Posts

Showing posts with the label dessert

Resepi : Agar-agar Milo Sedap

Image
Assalamualaikum & Selamat Petang semua, Hari ni dah masuk minggu ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia. Diam tak diam dah hampir sebulan terikat dengan PKP ni. Ramai yang bekerja dari rumah walaupun ada segelintir barisan hadapan perkhidmatan awam seperti aku yang perlu keluar bekerja demi kelangsungan rakyat. Mujur juga opis aku mengamalkan kerja berjadual bagi mengurangkan risiko dan pergerakan kakitangan. Masa bercuti ni, memang mood memasak tiba-tiba muncul. Aku tau bukan aku sorang aje. Korang pun sama, kan? Time ni lah masing-masing keluarkan bakat yang terpendam. Betul tak? Kikiki... Kali ni aku nak kongsi masak dessert iaitu Agar-agar Milo. Actually, aku tak terfikir nak share resepi aku ni sebab pada aku, agar-agar milo ni mudah aje buatnya. Dalam google pun ada. Cuma, aku biasanya buat agar-agar tak tengok resepi google. Aku suka resepi mak aku sebab semua cukup rasa & tak terlalu lembik. Sebab tulah gambar masa penyediaan tak a...

Resepi Manisan Mangga & Kuini Cincang

Image
Assalamualaikum & Hai...hai...hai semua! Syawal ke-7. Telah seminggu umat Islam menyambut lebaran. Belum terlambat rasanya lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam seluruh dunia yang menyambut hari lebaran ini. Dah nama pun raya, mesti pelbagai menu raya yang dihidangkan, betul tak? Ketupat, rendang, kuah kacang, antara menu yang wajib ada dalam setiap rumah. Jarang beraya rumah orang takde menu-menu tu pada raya pertama. Aku tak nak cakap banyak tentang menu utama raya tu, yang aku nak cerita ni tentang manisan atau bahasa omputihnya depa sebut dessert . Selain kuih raya, kek, puding, agar-agar, mungkin ada pelbagai lagi manisan pencuci mulut yang disediakan tuan rumah buat dijamu oleh tetamu yang datang berziarah. Manisan Mangga & Kuini Cincang Pernah nampak tak manisan kat atas tu? Pernah makan tak? Actually aku kurang pasti daripada mana asal manisan ni, tapi mak aku memang rajin buat ...

Segar Kelapa Muda ... Enak Jeli Kelapa

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera sayang-sayang semua.... Kelapa muda vs Jeli Kelapa. Agak-agak kenapa aku nak pilih subjek ni untuk aku menulis eh? Cer teka..cer teka.. hehehe.. Haaa.. Sebenarnya aku baru je habis menghirup dengan rakusnya (baca dengan penuh semangat) Jeli Kelapa yang aku beli dengan kawan opis aku. Terangkat babe! Tetengah aku menikmati jeli kelapa tu tetiba aku terfikir nak cerita tentang kelapa muda. Ye la kan, jeli kelapa kan dibuat daripada kelapa muda. So sebelum kita cerita tentang jeli kelapa, kita cerita dulu tentang induknya. Kelapa muda & Nutrisi : Kelapa (coconut - In English), buah yang tidak asing lagi di negara kita Malaysia. Semua orang mesti tau kan kelapa dikenali juga sebagai 'buah seribu guna'. Istilah tu digunakan menunjukkan kelapa ni boleh dipelbagaikan kegunaan dan manfaatnya. Dari hujung pucuk, hinggalah ke batangnya. Semua boleh digunakan dari sebatang pokok kelapa tu. Lagi-lagi buah kelapa. Air Kelapa Muda, kalau...