Posts

Showing posts with the label Review

Review Buku : I LET YOU GO

Image
Assalamualaikum & Salam Hujung Minggu Gais! Dah berminggu-minggu aku asyik tayang resepi aje kan? Sesekali kenalah juga share benda yang menjadi hobi utama aku. Membaca! Ya, untuk kali ni, aku nak review sikit novel English yang sempat aku baca untuk tahun ni. Kalau ikutkan ni novel yang ke-20 aku berjaya habiskan. Haduuu... agak sedikit lembab graf pembacaan aku tahun ni. Target 50 buku setahun tak pastilah dapat capai target ke tak. Jarang-jarang sekali aku review buku omputih kan? Kenapa kali ni aku ter'rajin' nak review? Sebab buku ni serius best! Sebelum tu, aku just nak share dengan korang mana aku beli buku ni. Aku beli secara online melalui BookXcess. Asalnya nak cari buku-buku ilmiah berkaitan mental illness. Tapi ter'usyar' pulak novel yang best kat katalog BookXcess ni. Apalagi, lajulah tangan aku klik masuk bakul. Then terpilih, and finally ter'bayar'lah. Aku beli 6 buah novel english. Haaa... 6 buah novel ok... ada korang nampak buku ...

Movie Review : Pihu

Image
Assalamualaikum & Salam Sabtu gais, Suka tak kalau aku review movie yang best dari pelbagai negara? Aku yakin ramai yang aktiviti hariannya sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mencari-cari filem-filem untuk dijadikan koleksi tontonan, kan? So, aku suka nak kongsi dengan korang filem-filem yang aku dah tengok dan akan review setiap filem tu. Tak kisah filem apa sekalipun, yang penting seronok ditonton bagi mengisi masa-masa yang terluang sepanjang PKP ni. Review pertama untuk movie kali ni adalah filem yang berasal dari India. Kalau ikutkan filem ni telah ditayangkan 16 November 2018. Tak adalah lama sangat. Masih seronok ditonton. Filem apa tu gais? Credit photo : Google PIHU . Filem ni berdasarkan kisah benar. Aku memang suka tonton filem kisah benar ni. Lagi-lagi jika aksi yang ditayangkan sangat mendebarkan. Mulalah aku bayangkan kejadian betul-betul berlaku depan mata. Fuhhhh... 😥 Detail tentang filem ni : Tajuk : Pihu Jenis & Bahasa : Fi...

Review Drama : Kampung People, Drama Melayu Best!

Image
Assalamualaikum Uols...  Jarang-jarang sebenarnya aku ni review drama, movie, telefilem or seangkatan dengannya. Tapi... kali ni, memandangkan aku tengah stress tahap gaban. Ditambah badan lesu and otak pun macam dah tak mampu nak fikir benda-benda yang heavy, aku tetiba jadi rajin nak review satu cerita ni. Kalau ikutkan drama bersiri ni agak trending lah jugak sekarang ni. Mana-mana orang bercakap tentang drama ni.  Credit gambar : Google KAMPUNG PEOPLE . Haaa... tulah nama drama ni. Drama omputih ke? Ehhhhh... taklah. Ni drama Melayu guys. Kalau ditranslatekan ke Melayu kiranya membawa maksud Orang Kampung. Tapi, kalau tajuk orang kampung macam tak berapa nak hipster sangat, kan. Disebabkan drama ni menonjolkan sisi yang berlainan daripada drama-drama yang biasa didedahkan di kaca tv, jadilah tajuk cenggitu - Kampung People.  Sebut tajuk tu pun ada cara tau. Kena tahu tajwidnya. Tang mana nak sebut 2 harkat, tang mana nak di 'idgham' kan. Nak tau ma...

Review Buku - SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG

Image
Assalamualaikum & Salam Hujung minggu, Setelah lebih kurang dua bulan aku meninggalkan dunia bacaan, kali ni aku dah kembali ke pangkal jalan akhirnya. Yeayyy! Berjaya juga aku habiskan bahan bacaan aku kali ini. Genre sastera. Itu yang jadi pilihan aku kali ni. Perghhhh.... dah la lama tak baca buku, tut tut terus melompat ke genre sastera. Boleh ke habiskan tu? Dah tentu boleh kalau buku yang aku baca ni buku yang hot & spicy item. Wow! Buku apa tu? Seorang Tua Di Kaki Gunung. Familiar, kan tajuk tu? Dah tentulah. Buku yang banyak kali diulang cetak. Ingat mudah ke buku bergenre sastera diulang cetak unless buku tu benar-benar bagus! Actually buku ni buku lama sangat. Cetakan Pertama tahun 1982. Aku time tu baru nak tengok dunia, babe! Lama betul. Tapi aku kagum, sampai sekarang buku tu masih dicari orang ramai. Sebab apa? Bahasanya. Penulis ini menzahirkan tulisnya dengan tulus. Seakan-akan memberi jiwa pada setiap patah berkataan yang ada. Belum lagi ayat-ayat yang...

Review Produk - Mary Kay Skinvigorate

Image
Assalamualaikum & Good Night all... Kali ni aku bersiaran agak lain sikit. Tengok tajuk pun tau, kan? Sebelum ni memang aku tak pernah review any products. Tapi, malam ni tetiba rasa nak buat review sikit. Itu pun selepas aku guna dan rasa alat ni sangat best! Dan untuk aku tunjukkan rasa best ni, aku rasa eloklah aku buat review kat sini & share apa-apa yang patut kat semua orang. Benda baik, buat apa sorok-sorok, kan? Mary Kay. Satu nama syarikat yang agak tidak asing di mata dunia terutama untuk wanita-wanita di luar sana yang mementingkan kecantikkan. Jenama yang dah establish ini memang tidak dapat disangkalkan lagi. Product daripada US, tapi... untuk aku, ia sangat sesuai dengan kulit wajah aku yang sangat sensitif ni. Aku tak nak cerita lanjut tentang Mary Kay ni, mungkin masa akan datang aku akan story sikit skincare Mary Kay yang aku dah pakai semenjak tahun 2012 lagi. Sampai sekarang aku masih pakai lagi. Nampak tak? Satu tempoh masa yang agak panjang. Maksudny...

Review Buku - SALAFI

Image
Assalamualaikum & Happy Sunday, Guys! Buku setebal 318 muka surat berjaya dihabiskan pembacaan dalam masa kurang dari 24 jam! Setelah ditolak masa tidur - makan - minum - mandi - rehat - termenung - membasuh baju atau apa-apa rutin harian. Itu satu jangkawaktu yang cukup cepat untuk rekod membaca aku. Pada aku yg sentissa terperangkap di dalam mood bermalas-malasan untuk membaca, sungguh ia sangat pantas.  SALAFI. Buku yang pada asalnya aku pilih untuk dibeli kerana penulisnya. Sebab apa, aku yakin dengan karya penulis ini Shaz Johar pasti memberi sentuhan yang kena dengan minat aku. Dan aku tidak salah. Buktinya bila aku dapat baca dalam tempoh waktu yang singkat.  Shah Johar bukanlah nama yang asing pada aku untuk rumah Penerbitan Fixi. Aku rasa peminat Fixi lain pun sealiran dengan pendapatku berkaitan dengan penulis ni. Ada beberapa karyanya yang telah aku baca. Antaranya Mental - yang aku rasa memang mental bila baca. Selain tu Sanctuari - aku suka cerita ni....

Review Buku - NIQAB

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Guys! NIQAB. Ada apa dengan niqab? Di situ tersembunyi pelbagai rahsia yang sukar disingkap sebagaimana fungsi niqab itu sendiri. Menutupi segala apa yang tak perlu dan tak patut diperlihatkan kepada umum.  Haaa... nampak tak muqadimah aku kali ni. Lain macam perginya, kan? Okay. Hari ni aku nak story sikit tentang satu lagi buku keluaran FIXI yang dah berjaya aku khatam ni untuk bulan Mac. Memandangkan bulan Februari tiada sebarang buku yang berjaya aku baca, so aku perlu cover banyak buku untuk bulan Mac. Actually ada satu buku aku baca masa bulan Februari. Cumanya belum habis lagi sampai sekarang. Tak habis baca, aku dah lompat ke buku lain. Bukan tak bagus buku tu. Cumanya belum dapat menarik minat untuk aku meneruskan bacaan tika itu. Tak bermakna waktu lain aku punya rasa yang sama. Tak apa, aku akan usahakan untuk mencari waktu lain untuk habiskan pembacaan buku tu nanti di lain masa. Berbalik pada buku NIQAB karya Shield Sa...

Review Buku - RAKA

Image
Assalamualaikum & Happy Monday Guys! Hari ni aku nak review satu buku yang dah habis aku baca untuk bulan ni. Kiranya ni buku yang ke-4 berjaya dikhatam dalam bulan Januari. Hopefully target aku 50 buku 2019 dapat accomplish. Nampak gaya sekarang ni masih lagi smooth misi membaca untuk tahun 2019 ni. Sila istiqomah ye EH! Buku kali ni buku keluaran FIXI bertajuk RAKA yang ditulis oleh Mahizan Husain. Aku tak berapa kenal penulis ni. Ni buku yang pertama aku baca nukilan penulis ni. Actually dalam Antologi TRI pun ada karya yang ditulis beliau. Cumanya aku belum sempat habis baca lagi buku TRI tu. Tapi apa yang aku tahu, penulis ni memang antara penulis lama yang berkecimpung dalam dunia penulis dan ada lebih daripada lima buah buku.  Apa komen aku lepas baca buku ni? Superb! Memang aku dah jatuh suka dengan olahan daripada penulis ni. Apa yang penting, laras bahasa beliau. Ya Allah! Jatuh cinta aku bila baca bahasa beliau ni. Biasanya (pandangan aku) novel-novel fixi ...

JJCM : Masak Lomak Cili Api @ Warung Salai Port Dickson

Image
Assalamualaikum & Hi guys! Minggu lepas, aku berkesempatan jenjalan dengan family aku ke Port Dickson. Lama sungguh tak pi sana. Memandangkan misi kami hangout ni memang nak santai-santai, so kami sepakat nak explore masakan terbaik kat Port Dickson ni.  Google punya google, ternampak la satu tempat ni. Warung Salai nama tempat tu. Alamat? Nanti aku share dalam gambar alamat tempat tu ye. Korang tengok je la gambar-gambar ni nanti.  Antara menu kat Warung Salai Nama dia je warung. Tapi sebenarnya restoran yang terletak dekat kawasan shop lot. So far memang senang la nak jumpa. Korang waze je Warung Salai Port Dickson, confirm 'you have reach your destination'. Hehehe. Alamat Warung Salai Apa istimewanya tempat ni? Memang famous masakan Negeri Sembilan. Nama pun salai, dah tentulah power tang salai masak lomak cili api. Cakap je nak salai apa, itik, ayam, daging, burung puyuh, ikan keli, semua ada. Masak lemak cili api dia memang terbaik. Cukup loma...

Review Buku - HELLO IT'S ME

Image
Assalamualaikum & Happy New Year! Untuk permulaan tahun baru ni, demi semangat baru yang sedang berkobar-kobar ni. Eceeeh... Aku nak kongsi sikit review tentang buku yang baru je selesai aku baca. Semangat membaca kali ni lain macam sungguh. Maybe sebab nak sahut Cabaran 50 Buku 2019. So start daripada 1 Jan 2019 ni selama 12 bulan kena pastikan aku capai target. Maksudnya aku kena baca at least 4 buah buku sebulan. Boleh ke? 😅 Buku yang aku review kali ni sebuah buku terbitan Prolog Media. Hello It's Me oleh Anna Lee. Sekali lagi Anna Lee? Yes! Aku dah jadi fans setia AL sekarang ni. Cadang memang nak kumpul buku-buku AL lepas ni.  Kalau sebelum ni aku baca buku Jika Aku tulisan AL, rupanya buku Jika Aku tu terbit daripada kesinambungan cerita ni. Tapi... jangan risau, tetap tak akan mencacatkan jalan cerita kalau baca salah satu buku ni.  Serius aku suka dan kagum sangat idea AL dalam Hello It's Me ni. Mula-mula AL bawa ke daerah dunia penulisan. Apa yang te...

Review Buku - ROOFTOP

Image
Assalamualaikum & Happy Sunday everybody! Saat coretan ini bertebaran di laman cyber, perasaan aku sedang berkecamuk sebenarnya. Saki baki air mata masih bersisa membasahi pelipis ni. Bengkak mata ini menjadi bukti akan segalanya. Ceh! Berdrama sangat aku ni, kan? Aku sebenarnya cuma nak bagitau, aku berjaya habiskan baca satu buku ni dalam masa kurang 24 jam, tolak masa tidur & makan semua. Fuh! Satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi seorang aku yang bernama EH!. 😎 Selepas hampir beberapa bulan menyepikan diri sekejap dalam dunia bacaan (dan penulisan juga sebenarnya 😅), aku berjaya tarik balik diri aku ke alam realiti semula. Kalau nak jadi penulis berjaya, kena baca, baca, baca & menulis!  Dan untuk itu, buku Rooftop by Farrah Izzlorna berjaya aku khatam dengan jayanya dan aku betul-betul admire dengan hasil idea penulis ni! Actually ini buku yang pertama aku baca daripada karya beliau. Walaupun sebenarnya aku ada beli buku lain lagi daripada kar...