Posts

Showing posts from 2017

Menu Diet Atkins - Day 5

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera .. Hari ke-5 ni aku memang rajin sikit dan kena rajin. Maklumlah hari Sabtu, so cuti. Takkan nak tapau kat kedai lagi kan. Hari Jumaat petang tu aku dah memang beli siap-siap barang basah untuk menu diet yang aku masak untuk 3 waktu yang wajib pagi, tengahari & malam untuk stok hujung minggu. Pilihan menu protein aku kali ini untuk pagi masih berasaskan telur, tengahari ayam & malam tauhu (tofu). Jom kita tengok-tengok resepi tu.... MAKAN PAGI / BREAKFAST  Soft Scrambbled Eggs with Cheese + Zuchini Resepi Soft Scrambbled Eggs with Cheese : Bahan-bahan : 2 biji telur 1 sudu besar Cheese Pizza Plus (brand Perfect Italiano) Sedikit serbuk lada putih Sedikit salted butter Mixed Herbs (brand McCormick) Cara-cara : Cairkan butter dalam kuali (Pastikan api perlahan tidak terlalu panas) Pecahkan telur. Kacau sebentar dan terus masukkan cheese dan lada putih.  Kacau sekejap. Pastikan telur masih 3/4 masak. Tutup api

Tips Diet 1 - MENIMBANG BERAT BADAN

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Readers.. 😍😍 Aku telah berjaya melepasi hari ke-5 sebagai Atkiners. Yeayy!! Dan yang paling aku gembira bila angka kat jarum penimbang tu dah turun sebanyak 2.5 kg. Even nilai tu tak banyak mana tapi bagi aku dah seronok sangat dah ni. Turun 2.5kg dalam masa 5 hari bai! Mau tak syok... Rasa nak lompat setinggi langit! Sekurang-kurangnya berjaya jugak angka kat mesin penimbang tu turun kan.. Tidak, sebelum ni mencanak-canak wei naiknya. Risau pulak aku. Laju nau-nau lemak-lemak ni membiak. Hahaha. Jenis Penimbang Berat Badan (Weigh Scale) Dekat pasaran banyak jenis penimbang yang dijual, sama ada jenis analog (yang manual biasa, ada jarum penimbang) atau digital (yang display angka sahaja). Dan aku ada dua-dua sekali. Analog tu aku beli time belum cukup modal lagi nak beli yang digital. Pakai aje la dulu kan. Maklumlah harga digital 2 kali ganda dari analog. Mana satu yang best? Kalau ikut aku, aku lebih suka yang digital. Lebih senang n

Menu Diet Atkins - Day 4

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Berjaya sampai hingga hari ke-4 untuk start balik diet ni.. maaf la, semalam betul-betul letih & mengantuk. So tak sempat nak update blog untuk menu Diet Akins ni. Untuk menu aku hari ke-4 ni, agak simple gak. Tak apa lah kan.. standard lah orang bekerja ni. Yang penting mana-mana kita sempat masak kita masak sendiri. Puas hati dapat masak sendiri ni even simple. Untuk menu minum pagi, aku tapau menu dinner yang aku masak malam tu, Tumis Sawi . Untuk resepi klik sini. Lunch pula aku pilih menu berasaskan ikan. Ni beli je. Maklumlah aku ni kan wanita bekerja. Yang iye tak sempat nak sediakan bento untuk lunch pagi tu. Lewat sikit bangun. Hihihii.... Dinner aku masak sendiri. Sempoi je menu ni, Seaweed Egg Roll. Jom tengok resepi dan gambar-gambar menu diet pilihan aku untuk hari ke-4 ni. MAKAN PAGI / BREAKFAST : Tumis sawi. Untuk gambar & resepi klik sini. MAKAN TENGAHARI / LUNCH : Ikan kembung sambal hijau + Kacang panjang

Menu Diet Atkins - Day 3

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Actually hari ni hari ke-3 aku buat Diet Atkins ni. Aku berbesar hati nak share antara menu yang aku makan start dari Breakfast, Lunch, until Dinner. Mana yang aku masak sendiri tu aku sediakan sekali resepi yang sangat simple. Sukatan kebanyakannya aku tak beritahu, sebabnya aku ni kalau masak memang main campak-campak je. Al-maklumlah "Aku Bukan Chef" . Perlu diingatkan juga, menu yang aku share ni adalah menu untuk Diet Atkins. So resepi yang aku bagi ni memang untuk sesuai untuk mereka yang amalkan Diet Atkins ni. Untuk Fasa 1 pun boleh tapi kena betul-betul sukat jumlah karbohidrat dalam sehari tidak boleh melebihi 20 carbs. MAKAN PAGI / BREAKFAST : Telur Hancur + Tauhu & Tempe Goreng Resepi - Tempe Goreng : Bahan-bahan: 1 Plastik Saiz kecil Tempe - dipotong nipis 1 ketul Tauhu - dipotong 6 Garam  Kunyit Cara-cara : Gaulkan tempe dan tauhu bersama dengan kunyit & garam. Sukatan secukup rasa

Diet Part 1

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Dah masuk tahun 2017 ni kan. So mesti masing-masing ada azam untuk tahun baru ni. Azam aku memang banyak. Tapi paling aku nekad untuk tahun 2017 ni adalah misi untuk menguruskan badan aku yang sedia kembang semangkuk ni. Ngehngehngeh.. Senang Ke Nak Kurus? Kalau tanya aku, aku akan jawab : ' Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' . Nak kurus ni bukan perkara yang mudah bagi orang yang banyak alasan macam ; Aku bukan tak nak kurus, cuma aku tak tahan la perut kalau diet-diet ni. (Kau tak start lagi macamana nak tahu tahan ke tak tahan. Diet bukan langsung tak makan ye, kengkawan). Alaa... nak kena diet ke..? Nak kena bersenam lagi, kan? Adoiii.. aku mana ada masa. (Tak susah pun kawan. Nak kurus ni faktor dari kawalan pemakanan 80%, senaman 20%. Kau makan tiap-tiap hari, kan. So kawallah dari segi menu dan kuantiti makanan yang dimakan tu. Senaman pulak, mulakan dengan yang basic dulu, yang penting lemak-lemak yang