Posts

Showing posts with the label agama

Ilmu : Isra' Mikraj, Perjalanan Teragung oleh PU Amin

Image
Assalamualaikum & Salam Keberkatan Jumaat, Seperti biasa, demi mengambil keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari, suka untuk aku kongsikan sedikit ilmu yang dapat diceduk daripada kuliah bersama penceramah jemputan untuk hari ni. Syukur dapat lagi menambah ilmu pada diri ini yang sentiasa dahagakan santapan rohani demi memenuhi ruang hidup agar sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.  Kali ini, sekali lagi urusetia ceramah yang diwakili oleh AJK daripada Kelab Sukan dan Kebajikan LUAS, telah menjemput salah seorang ustaz yang pernah menyertai Program Pencetus Ummah iaitu Pencetus Ummah Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali dengan nama PU Amin.  Sedap nama penuh PU Amin. Muda kecik molek orangnya. Mula-mula masuk nampak macam serius, tapi bila dah mula berbicara, terkesima mendengarnya. Seronok dengar setiap ilmu yang disampaikan. Ustaz sekarang aktif sebagai pengacara di dalam Program Haramain Backpackers di Astro Oasis. Weh, apsal...

Ilmu : Fitnah Sosial oleh PU Rahmat

Image
Assalamualaikum & Salam Rahmat Jumaat Yang Mulia, Hari ni sekali lagi opis aku mengadakan program santapan rohani. Ni yang seronok opis aku ni, setiap bulan atau dua bulan sekali ada ceramah-ceramah agama ni. Biarpun kerja ibadah kita di dunia, jangan dilupakan ibadah untuk memperkuatkan lagi keimanan di hati. Moga segala ilmu yang dapat daripada kuliah-kuliah yang dianjurkan ada manfaat padanya. Aamiin. Untuk kuliah bulanan bulan Mac ni, kali ni Kelab Sukan dan Kebajikan opis aku telah menjemput penceramah muda yang tercetus daripada program realiti Pencetus Ummah Musim Pertama iaitu Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan. Mesti korang yang ikuti program ni kenal penceramah kali ni kan? Muda beli lagi. Dikenali dengan nama PU Rahmat. Ni kali kedua PU Rahmat datang beri kuliah kat opis aku. Sebelum ni tahun 2017. Cumanya untuk aku, ini kali pertama aku mendengar PU Rahmat berceramah secara live kat opis aku sebabnya masa kali pertama aku tak ada rezeki dengar ...

Ilmu : Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat oleh Ustaz Don Daniyal

Image
Assalamualaikum & Salam Jumaat yang berkah sahabat medsos... Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Siapa yang tak kenal? Kalau tanya soalan tu, confirm anak-anak kecil pun ada sebahagian yang kenal. Kerap muncul di kaca tv atau mana-mana saluran media sosial yang lain.  Pada julung kalinya, office aku menjemput ilmuan yang dikenali dengan nama ringkasnya Ustaz Don. Masa urusetia Kelab Sukan dan Kebajikan opis aku buat hebahan menjemput penceramah Ustaz Don, aku macam ye ke? Biar betul! Teruja, beb! Sebabnya, selama ini hanya mampu tengok di kaca televisyen sahaja. Tapi pada hari ini, Ustaz sudi hadir ke pejabat kami, menyampaikan ilmu yang pada aku biarpun terbelenggu dengan rantaian masa, namun pengisiannya cukup padat dan dapat memberi manfaat pada aku dan juga buat para pendengar. InShaa Allah. Aku yakin itu. Sebelum mulakan isi ceramah, sebagai mukadimah, Ustaz turut meluahkan rasa seronok beliau apabila mendapat jemputan daripada pejabat aku, katanya mendapat jempu...