Posts

Showing posts from 2019

Review Drama : Kampung People, Drama Melayu Best!

Image
Assalamualaikum Uols...  Jarang-jarang sebenarnya aku ni review drama, movie, telefilem or seangkatan dengannya. Tapi... kali ni, memandangkan aku tengah stress tahap gaban. Ditambah badan lesu and otak pun macam dah tak mampu nak fikir benda-benda yang heavy, aku tetiba jadi rajin nak review satu cerita ni. Kalau ikutkan drama bersiri ni agak trending lah jugak sekarang ni. Mana-mana orang bercakap tentang drama ni.  Credit gambar : Google KAMPUNG PEOPLE . Haaa... tulah nama drama ni. Drama omputih ke? Ehhhhh... taklah. Ni drama Melayu guys. Kalau ditranslatekan ke Melayu kiranya membawa maksud Orang Kampung. Tapi, kalau tajuk orang kampung macam tak berapa nak hipster sangat, kan. Disebabkan drama ni menonjolkan sisi yang berlainan daripada drama-drama yang biasa didedahkan di kaca tv, jadilah tajuk cenggitu - Kampung People.  Sebut tajuk tu pun ada cara tau. Kena tahu tajwidnya. Tang mana nak sebut 2 harkat, tang mana nak di 'idgham' kan. Nak tau macamana

Jualan Penghabisan Stok Buku Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Image
Assalamualaikum semua, Lama tak sembang-sembang tentang buku, kan? Korang tahu tak sekarang ni Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd tengah buat jualan pemindahan gudang di gudang asal mereka di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Aku sebenarnya pun baru tahu dorang dah mula buat sale ni bermula 2 Disember hingga 31 Disember. Hari nilah. Aku sendiri pun Sabtu baru-baru ni berkesempatan pergi. Sebelum ni terlalu sibuk hingga weekend pun kena kerja. Ini gara-gara isu pencemaran airlah. Sigh. Ok, kita tinggalkan sekejap isu pencemaran air di Selangor yang agak hot tu. Aku nak cerita tentang jualan gudang ni.   So far, memang tersangatlah murah harga yang ditawarkan. Bayangkan harga serendah 50 sen dan setinggi RM10 aje untuk buku yang sangat berkualiti. Bukan buku secondhand, ye kengkawan. Buku baru. Ulang semula, buku B.A.R.U. Korang boleh bayangkan tak, dengan harga yang sebegitu murah, korang boleh dapat buku baru. Mana dapat harga semurah macam tu dalam dunia yang

Sembang Santai : Curang & Dicurangi

Image
Assalamualaikum &salam sejahtera uols! Credit photo : Google Curang dan dicurangi. Perghh... Trigger sangat bila dengar dua perkataan ni, kan? Lagi-lagi buat mereka yang dah pernah berhadapan dengan dua situasi ni betul tak?  Saja aku nak kupas sikit isu ni. Kita berbual secara santai aje, eh. Isu ni aku nak kupas lebih kepada konteks curang dalam hubungan sesama manusia. Aku pun sebenarnya tak suka nak bincangkan isu ni. Sebab pernah berlegar-legar dalam dunia perkataan curang tu. Ofcos lah aku tergolong dalam golongan 'dicurangi'. Sedih, beb... Credit photo : Google Aku tak nak cerita tentang hal aku. Thread kali ni lebih pada thread santai macam yang aku cakap tadi. Actually aku tergerak nak bercerita tentang benda ni sebab terjebak dengan kes someone yang bercerita dengan aku kisah hidup dia sebelum ni yang pernah curang dan dicurangi.  Nampak ada ' wow factor ' sangat cerita dia tu, kan? That's why aku rasa macam nak kongsi

Tahukah Anda? | 5 Fakta Tentang Buku

Image
Assalamualaikum & hai uols... Buku.  Sebut sahaja tentang buku, akan terbentang di fikiran masing-masing objek yang berbentuk segi empat (kebanyakkannnya), yang punya helaian-helaian tertentu sama ada tebal mahupun nipis yang berjilid dengan pelbagai cara dihujungnya. Dicetak dengan menggunakan kertas yang pelbagai jenis dan di dalamnya tercatat pelbagai bentuk tulisan yang kadang diselitkan dengan ilustrasi yang pelbagai warna juga ada ketika hitam putih sahaja. Itu pandangan mereka yang sekadar ambil tahu tentang apa itu buku.  Tapi ini tidak berlaku pada mereka yang kaki buku atau juga sinonim dengan gelaran ulat buku. Mereka tidak sekadar memandang buku sebagai objek pegun malah mendengar sahaja perkatan buku, sudah cukup dapat menaikkan adrenalin hormon tubuh masing-masing.  Tak kiralah pada mereka yang gila membeli atau pada anda yang menjadikan hobi memiliki buku sebagai bahan bacaan atau juga pada kedua-duanya sekali. Yang pasti, buku adalah harta yang paling bernila

Tips Travel dan Jodoh?

Image
Assalamualaikum & salam hujung minggu semua, Apa aktiviti korang hujung minggu ni? Pada mereka yang berkeluarga, pasti hujung minggu sentiasa menjadi saat yang dinantikan. Masa ni ajelah saat yang ada untuk beriadah bersama suami, isteri, anak-anak dan keluarga tercinta.  Itu cerita tentang mereka yang ada pasangan dan anak-anak. Bagaimana pula pada yang solo macam aku ni? Dah tentu ada plan yang tersendiri. Hangout dengan kengkawan, atau mungkin ada yang luangkan masa berkumpul dengan family atau paling tidak macam aku ni, just duduk-duduk santai nak ber'me-time' aje katanya. Aku yakin, mesti ada juga yang spend masa dengan travel buddies berjalan hilangkan ketegangan yang merungkai hidup.  Bercerita tentang travel ni, aku tiba-tiba rasa berminat nak berbual bicara tentang satu isu ni yang aku pasti jadi hot topik juga terutama pada para traveler yang masih solo & available gittew... 😉 Hatiku tertinggal di Bromo 💘 Jodoh & travel? Sejauh mana i