Review Buku - CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera All!

Treat kali ini aku nak bagi peluang untuk pencinta-pencinta buku pulak. Kita bagi adil kat semua orang ye. Buku pun satu hobi aku jugak kan...

Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua satu buku genre CINTA . Buku karya novelis AIRISZ berjudul CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU. Before ni aku memang belum pernah baca karya Airisz no seingat aku la (nampak nau banyak sangat yang dah baca sampai ingat-ingat lupa kan..).

Hasil dari penat lelah aku meng'google', aku jumpalah beberapa karya Airisz ni. Dan hasilnya aku dapati banyak jugak rupanya Airisz ni dah keluarkan novel. Dalam enam buah. Aku baru ada 2 buah novel penulis ni. Satu dah baca, satu lagi belum lagi. Novelis Airisz kalau ikutkan, seolah-olah suka memilih tajuk-tajuk novel yang catchy menggunakan kata 'kata gelaran'.

Menarik jugak bila baca tajuk tu. Novel-novel dari Airisz antaranya :

  1. Cik Bunga dan Encik Sombong (CBES)
  2. Cik Blur dan Encik Ikhlas (CBEI)
  3. Cik Cinderella dan Encik Tengku (CCET)
  4. Cik Calla Lily dan Encik Bos (CCLEB)
  5. Cik Sederhana dan Encik Segak (CSES)
Unik kan tajuk-tajuk novel tu. Dan yang sungguh aku teruja bila novel CCET rupanya dah diadaptasikan di Lestary TV3. Dilakonkan oleh pelakon utama Zahirah MacWilson & Shukri Yahaya. Nampak sangat aku ni banyak tertinggal drama-drama tv. Takpe, kita boleh tengok online, takde masalah.

So, kalau dah sampai didramakan, mestilah menarik novel ni kan. Yang penting aku suka gaya penyampaian Airisz dalam penulisan yang bersahaja ni. Ayat-ayat yang digunakan sangat menarik. Terasa macam aku pegang watak heroin pun ye. 

Cuma aku tak berapa suka watak heroin ni lagi-lagi melibatkan kes curang & watak hero yang berani hijack tunang orang. Aku ni pantang betul bila melibatkan kes orang curang ni. Cukup tak suka! Dalam ni seolah-olah mengangkat orang yang curang. Haaaa.. yang tu memang aku tak setuju. 

Satu lagi aku kurang setuju bila heroin seolah-olah memberitahu yang semua mak tiri dalam dunia ni tak baik. Pergh... dia tak jumpa lagi anak tiri yang membuli mak tiri. Maklumlah kes terpencilkan. Hahaha..Tapi takpe lah. Kita just enjoy baca novel ni, ambil yang baik, jauhkan yang buruk. 

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari novel ni actually di mana antaranya diterapkan nilai keagamaan dalam sesebuah keluarga. Ditekankan bab solat kebanyakkannya. Bagus! Sebab penulis nak menunjukkan yang solat tiang agama. Tanpa kita dekatkan diri pada Pencipta, pasti akan pincang sesebuah rumahtangga. Jom kita tengok sikit tentang novel ni.


INFO BUKU 

Tajuk :  CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
Penulis : AIRISZ
Terbitan : KARYA SENI
Halaman : 475 m/s
Harga : RM 22.00(WM) / RM24.00(EM)

Lukaku pasti akan terubat tidak lama lagi...

REVIEW BUKU

Serius aku sebenarnya dah lupa cerita ni. Actually aku nak update lama dah tentang buku ni. Dari awal tahun 2017. Dah taip sampai info buku. Tapi tergantung dekat review buku ni. Adoyaiiii.. takpe sorry la ye uols, kalau ada masa aku tengok balik cerita dalam buku ni. Inilah akibat kalau kerja bertangguh. Ampuunnnnn... Huhuhu.


RATING BY ME :      4/5 STAR (😄😄😄😄)

#terimakasihsudisinggah



Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Resepi : Karipap Kentang Sedap