Posts

Showing posts with the label sedap

Resepi : Jemput-jemput Pisang Gebu dan Rangup

Image
Assalamualaikum semua! Kita jumpa lagi. Fuh! Lama tak bersiaran, kan. Lepas PKP ritu, dah mula kerja ikut jadual yang sepatutnya sempena PKPP. So dah jarang-jaranglah kita masak-masak ni. Harapkan hujung minggu aje. Maklumlah wanita bekerjalah katakan... 🙊 Untuk kali ini, sajalah nak kongsi dengan korang semua resepi jemput-jemput pisang yang gebu di dalam & rangup di luar. Masa panas rangup krup krap krup krap. Masa dah sejuk pun masih lembut lagi.  Jemput pisang gebu & rangup. Selalu aku buat jemput-jemput ni resepi original. Cuma guna pisang, tepung, gula, garam dan air. Actually aku lebih minat resepi original ni. Cuma kali ni aku try letak serbuk penaik (baking powder) nak tengok macamana dia boleh pergi. Lagipun mak aku katanya dia suka makan jemput pisang yang ada letak baking powder. Kontra sungguh citarasa aku dan mak aku, kan? Hahahha. But it's ok. Demimu mak tercinta, kusanggup buatkan apa sahaja permintaanmu. Yang penting mak aku suka dengan air...

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera korang... Berminggu-minggu juga aku tak menulis dekat sini. Ni semua gara-gara aku frust sebab tiba-tiba aku perasan beberapa gambar dalam thread aku sebelum-sebelum ni hilang dari radar. Hahaha. Tepuk dahi oiii... 😄 Ntahlah aku pun tak tau apa puncanya. Aku ada try intai-intai Encik Google, katanya sebab aku terpadam gambar dalam source asal. Kebetulan memang pun aku delete gambar-gambar dari phone aku. Tapi sebelum-sebelum ni aku delete ok aje. Tak tau kenapa kali ni hilang pulak. Tapi yang peliknya, tiba-tiba muncul balik gambar-gambar tu. Back to normal balik blog aku ni. Ishhhh... pelik, pelik... 😅 Oklah. Kali ni aku nak share resepi yang best lagi. Ni tengah PKP ni, memang mood memasak on memanjang. Kikiki. Sekarang aku tengah gila nak masak kuih-kuih traditional. Tekak nak makan kuih-kuih cenggitu aje sekarang ni. Apakah sebab faktor umur? Hahahaha. 😎 Kali ni aku nak share dengan korang semua resipi cucur badak yang best! Serius ...

Resepi : Karipap Kentang Sedap

Image
Assalamualaikum & selamat malam semua... Masih lagi dalam mood Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dan bermakna sudah pastilah thread kali ini tentang makan-makan lagi... hahaha... Ni dah masuk sebulan lebih PKP dibuat. Dan hari ini merupakan hari ke-2 PKP untuk fasa ke-3. Makin diperketatkan dan dengarnya makin ramai yang kena tangkap & kena kompaun serta dihadapkan ke mahkamah.  Kengkawan semua, harap dengarlah nasihat duduk terus di rumah. Banyak benda yang boleh dibuat. Jangan disebabkan kesalahan melanggar atau tidak patuh pada PKP korang meringkuk dalam penjara. Sayang masa depan korang weiii.. Sekali dah dimasukkan penjara even 1 hari dah didaftar sebagai bekas banduan. Dan kita akan bawa gelaran tu seumur hidup. 😢 So, kalau korang boring sangat, apa kata tajamkan lagi skill memasak korang tu dengan cuba macam-macam resepi. Antaranya resepi yang akan aku share hari ni, karipap kentang versi resepi mak aku. Aku siap bagi tips lagi supaya hasil gorengan t...