Sayonara, 2017 ... 2018, Selamat Datang!

Assalamualaikum & salam sejahtera ..

EH bersiaran lagi. Waaahhh... lama sangat-sangat ni tak berblog. Hampir setahun! Kalau ada anak, usia setahun ni dah boleh jalan bertatih-tatih dah ni. It's ok... Better tulis dari takde langsung kan. Hehehe.

Sebenarnya 2017 membawa banyak cerita pelbagai rasa. Manis, pahit, masam, masin, tawar pelbagai rencah dah diadun sekali dalam tahun tu. Itu yang sampai tak ter'update' blog ni. Al-kisahnya la kan. Banyak alasan kan. Ngengehngeh.. 

Actually nak update jugak moment menarik tahun 2017. Banyak kejayaan dan kegembiraan ditempuh sebenarnya tahun 2017. Alhamdulillah, tahun 2017, tahun dimurahkan rezeki oleh-Nya. Syukur sangat! Antaranya :

  • Pengalaman backpackers travel ke negara omputih, Australia - Bumi Kangaroo.
  • Kisah Projek KIK - Johan Peringkat Negeri Selangor, babe!
  • Jelajah Mekah & Madinah - Umrah Pertamaku.
  • Cerpen pertama dibukukan dalam Antologi Cerpen Adiwarna _Kelip-kelip Kusangka Api terbitan JS Adiwarna - Jemari Seni Sdn Bhd

Banyak lagi sebenarnya, tapi itu antara kejayaan yang manis. Dan itu antara yang paling terkesan dalam sanubari ini. Eceeehhh... InShaa Allah ada kelapangan aku akan gulungkan semula kisah-kisah menarik 2017 nanti eehh. Kira macam backdated jugak la nih. Boleh la kan, asalkan blog aku ni sentiasa penuh dengan info yang ditunggu-tunggu ramai. 

Kita tinggalkan sat cerita 2017. Dah masuk 2018 dah ni kan, so apa azam baru tahun ni? Hahaha.. Serius tu soalan yang sangat cliche dan confirm aku kasi jawapan yang korang dapat agak jugak. Hehehe. Misi kurus? Ooooo.. itu sudah semestinya. Akan kuteruskan misi yang tahun lepas 'tak berapa menjadi' carry-forward ke tahun ni. Misi ni mana boleh digugurkan, babe! Misi akan terus kekal carry-forward ke tahun-tahun seterusnya. Rasa korang pon mesti sama gak cam aku kan? Baik ngaku cepat. Miahahahaha....

Cuma untuk kali ni, aku nak ubah sikit, azam tukar ke sasaran. Best sikit bila tengok kan. Ada subjek dan target. Takde lah terkontang-kanting je misi tu macam sebelum-sebelum ni. Tu yang buat tak berjaya (rasanya la..huhuhu). So, Sasaran Kerja Tahunan #sktEH2018 aku dah taip sebelum ni dekat FB wall aku. Kita tempek aje lah kat sini ye :


OK, untuk tahun 2018 ni, aku harapkan membawa sinar yang lebih membahagiakan lagi buat aku dengan melakar pelbagai lagi kejayaan terutama dalam dunia penulisan. Aku dah bertambah jatuh cinta dengan penulisan, hokey! So untuk para jejaka yang rasa nak bersaing, rebutlah balik cinta hakak ni ye.. (Status paling perasan nih) wakakakaka... Adios, 2017...Welcome 2018! xoxo...

pst : Jangan lupa follow ye.. nanti I follow u back .. tq.. Muah ciked!

#terimakasihsudisinggah

Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap