Posts

Showing posts from October, 2019

Travel | Sabah | Pantai Rang Bulan, secantik nama sejernih airnya...

Image
Assalamualaikum & selamat malam guys... Semangat sungguh aku rasa nak bercerita tentang misi jalan-jalan aku di Sabah ni. Korang pun mesti tak sabar nak baca update aku seterusnya, kan? Ke mana kita lagi, bah? Masih di Kota Belud. Kali ni aku nak bawa korang jalan-jalan di tepi pantai. Tepi pantai aje? Yup! Korang wajib teruskan membaca tau. Sebabnya, pantai di Kota Belud ni bukan beshe beshe, bak kata bahasa hipster sekarang ni. Selamat Datang ke Pantai Rang Bulan Susah nak jumpa pantai yang air sejernih macam kat Pulau. Tapi, di Kota Belud ni aku berani cakap korang boleh jumpa pantai yang sebegitu. Jernih airnya sampai korang boleh nampak batu-batu kat dasar air & anak ikan berenang-renang di tepian. Eh, dah macam nak berpantun pulak aku ni, kan? 😂 Serius wei, mana boleh dapat view pantai yang cantik cenggitu? Tak lain & tak bukan Pantai Rang Bulan. Wah wah wah... nama pantai ni pun dah indah, kan? Nampak dipasang buoy menandakan had kedalaman untuk ma

Tavel | Sabah | Kampung Tempasuk Dan Ais Krim Gula Apong, Kota Belud

Image
Assalamualaikum & hai hai hai... Syok baca cerita aku tentang Mantanani Island semalam? Nak tau cerita best lagi tentang pengembaraan aku kat Borneo ni? Meh kita teruskan ekspedisi jalan-jalan di Sabah.  Masih lagi cerita di Kota Belud. Sebelum tu, aku nak gebanglah sikit kenapa antara banyak-banyak tempat di Sabah, Kota Belud yang jadi pilihan hati kami. Tempasuk @ Kota Belud  Antara sebabnya Kota Belud punya daya tarikan yang tersendiri. Bahasa omputih 'secret germs' atau permata yang masih tersembunyi, masih terjaga keindahannya gitu... Bukan setakat ada Pulau yang indah menawan, malah Kota Belud punya perkampungan yang tidak kurang hebatnya. Kenapa aku kata camtu? Korang baca sampai habis tau thread aku ni sebab dalam ni aku akan abadikan keindahan menjelajah perkampungan di Kota Belud. Kota Belud yang turut dikenali dengan nama Koboi Timur. Kalau dah nama Cowboy atau Koboi tu, dah tentu korang akan terbayang-bayang orang tunggang kuda, kan? Yup! T

Travel | Sabah | One Day Trip | Mantanani Island

Image
Assalamualaikum & selamat berhujung minggu guys! Agak lama tiada sebarang cacatan dalam blog aku ni kan? Mesti korang semua rindu & tertunggu-tunggu sebarang khabar dari aku. Hahaha. Perasan nau, kan? Untuk mengubat kerinduan korang semua, kali ni aku akan share satu trip yang best punya! Confirm korang pun teruja nak ke situ lepas baca thread aku ni. Aku nak bawa korang semua jelajah satu pulau yang di salah satu kepulauan Borneo. Ramai orang Malaysia yang kurang tahu sangat tentang pulau ni. Tapi, untuk pengetahuan korang, pulau ni memang jadi tumpuan pelancong asing, tau! Ke mana kita kali ni? Jeng jeng jeng.... Permatang pasir di Pulau Mantanani Cantik tak? Nilah dia Pulau Mantanani. Terletak di Kota Belud, Sabah. Walaupun Sabah memang terkenal dengan pelbagai pulau yang menawan kalbu, namun Pulau Mantanani punya tarikannya yang tersendiri. Pulau ini juga dikenali dengan nama Mermaid Island. Aku tak pasti kenapa ada nama mermaid di situ. Tapi, apa ya