KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!
Assalamualaikum & Yuhuuu!
Selepas penat melalui pengalaman yang sedikit mencabar di KL Sentral seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni Overnight @ KL Sentral , akhirnya tibalah pagi yang ditunggu-tunggu. Tak sabarnya nak completekan misi makan-makan hari ni. Hehehe.
Dalam masa yang sama, aku rasa berdebar-debar. Sebabnya, inilah kali pertama aku kena lead travel kali ni. Biasanya, kalau dengan geng-geng travel aku sebelum ni, aku tak adalah risau sangat memandangkan kawan-kawan travel aku tu dah punyai pengalaman mengembara yang pelbagai ke negara orang. Confident level aku berjalan tinggilah sikit sebab rasa terjamin selamat. Kikiki.
Tapi untuk kali ni, aku pulak kena jaga keselamatan ahli-ahli travel aku yang lain. Sebab depa ni kurang sikit pengalaman berbanding aku. It's ok, aku kena tunjuk cool even lutut ada sikit goyang. Hahaha.
Lima belas minit sebelum jam 7.00 pagi, petugas di kaunter KTM yang memakai seragam berwarna kuning terang telah membuat pengumuman ketibaan tren ETS 9222, KL Sentral ke Padang Besar. Aku seperti biasa, memang akan pastikan beratur paling awal. Sebabnya nak mudah dapatkan tempat letak luggage. Kalau lambat nanti kena berebut dengan penumpang lain ditambah luggage terpaksa diletak jauh daripada seat. Untuk mengelakkan itu, kami antara orang terawal yang beratur.
Pintu Pelepasan berada di Pintu B. Dan perlu turun ke Platform bawah. Di bawah telah sedia tren ETS menunggu. Jadi, aku hanya perlu lihat Nombor Coach pada setiap badan tren. Pastikan anda naik coach mengikut nombor yang tertera di tiket anda, ya.
ETS ada lima coach iaitu A, B, C, D, dan E. Aku lebih selesa memilih coach D berdasarkan bacaan tips memilih coach dan seat ETS. Sebabnya, Coach ni terletak di tengah-tengah dan memandangkan sekarang musim hujan di Selangor, aku turut mengandaikan di Perlis juga seperti Selangor. Musim hujan. Jadi, tiada masalah jika nanti hujan ketika turun sebabnya coach D akan berhenti di platform yang berbumbung. Kafeteria terletak di coach C. Tandas juga terletak di laluan antara coach C dan D. Untuk panduan memilih seat ETS, boleh rujuk tips memilih seat ETS .
Beberapa minit selepas tren bergerak, akan ada pramugara (ermmm.. dalam tren panggil pramugara jugak ke?) yang akan check tiket kita. Oh, ya! Lupa aku nak bagitau. Tiket yang dicetak secara online tu boleh terus digunakan. Tunjukkan saja tiket bercetak tersebut. Tiket yang dah check tadi akan dicop dengan cop yang sangat comel! Cute betul cop pramugara ETS ni. 😍
Sempat kami wefie keadaan dalam ETS |
Beberapa minit selepas tren bergerak, akan ada pramugara (ermmm.. dalam tren panggil pramugara jugak ke?) yang akan check tiket kita. Oh, ya! Lupa aku nak bagitau. Tiket yang dicetak secara online tu boleh terus digunakan. Tunjukkan saja tiket bercetak tersebut. Tiket yang dah check tadi akan dicop dengan cop yang sangat comel! Cute betul cop pramugara ETS ni. 😍
Saat tiket diperiksa pramugara |
Pertama kali menaiki ETS, dan pada pandangan aku ianya selesa. Selain dapat menjimatkan masa, juga dapat menjimatkan tenaga. Kalau penat-penat mengantuk tu, bolehlah rehatkan mata tidur. Tapi janganlah tiur sepanjang perjalanan. Rugi. Sebabnya banyak pemandangan menarik yang boleh kita lihat sepanjang perjalanan.
Perjalanan KL Sentral ke Padang Besar memakan masa lebih kurang hampir 6 jam. Di mana untuk tren ETS 9222 ni, tren akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di beberapa stesen besar. Melibatkan lebih kurang 17 stesen hentian.
Nampak tak cop biru comel kat tengah tiket tu? Means dah diperiksa oleh pramugara ler tu. |
Perjalanan KL Sentral ke Padang Besar memakan masa lebih kurang hampir 6 jam. Di mana untuk tren ETS 9222 ni, tren akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di beberapa stesen besar. Melibatkan lebih kurang 17 stesen hentian.
Sepanjang perjalanan kita akan disajikan dengan pelbagai pemandangan. Kebanyakkannya hutan atau kawasan ladang kelapa sawit atau getah. Mataku mula terasa agak berat memandangkan dah dua malam tak dapat tidur dengan betul. Namun sesekali bila terjaga, ada sahaja pemandangan menarik yang akan aku rakamkan di dalam lensa kamera telefonku.
Pemandangan di luar keretapi bertambah menarik bermula selepas stesen Batu Gajah. Ketika itu, tren akan melalui kawasan batuan kapur yang cantik-cantik. Kalau menaiki kenderaan di lebuh raya ianya sedikit jauh. Namun dengan menaiki keretapi, batuan-batuan itu begitu hampir dengan mata kita rasanya.
Aku terpegun hinggakan lupa untuk rakamkan sekeping dua gambar buat kenangan. Nasib baiklah D & adik aku sempat snap beberapa keping gambar. Aku pinjam eh... Hahaha. Actually tengok dengan mata sendiri lagi cantik berbanding gambar. Lebih-lebih lagi keadaan cermin ETS (area seat aku) yang kurang cantik untuk merakamkan gambar kenangan.

Tidak cukup dengan itu, selepas tren melepasi stesen Bagan Serai, sekali lagi aku terkesima. Ketika itu, mata kita akan disajikan dengan lautan hijau daripada sawah padi yang terbentang. Moment seperti ini yang amat aku nantikan.
Suka betul melihat keindahan kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Itu belum ditambah lagi di kawasan sawah padi yang menghijau berlatar belakangkan bukit dan gunung yang gah menghiasi pandangan 'ain'. Subhanallah. Cantiknya!

Duduk-duduk saja selama 6 jam sememangnya amat memenatkan badan. Jadi, aku mengambil peluang untuk menjelajah coach lain. Teringin aku ke coach C di mana menempatkan kafeteria di dalam ETS. Saja nak risik-risik mana tau ada menu yang berkenan di hati.
Aku membayangkan cafe besar. Namun kecil sahaja rupanya. Di hadapan cafe disediakan 3 set kerusi meja bagi mereka yang hendak makan di situ atau sementara menunggu menu yang ditempah siap.
Pada mulanya, aku hendak juga rasa menu-menu menarik di dalam cafe tu. Namun, terus terbantut memandangkan aku perlu menunggu lagi 50 orang yang sedang menunggu giliran. Fuuuhh! Ramainya yang order. Malas pula rasanya nak menunggu ni. Akhirnya aku sekadar order Milo panas yang berharga RM3 secawan. Satu minit dah siap. Oklah tu. Buat alas perut. Lagipun aku ada je snek dan roti buat alas perut kalau lapar.
Mini Cafe yang terletak di Coach C |
Sekitar jam 12.55 tengahari tren telah sampai ke destinasi terakhir iaitu Padang Besar. Lewat sedikit dalam 10 minit daripada waktu yang dijangka.
Dan bermulalah debaran aku ketika ini. Risau betul bila kena jadi leader ni. Hahaha.
Aku teringat apa yang aku baca daripada blog-blog lain sebelum ini : "Selepas saja turun daripada keretapi di Platform 1, terus ke hujung Platform 2. Beli tiket Special Train Padang Besar - Hatyai. Urusan imigresen semua akan diuruskan di Platform 2 dan kita akan naik keretapi klasik tu di Platform 2".
Dan ketika inilah otak aku cuba bekerja keras dengan sebaiknya. Dah macam mesin penjana maklumat aku rasa otak aku ketika itu. Sambil kaki melangkah sambil mata ikut mencari arah ke Platform 2. Malangnya aku tak jumpa signboard Platform 2. Kaki aku terus melangkah ikut lautan manusia yang keluar daripada tren yang sama kami naiki tadi ke tingkat atas di mana tertulis signboard 'KELUAR'.
Di sini aku mula blur sekejap.
Sebab apa, bila dah naik tingkat 2, aku baru nampak papan tanda menunjukkan Platform 2. And guess what, aku kena turun semula ke Platform 1 balik. Platform 2 terletak bersebelahan dengan Platform 1. Macamana aku boleh tak nampak tadi? Hahaha.
Tapi tak mengapa. Ada hikmah semuanya. Sebabnya aku berpeluang jelajah tingkat atas ni. Selain pintu keluar ke Padang Besar, di tingkat atas ini juga terdapat kemudahan lain seperti tandas, kafeteria, gerai kecil, dan surau.
Selain itu, bagi mereka yang hendak ke Hatyai tanpa menggunakan perkhidmatan keretapi, mereka boleh pergi dengan menaiki van. Ramai pengusaha van yang mencari pelanggannya di sini. Dan melalui pandangan mataku, kebanyakkan penumpang yang sama tren dengan kami tadi sekadar menggunakan perkhidmatan van untuk ke Hatyai. Mungkin lebih menjimatkan masa.

Dekat sinilah pintu masuk untuk beli tiket keretapi ke Hadyai |
Platform 2 hanya terletak bersebelahan dengan Platform 1. Jadi, aku ke penghujung plaform 2 untuk mencari kaunter tiket seperti yang tertulis di dalam blog yang aku baca sebelum ini. Namun, ada notis yang ditampal dipintu kaca tersebut menyatakan kaunter tiket akan dibuka pada jam 2.30 petang (waktu Malaysia).
So ada lagi 1jam 30 minit lagi masa. Jadi kami sekadar mengerjakan solat jamak Zohor dan Asar dan makan aiskrim sahaja. Sebabnya takut tak sempat nak kejar kaunter tiket. Kikiki.
Jadual 'special train' ditampal di pintu beli tiket. |
So ada lagi 1jam 30 minit lagi masa. Jadi kami sekadar mengerjakan solat jamak Zohor dan Asar dan makan aiskrim sahaja. Sebabnya takut tak sempat nak kejar kaunter tiket. Kikiki.
Tunggu punya tunggu punya tunggu last-last hampir jam 3.30 petang baru kaunter mula dibuka. Adoyaiii... penat betul menunggu. Tiket tren klasik Padang Besar - Hatyai ini hanya berharga 50 TB. Memandangkan duit kami semua duit besar (semua 1000 TB), kami cadang beli untuk 3 orang. Malangnya kaunter tak ada duit kecil.
Haduuu.. satu lagi bala ni. Dah penat beratur nak buat camne pulak ni? Nasib baik orang belakang kami sempat tanya sama ada boleh dibayar dengan menggunakan Ringgit Malaysia atau tidak. Dan Alhamdulillah, Ringgit Malaysia masih boleh digunakan dan tiket dijual dengan harga RM7. Hehehe.

Yeay! Akhirnya berjaya dapatkan tiket keretapi khas ni. |
So sesi menunggu lagi pun bermula sekali lagi. Kami perlu menunggu borang pelepasan pula sebelum boleh melepasi pemeriksaan imigresen Malaysia dan Thailand.
Sementara menunggu, akan dibuka 1 booth menjual simcard Thailand. Aku ni yang memang malas nak fikir panjang ditambah pula memikirkan kami perlu simcard itu untuk mengaktifkan internet semasa mencari Hotel tempat kami menginap di Hatyai nanti (hotel boleh dengan hanya berjalan kaki), jadi aku ambil keputusan untuk beli. Harga yang ditawarkan untuk simcard DTAC adalah 240 TB untuk unlimited hingga 3GB untuk sebulan. Dan boleh membuat panggilan untuk nombor-nombor Thailand. Katanya harga asal 299 TB. Pada aku ok dah harga tu sebab aku ada baca sebelum ni dorang jual 250 TB. Kira lebih kuranglah kan harga tu.

Simcard Thailand. Beria promoter tu cakap no ni cantik. Tang mana cantik pun aku tak tau. Hahaha. |
Tak lama lepas tu, Thai Imigresen Departure card mula diedarkan. Jadi kenalah isi dengan lengkap semua data yang diminta. Selain pasport, card ini juga adalah sangat penting dan perlu dijaga bagaikan nyawa kita. Sebabnya card ini seolah-olah pas masuk ke Thailand dan akan diminta semula saat hendak keluar daripada Thailand nanti. Jadi simpan baik-baik sampai hari pulang ke Malaysia semula.
Rupa bentuk departure card ni. Lupa pulak snap sebelum isi. Sorry, banyak kena blur. |
Yang bukan resident Thai ni, jangan lupa isi maklumat dekat belakang tu. |
Jam telah menunjukkan angka 4.00 petang. Namun pintu masuk ke pemeriksaan imigresen masih tiada nampak tanda-tanda untuk dibuka. Agak pelik juga sebenarnya. Kalau ikutkan jadual, lagi 30 minit tren akan berlepas. Takkan urusan imigresen nanti boleh dibuat dengan hanya 30 minit? Mau kelam kabut nanti. Rupa-rupanya mereka hendak lepaskan dulu penumpang yang datang daripada Thailand ke Padang Besar, barulah mereka akan uruskan kami pula.
Fuuh! Jenuh tunggu. Perut dah mula lapar ni. Bermakna keretapi ni akan delay. Sementara tunggu tu, sempatlah juga kami berbual dengan beberapa penumpang yang hendak pergi ke Hatyai juga. Dia minta kami panggil Man & Azmi. Mereka sekadar bercuti dua hari satu malam saje je Hatyai. Esoknya akan balik semula ke Malaysia. Mereka ke Padang Besar pun sebab ada kursus anjuran KTM sendiri. Kira staf KTM lah pendek cerita. Tapi cawangan Ipoh.
Sempat Azmi promote keretapi yang ada kemudahan katil jika hendak ke Bangkok. Katanya cuma tambah sikit je. Tak penat. Lagipun boleh ambil pengalaman baru tidur di dalam keretapi. Itupun Azmi bagi pandangan lepas dapat tahu kami akan meneruskan perjalanan ke Bangkok dengan hanya mengambil keretapi Seat 2nd Class. Dan daripada situ, aku mengambilkira pandangannya.
Siapa kata travel ni tak bagus? Tengok, selain dapat kawan baru, kita dapat juga maklumat dan info terkira yang boleh dijadikan panduan ketika pengembaraan ini. Terima kasih ya Man & Azmi.
Sekitar jam 4.40 petang (waktu Malaysia), Pintu no 6, iaitu pintu masuk ke pemeriksaan imigresen mula dibuka. Apalagi, menderu la memasing masuk. Penat wei tunggu daripada pukul 1 petang tadi. Fuuh! Sangat mencabar!
Pemeriksaan imigresen bermula. Mula-mula daripada imigresen Malaysia. Dan sebelahnya pula imigresen Thailand.
Aku berdebar-debar jugak risau masa pemeriksaan tu makan masa yang lama. Melalui apa yang baca dari blog, biasanya imigresen Thailand ni kena selitkan duit sikit untuk lepas cepat.
Aku ikut ke..? Memang tak ala. Pada aku yang terlalu skema dengan peraturan ni, memang tak suka benda-benda macam ni. Pada aku serupa rasuah, kan. Lagipun, dekat cermin-cermin imigresen tu dah tampal. "NO TIPS". Jadi, memang no tips la dari aku. Kikiki.
Dan apa yang buat aku impress, memang sekejap giler! Aku rasa urusan imigresen aku dalam 5 ke 8 minit je. Apa yang depa kata lama sangat tu ye? Tau-tau aku dah ada kat depan pintu keluar Platform 2 di mana keretapi klasik yang dinantikan dah sedia menunggu.
Alhamdulillah. Semua berjalan lancar!
Hatyai, here I come!
Nak tahu pengalaman aku naik special tren ni? Tunggu....
Nanti aku ceritakan kemudian eh... dah malam ni. Esok nak keje. Mata pun dah ngantuk. So, tunggu sambungan berikutnya ye. Banyak lagi cerita menarik yang akan aku kongsikan.
Belanja Hangus :
Tiket ETS : RM76
Tiket Train Hatyai : RM7
SimCard : 240 TB (RM30)
Makan : RM8
Total : RM 121
Baca juga :
Overnight @ KL Sentral
#terimakasihsudibaca

Sempat bergambar tenangkan hati. Hehehe. |
Nak tahu pengalaman aku naik special tren ni? Tunggu....
Nanti aku ceritakan kemudian eh... dah malam ni. Esok nak keje. Mata pun dah ngantuk. So, tunggu sambungan berikutnya ye. Banyak lagi cerita menarik yang akan aku kongsikan.
Belanja Hangus :
Tiket ETS : RM76
Tiket Train Hatyai : RM7
SimCard : 240 TB (RM30)
Makan : RM8
Total : RM 121
Baca juga :
Overnight @ KL Sentral
#terimakasihsudibaca
Wow detail sungguh penceritaan ni. Menarik sangat untuk panduan kak sarie yang sokmo blur-blur ni. Kak Eita dah dok ajak naik train ke Hatyai dan Bangkok tuh. Boleh la guna info Ezzan nih untuk trip kitaorang nanti. Thanks for the info ye. Banyak sangat maklumat berguna. Cuma Ezzan kena tambah kerajinan untuk update blog selalu je hehehehehehe
ReplyDeleteHehhehe... sekali dah menulis macam susah nak berhenti. Tau-tau terpanjang pulak. Tengah cuba nak kerap update ni kak sarie.. Banyak yang nak update sebenarnya. Tapi tu la.... hahhahah...
DeleteTq Ezzan share pengalaman dgn hakak yg xprnah lg naik ETS ni hihihi
ReplyDeleteHeheheh... sama2... memang suka kongsi info, cuma kengkadang tak sempat nak menaip masuk dalam ni.. 😅
DeleteSalam kak , saya nak tanya. Nanti bila dah sampai dekat padang besar perlis tu , nak ke hatyai imigresen mas dan thai banyak cekadak tak?
ReplyDeleteMasa saya pergi Alhamdulillah smooth sangat.. maybe time tu bukan peak hour kot.. amik masa 5 ke 10 minit je... hehehe...
DeleteEsok saya nak kesana. Heheehehe
ReplyDeleteHave fun ya... 😍
DeleteNak tanya, seat dia selesa tak? Boleh dibaringkan sedikit atau macam mana? Kena bawak bantal leher tak kalau nak tidur?
ReplyDeleteSaya kurang ingat pula sama ada seat ets boleh adjust atau tak. Tapi pada saya seat tu selesa untuk perjalanan 6 jam tu. Yang saya cerita ni utk tiket Gold. Tu pun pada saya seat dah selesa. Kalau yang Platinum tu sy kurang pasti macamana. Lagipun saya buat perjalanan waktu siang, jd waktu tidur saya memang boleh dikatakan hampir tiada sepanjang dlm tren. Dan kedudukan seat pun tak adalah buat badan sy letih. Dan jarak antara seat depan dgn belakang pun lapang. Lebih lapang daripada naik flight AA class ekonomi.. hehehe.. Macam sy, jenis yg memang xkisah kalau tiada bantal leher, kalau nak bawa ok aje rasanya mungkin diperlukan lagi2 kalau yg yg travel waktu mlm. Sbb waktu malam memang waktu utk tidur, kan.. Adik saya bawa aje bantal leher tu, tapi jarang guna time tu. So terpulang ikut keselesaan masing2. Sebab pada mereka yang nak lebih selesa, mungkin boleh aje bawa bantal leher tu. Sebab keselesaan tu perkara sangat subjektif ikut individu. Harap jwpn sy ni boleh membantu 😊
DeleteSaya ambil ets waktu malam and sampai sana pagi, tu yang risau nak tidur malam tak selesa. Sampai je nanti terus berjalan risau badan lenguh lenguh 😂 btw thankyou for the info! ❤
DeleteWow! Menarik tu pengalaman naik waktu malam... saya pun suatu hari nak cuba juga naik ets waktu malam.. mungkin boleh aje bawa bantal leher tu lagi selesa mungkin... anyway have fun ya...:)
DeleteHarga tiket ETS tu pergi dan balik ke
ReplyDeleteOne way tu.. maaf lambat reply.. balik kami naik flight sebab dari Airport Bangkok... maaf lambat reply..
DeleteBagus cerita pengalaman naik ets ke utara ni.Baru nak cari ilmu ni.Nak bawa murid buat lawatan nanti
ReplyDelete