Promo Buku oleh SO Publishing

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Uols..


Pejabat Urusan SO Publishing

Okay, boleh nampak kan gambar yang ditepek dekat atas tu? Gambar apa ni EH? Inilah pejabat urusan salah satu penerbit & pengedar buku iaitu SO Publishing. Dah kenapa aku letak gambar pintu masuk SO Publishing ni, kan? Haaa... ni la aku nak cerita. Aku nak bagitau yang last week (ok, ni cerita minggu lepas..jujur aku akui...) founder SO Publishing ni atau juga dikenali dengan Buku SO di kalangan dunia penulisan ni ada buat jualan runtuh buat peminat-peminat buku. Mr Shah Othman (founder Buku SO) ni just buka promosi untuk 2 hari aje! 2 hari okay! 20 & 21 Januari 2018. Sempat ke aku nak kejar? Sempat aje, beb. Buku punya pasal. Aku sanggup peruntukkan masa emas aku. Eceehhhh...

Actually aku sebenarnya berbelah bahagi nak pergi sebab budget untuk membeli-belah buku pada bulan ni dah abes. Bulan ni aku dah habis dekat RM300 kot untuk buku sahaja. Itu termasuklah pembelian terus & pembelian secara online. Hahaha. Percayalah! Aku memang tak tipu. Tu antara kelemahan aku. Boros tang buku. Tapi aku rasa berbaloi sebab itu antara harta dunia yang boleh dimanfaatkan. Yang penting bahan bacaan yang bagus, kan? 

Berbalik pada cerita 'hati berbelah bahagi' tadi tu, 'hati besar' aku cuba nak abaikan je promotion yang berlegar-legar dalam wall Facebook aku (aku akui inilah kontranya kalau kawan-kawan FB kau majority penulis & penerbit buku... tak tahan godaan wa cakap sama lu). Sebabnya selain budget macam ala-ala dah takde, sebab lainnya tempat tu dekat Plaza Serdang Raya (kalau nak ke sana just goggle map je Buku SO). Jauh kot dari tempat aku. Tapi tetiba kawan opis aku tag pula nama aku ajak pergi. Dia siap offer pergi dengan dia dari Shah Alam. Perghhhh.. Pucuk dicita, ulam mendatang! Dari takde budget terus korek tabung 'adakan' jugak budget untuk memborong. Nakal sungguh la 'hati kecil' aku ni meronta-ronta suruh setuju aje dengan cadangan kawan aku tu. Hakak tak kuat deq. Fuuuuuhhh....

Maka seperti yang dijanjikan, pada petang Sabtu, 20 Januari 2018, aku pon bergerak ke Serdang dengan kawan aku tu. Kalau ikutkan, dalam tak nak pergi tu, siap bawa sekali bagpack berkapasiti kecil sebabnya cadang nak beli 8 buah buku aje. Aku tak tau sama ada kawasan situ sunyi sebab masa tu weekend ataupun memang sunyi 365 hari ke, itu aku tak pasti. Pejabat tu letaknya dekat tingkat satu. Naik tangga je. Kalau pergi sengsorang cuak juga rasanya sebab sunyi. Difahamkan juga memang banyak pejabat dalam Plaza Serdang Raya tu. Dan akhirnya, berjaya juga kami terpacak depan pintu pejabat SO Publishing.

Antara buku yang dijual


Kami disambut dengan mesra oleh sepasang suami isteri En Shah Othman & isteri. Untuk makluman, selain publisher, depa berdua ni juga adalah penulis, tau! Dan aku dah baca buku hasil tulisan gabungan karya depa berdua ni iaitu SHE. Sweet sangat kan, bila suami isteri berkolabrasi menghasilkan satu buku yang sangat best! Sesiapa yang belum dapatkan lagi novel SHE ni, aku cadangkan dapatkan cepat-cepat sebabnya buku ni best. Tentang dunia bunian. Dan aku telah berjaya meyakinkan kawan aku untuk 'grab' buku SHE hari tu jugak. Hehehe.

Buka-buka aje pintu, aku rasa dah tenggelam dengan dunia aku sendiri. Terbentang depan mata aku lautan buku yang ber'bundle-bundle'. Hurmmm.. Apa perasaan aku? Kalau tanya time tu, memang aku seronok! Gila tak seronok, banyak pilihan yang ada, beb! Murah-murah pulak tu. Diskaun dari 25% ke 40%. Banyak, kan? Time tu aku memang dah tak fikir apa. Aku 'grab' tanpa rasa bersalah. Pegang aje, ambil. Rasa macam orang kaya pulak time tu. Nafsu mengatasi segalanya! Sampailah time aku nak bayar, barulah aku teringat subjek akaun dan terus berubah karektor dari Jutawan ke Akauntan. Baru aku pandai nak buat kira-kira, cukup ke duit dalam purse aku? Hahaha.

Dan time tu juga, aku rasa macam sedih. Sebab banyaknya buku-buku yang tinggal dalam stor lagi. Aku yang mula terlibat dengan dunia penulisan ni sebenarnya terkesan jugak dengan situasi tu. Yelah, setiap buku yang terhasil ada terselit royalti untuk penulis. Aku pon tak boleh nak komen apa sangat tentang ni sebabnya keadaan ekonomi sekarang ni membuatkan aku juga agak berkira-kira sedikit dalam membeli buku. Terpaksa sebenarnya. Sobsobsob...

Saat ditunggu... Sign dari penulis buku!


Serius aku cakap, buku-buku yang dijual oleh SO Publishing ni banyak menarik. Sebabnya aku dah ada 4 buah buku yang aku beli sebelum ni dari pengedar & penerbit ni antaranya SHE, Imam Tulang Rusuk, Antologi Cerpen Hospital & Antologi Cerpen Kali Pertama. Semua tu best bukunya. Aku dah baca kecuali buku Kali Pertama, aku belum sempat baca lagi. Untuk pembaca di luar sana, aku suggest untuk beli Buku SO ni sebab memang tak rugi. Seronok bila baca. 

Kami habiskan masa lebih kurang dalam 45 minit dalam tu. Dan aku berjaya menyusutkan angka duit dari akaun bank aku. Mana taknya, dari 8 buah buku terus naik ke 16 buah buku aku rembat! Hampir 2 kali ganda! Aku dah dapat bayangkan almari dapur aku penuh dengan mi segera, sardin, roti, biskut kering, untuk bulan ni. Purff... 

Tapi aku tak nafikan. Aku tetap puas hati. Sebabnya, aku dapat banyak buku yang berkualiti dari penulis yang bagus dengan harga yang sangat istimewa. Then aku dapat tandatangan dari penulis buku sendiri untuk buku LARI dan zine CHERITA. Itu bonus buat semua meminat tegar buku. Dan aku juga dapat abadikan gambar kenangan bersama dengan penulis buku & isterinya juga seorang penulis. Bukan senang nak jumpa pasangan penulis, kan. Harapan aku agar industri buku sentiasa terus berkembang maju. Support buku-buku Malaysia, yuk!

Bergambar kenangan bersama penulis



#terimakasihsudisinggah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap