Posts

Showing posts from October, 2018

Review Buku - ROOFTOP

Image
Assalamualaikum & Happy Sunday everybody! Saat coretan ini bertebaran di laman cyber, perasaan aku sedang berkecamuk sebenarnya. Saki baki air mata masih bersisa membasahi pelipis ni. Bengkak mata ini menjadi bukti akan segalanya. Ceh! Berdrama sangat aku ni, kan? Aku sebenarnya cuma nak bagitau, aku berjaya habiskan baca satu buku ni dalam masa kurang 24 jam, tolak masa tidur & makan semua. Fuh! Satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi seorang aku yang bernama EH!. 😎 Selepas hampir beberapa bulan menyepikan diri sekejap dalam dunia bacaan (dan penulisan juga sebenarnya 😅), aku berjaya tarik balik diri aku ke alam realiti semula. Kalau nak jadi penulis berjaya, kena baca, baca, baca & menulis!  Dan untuk itu, buku Rooftop by Farrah Izzlorna berjaya aku khatam dengan jayanya dan aku betul-betul admire dengan hasil idea penulis ni! Actually ini buku yang pertama aku baca daripada karya beliau. Walaupun sebenarnya aku ada beli buku lain lagi daripada karya b

Cerpen EH : Bila Puru & Pisang Bergabung

Image
Assalamualaikum & petang to all readers... Hari tu aku pernah update cerpen raya kat sini kan? Korang boleh klik Lemang Jagung Laut Hindi untuk baca cerpen tu. Cumanya aku minta maaf sebab tak dapat nak buat ending untuk cerpen tu. Aku cadang nak tamatkan cerpen tu nanti dalam Kumpulan Cerpen EH. Nanti aku nak kumpul semua hasil cerpen aku (banyak yang aku tak publish lagi) disatukan dalam satu buku. InShaa Allah. Errr... ada ke penerbit yang berkenan nak publish ye? #sistanyaje 😆 Sempena hari Jumaat penghulu segala hari ni, aku nak buat amal jariah sikit. Nak belanja satu lagi karya aku. Kali ni full. Ada ending. Jangan risau, okay! Sebelum aku tepek cerpen ni dekat sini, aku nak bagitahulah sikit macamana idea untuk tulis cerpen ni wujud. Idea dia mai bila aku rindu sangat kat kawan-kawan lama aku. Actually, cerpen aku kali ni, aku dedicate untuk ex-student Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal (SMTNT) sesi 98/99. Terutama untuk budak-budak dorm aku, Dorm 5 (D5) meman

Sembang Santai, EH!

Image
Assalamualaikum & Salam Cinta... Fuh... dah berbulan-bulan aku meninggalkan dunia blog ni. Banyak kali aku dapat teguran daripada kawan-kawan blog bertanyakan update terkini blog aku. Apa cer? Aku? Sengih aje la. Ate? Nak jawab apa? Memang salah aku sebab dok biar lelabah menjalankan kerja-kerjanya. Nasib labah-labah belum sempat habis nak buat sawang. Kihkihkih.  Kali ni tiba-tiba aku rasa nak perkenalkan diri aku sebagai seorang penulis. Penulis? Dah ada buku ke? Guna nama pena apa? Itulah antara soalan-soalan cliche yang biasa aku dapat kalau sesiapa yang tak kenal aku. Lagi-lagi bila datang bengkel penulisan yang dihadiri oleh otai-otai yang dah bertahun-tahun malah ada yang dah berpuluh tahun menceburkan diri dalam bidang penulisan. Masa ni aku rasa tersangat kecil aku dalam kelompok mereka. Namun aku tetap nak serlahkan diri aku untuk perkenalkan diri aku sebagai penulis baru. Diam tak diam, dah ada 4 'baby'... Alhamdulillah Yes! Itu dinamakan ' mar