Me @ Jualan Selamat Tinggal TERFAKTAB
Assalamualaikum & Salam Sejahtera All!
Sale! Sale! Sale! Mesti korang tertanya-tanya sale apo bondo eh ni, kan? Kalau dengan aku ni, cuma satu sale je yang aku minat. Apa lagi? Buku! Aku ni memang boleh meroyan babe kalau dengan buku ni. Lagi-lagi kalau dengar ada diskaun tak hengat. Memang aku terjah. Tapi dengan syarat la. Asalkan tempat tu dekat dan senang aku nak pergi. Itu syarat utama untuk aku yang tersangatlah penakut atas jalan raya ni. Hehehe.
Untuk sale buku kali ni, aku dapat info dari kawan opis aku. Dia pon kaki buku cam aku jugak. Nasib baik ada geng cam aku ni. Banyak info dapat, babe. Kawan aku tu bagitau aku ada sale 'Jualan Selamat Tinggal Terfaktab'. Fuuh.. Dengar tajuk tu aku cam nak nanges. Hurm.. satu lagi aku dengar berita tak elok dalam industri buku Malaysia. Sebelum ni jualan selamatkan buku-buku Thukul Cetak. Kali ni pulak buku dari Penerbitan Terfaktab. Tenat industri buku Malaysia sekarang ni. Sedih dengar, kan? Sob...Sob... Sob...
It's okay. Hidup perlu diteruskan, kan. So, sebagai tanda sokongan aku terhadap usaha penerbitan Terfaktab ni untuk habiskan stok yang ada, aku dengan officemate aku ni cadang tengok-tengok buku yang mana berkenan di hati. Aku memang awal-awal sebelum beli dah survey buku apa yang menarik. Sempatlah usyar sat Goodreads tengok rating setiap tajuk. Kalau ikutkan ada 40 tajuk yang depa bagi untuk buat jualan satu buku RM10. Kat bawah ni aku tempek senarai buku yang ada yang aku dapat thru Whatsapp.
Dari senarai tu, aku dapat detect 10 buah buku yang dapat review & rating yang best dari Goodreads. Kira 10 buah = RM100. Ok..still under budget aku untuk memborong. Hehehe.. Dan bermulalah misi aku memborong buku Terfaktab ni. Oh ye. Untuk makluman, pejabat jualan ni terletak dekat 16-29, Plaza Azalea, Shah Alam. Kena ambil pas dekat guard di lobby dulu sebelum boleh access. Sebab pintu lif hanya boleh tutup dengan 'touch access card'. Then pergi tingkat 16, dari lif, sebelah kanan. Pintu tu memang sentiasa bertutup. So korang ketuk la dulu ehh. Jangan pulak tengok tutup korang terus cabut. Rugi nanti. Satu lagi maybe korang boleh call dulu tanya buka ke tidak office sebab opismate aku bagitau sebelum ni dia pergi tutup. Ni no WhatsApp ke 016 256 7476 (aku dapat dari website).
Kedatangan kami disambut mesra oleh staf intern depa. Apa lagi. Time for shopping! Oleh sebab aku dah buat senarai awal apa yang aku nak beli, laju jugak la aku capai. Cuma yang jadi lambat bila buku yang aku nak aku tak dapat cari. Waaaaaa... dah abes. Sedihnya. Lagi-lagi buku yang paling laris dari penerbitan Terfaktab iaitu 'The Boy Who Lost His Sight'. Sampai terjual kat luar negara kot. Alahai. Takde rezeki. Rak pon banyak yang dah kosong.
It's ok. Nama pon jualan penghabisan stok kan. Mestilah ramai yang nak grab. Lagi-lagi 'hot item'. Diam tak diam 8 buah buku jugak berjaya aku grab dengan jayanya. Dan melayanglah note RM80. Kikiki. Ok la tu kan berbelanja untuk buku. Banyak faedahnya.
Dan dengan itu, aku dengan rasminya aku umumkan 'need to read list' aku makin bertambah angkanya. Hahahaha. Harapnya aku dapat capai target untuk mengurangkan list buku yang berbalut dalam plastik lagi tu. Jom lah terjah reramai ke Plaza Azalea tu. Even buku terpaksa jual murah, at least dapat bagi sumbangan dekat penulis yang dah penat-penat kerah idea tu kan. Ingat senang ke nak dapat idea? Susah, babe!
#terimakasihsudisinggah
Comments
Post a Comment