiton Movie Set New Zealand

Image
Assalamualaikum & Happy Sunday semua... Ingat tak sebelum ni aku ada bagitau nak buat pre-travelog tentang perjalanan aku ke New Zealand (NZ)? Ala... yang aku tulis kat sini  EH! Terjah Bumi Kiwi,yuk!   Okay , hari ni angin rajin tu datang dan aku  update  lah sikit tentang benda alah ni.  Bas khas ke Hobbiton Movie Set Yang aku nak ceritakan ni tentang hari kedua kami ke tempat pertama di North Island, NZ. Apalagi tempat yang memakan belanja yang agak tinggi jugaklah untuk kos aktiviti kami di NZ. Tak lain dan tak bukan Hobbiton Movie Set!  Pandangan aku tentang tempat ni? Tempat yang wajib pergi untuk peminat fanatik filem karya Sir Peter Jackson pengarah filem kelahiran New Zealand ini. Apa lagi kalau bukan filem Lord of The Ring dan The Hobbit.  Sikit lagi nak sampai... Tapi.... Kenal Bilbo?  Blur. Shire?  Geleng. Gandalf? Garu kepala. Sah. Korang macam aku. Hahaha. Baby pun dah masuk sini.  Kalau kau bukan pemina