Posts

Showing posts with the label info

Jualan Penghabisan Stok Buku Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Image
Assalamualaikum semua, Lama tak sembang-sembang tentang buku, kan? Korang tahu tak sekarang ni Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd tengah buat jualan pemindahan gudang di gudang asal mereka di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Aku sebenarnya pun baru tahu dorang dah mula buat sale ni bermula 2 Disember hingga 31 Disember. Hari nilah. Aku sendiri pun Sabtu baru-baru ni berkesempatan pergi. Sebelum ni terlalu sibuk hingga weekend pun kena kerja. Ini gara-gara isu pencemaran airlah. Sigh. Ok, kita tinggalkan sekejap isu pencemaran air di Selangor yang agak hot tu. Aku nak cerita tentang jualan gudang ni.   So far, memang tersangatlah murah harga yang ditawarkan. Bayangkan harga serendah 50 sen dan setinggi RM10 aje untuk buku yang sangat berkualiti. Bukan buku secondhand, ye kengkawan. Buku baru. Ulang semula, buku B.A.R.U. Korang boleh bayangkan tak, dengan harga yang sebegitu murah, korang boleh dapat buku baru. Mana dapat harga semurah macam tu dalam dunia y...

Tahukah Anda? | 5 Fakta Tentang Buku

Image
Assalamualaikum & hai uols... Buku.  Sebut sahaja tentang buku, akan terbentang di fikiran masing-masing objek yang berbentuk segi empat (kebanyakkannnya), yang punya helaian-helaian tertentu sama ada tebal mahupun nipis yang berjilid dengan pelbagai cara dihujungnya. Dicetak dengan menggunakan kertas yang pelbagai jenis dan di dalamnya tercatat pelbagai bentuk tulisan yang kadang diselitkan dengan ilustrasi yang pelbagai warna juga ada ketika hitam putih sahaja. Itu pandangan mereka yang sekadar ambil tahu tentang apa itu buku.  Tapi ini tidak berlaku pada mereka yang kaki buku atau juga sinonim dengan gelaran ulat buku. Mereka tidak sekadar memandang buku sebagai objek pegun malah mendengar sahaja perkatan buku, sudah cukup dapat menaikkan adrenalin hormon tubuh masing-masing.  Tak kiralah pada mereka yang gila membeli atau pada anda yang menjadikan hobi memiliki buku sebagai bahan bacaan atau juga pada kedua-duanya sekali. Yang pasti, buku adalah harta yang ...

Travel | Sabah | One Day Trip | Mantanani Island

Image
Assalamualaikum & selamat berhujung minggu guys! Agak lama tiada sebarang cacatan dalam blog aku ni kan? Mesti korang semua rindu & tertunggu-tunggu sebarang khabar dari aku. Hahaha. Perasan nau, kan? Untuk mengubat kerinduan korang semua, kali ni aku akan share satu trip yang best punya! Confirm korang pun teruja nak ke situ lepas baca thread aku ni. Aku nak bawa korang semua jelajah satu pulau yang di salah satu kepulauan Borneo. Ramai orang Malaysia yang kurang tahu sangat tentang pulau ni. Tapi, untuk pengetahuan korang, pulau ni memang jadi tumpuan pelancong asing, tau! Ke mana kita kali ni? Jeng jeng jeng.... Permatang pasir di Pulau Mantanani Cantik tak? Nilah dia Pulau Mantanani. Terletak di Kota Belud, Sabah. Walaupun Sabah memang terkenal dengan pelbagai pulau yang menawan kalbu, namun Pulau Mantanani punya tarikannya yang tersendiri. Pulau ini juga dikenali dengan nama Mermaid Island. Aku tak pasti kenapa ada nama mermaid di situ. Tapi, apa ya...