Posts

Showing posts with the label 2020

Resepi : Sayur Masak Lemak Taucu

Image
Assalamualaikum & Salam Keberkatan semua, Lama aku tak bersiaran. Hampir 3 bulan. Ada yang rindu dengan thread aku tak? Soalan orang acah-acah glamor gitu. Kikiki. Aku tahu, kebanyakan kita ni mula bersarang rasa risau di hati masing-masing. Berdepan dengan isu Virus Covid-19 yang menyerang tidak hanya Malaysia, malah juga dunia, buatkan hari-hari kita semua tidak betah untuk lakukan rutin yang biasa. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin, sehingga kini masih tiada tanda-tanda untuk surut. Allahu. Memang rasa resah sentiasa tertanam dalam hati. Lagi-lagi baru kejap tadi PM umum sambung 2 minggu lagi hingga 14 April 2020. Mental dan fizikal perlu kuat untuk berdepan dengan isu global ni. Masak simple aje Anyway , sepanjang tempoh PKP bermula hari pertama lagi pada 18 April 2020 ritu, aku memang dah buat persediaan awal. Beli barang-barang keperluan asas & barang kering lain 2 hari sebelum pengumuman ...

Cabaran 2020, Bersediakah Kita?

Image
Assalamualaikum & Happy New Year 2020... Tahun 2020. Sebut aje 4 angka berkembar tu, pasti ada macam-macam kisah dan pandangan tentang angka tu. Ada yang frust, ada yang sedih, ada yang gembira & tidak kurang tiada rasa apa-apa apabila bercakap tentang angka-angka ajaib tu. Pandangan aku? Mudah. Manusia sekadar boleh merancang, tapi perancangan Allah itu lebih hebat. Aku lebih suka memetik falsafah yang satu ni. Itu hakikat kita sebagai hamba-Nya. Rancanglah sebesar mana, sebanyak mana, se-gah mana. Andai Allah tidak izinkan, maka tiadalah ia. Kun Fa Ya Kun. Aku tak nafikan, seperti mereka semua diluar sana, aku juga punya bayangan yang besar untuk tahun 2020 ketika aku kecil. Dahulu diomongkan 2020 nanti, merupakan era yang penuh dengan kemodenan. Tidak sekadar teknologi, malah juga tamadun & peradaban. Aku menggambarkan sesuatu yang mampu membuatkan rasa takjub muncul dalam jiwa melihat kemodenan teknologi daripada pelbagai segi. Tapi pandangan aku ter...