Jom Beli Sambil Beramal @ JS Adiwarna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pembaca Semua!


Serius aku memang tengah gila membeli buku sekarang ni. Syarikat penerbitan Jemari Seni a.k.a JS Adiwarna kini sedang buat promosi hebat membeli sambil beramal. Haaaa..... nampak menarik, kan? Bukan duit saja yang boleh kita sumbangkan dalam meningkatkan amalan sedekah kita ni. Pemberian sumbangan berbentuk buku juga antara amalan yang sangat mulia. Banyak manfaat yang boleh kita sebagai pemberi serta penerima dapat.

Sebut tentang sedekah, di dalam Al-Quran sendiri melalui Surah Al-Baqarah Ayat 195 ada dinyatakan berkenaan sedekah, maksudnya : 
 
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah : 195)

Meriah, kan? Sekotak penuh kot...


Sebenarnya promosi ni dah berlangsung lama dah. Sebelum ini, ia hanya dibuka kepada Belian Sumbangan. Apa yang dimaksudkan belian sumbangan ini adalah, pembeli membeli buku untuk disumbangkan kepada sekolah, pusat sumber, hospital, rumah anak yatim atau mana-mana media yang boleh diberikan sumbangan berbentuk buku. Namun, kini berita gembira buat pembaca tegar, kali ini promosi ini dibuka kepada Belian Peribadi. Bermakna sesiapa yang hendak membeli untuk diri sendiri pun dah boleh. Yeaay!!

Memandangkan aku memang sedang mencari buku-buku atau novel kanak-kanak sekarang ni, sebabnya aku sedang belajar untuk menghasilkan novel kanak-kanak. Nak karya yang hebat kenalah belajar buat dengan betul, kan. Bila nampak je promosi untuk belian peribadi ni, aku apa lagi, terus dengan pantasnya PM Pengarah Urusan Jemari Seni, Novelis Noor Suraya (Kak Su). Memang aku dok tunggu promosi macam ni. Umpama orang mengantuk disorong bantal lagaknya. Hehehe.

Buku ni agak besar saiznya.


Untuk makluman, ada 40 buah koleksi buku yang sesuai untuk dijadikan bahan bacaan kanak-kanak sekolah rendah. 40 buah buku, beb! 40... banyak kot. Harga yang ditawarkan berganda-ganda murah, okey! Kalau ikutkan harga asal semua buku-buku tu bernilai RM666. See... berapa banyak boleh jimat. Berbaloi sangat dengan harga RM165 (termasuk pos) untuk belian peribadi dapat 40 buah buku. Dan buku yang ditawarkan terlalu menarik. Aku yang bukan budak-budak ni pon rasa excited semacam tengok buku-buku tu, tau!

Aku kongsikan di sini gambar-gambar secara ringkas 40 buah yang aku terima. Untuk tujuan belian, boleh PM secara direct Kak Su (no telefon seperti dalam gambar sebelum ni. Boleh scroll atas balik). Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan promosi juga, boleh terus rujuk Facebook JS Adiwarna untuk dapatkan info berkaitan. 

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4




Apalagi... Jom beli, jom! 😍

#terimakasihsudisinggah










Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap