Posts

Showing posts from February, 2019

Ilmu : Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat oleh Ustaz Don Daniyal

Image
Assalamualaikum & Salam Jumaat yang berkah sahabat medsos... Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Siapa yang tak kenal? Kalau tanya soalan tu, confirm anak-anak kecil pun ada sebahagian yang kenal. Kerap muncul di kaca tv atau mana-mana saluran media sosial yang lain.  Pada julung kalinya, office aku menjemput ilmuan yang dikenali dengan nama ringkasnya Ustaz Don. Masa urusetia Kelab Sukan dan Kebajikan opis aku buat hebahan menjemput penceramah Ustaz Don, aku macam ye ke? Biar betul! Teruja, beb! Sebabnya, selama ini hanya mampu tengok di kaca televisyen sahaja. Tapi pada hari ini, Ustaz sudi hadir ke pejabat kami, menyampaikan ilmu yang pada aku biarpun terbelenggu dengan rantaian masa, namun pengisiannya cukup padat dan dapat memberi manfaat pada aku dan juga buat para pendengar. InShaa Allah. Aku yakin itu. Sebelum mulakan isi ceramah, sebagai mukadimah, Ustaz turut meluahkan rasa seronok beliau apabila mendapat jemputan daripada pejabat aku, katanya mendapat jemputan

Sembang-sembang Penulisan (SAYEMBARA)

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sayang-sayang Semua! Coretan yang pertama untuk bulan Februari 2019 ni. Macam lama,kan gap nak menulis dalam blog ni. Aku betul-betul respeklah pada mereka yang rajin meng-update blog. Banyak betul idea, aktiviti dan maklumat dan terkumpul untuk para blogger ni menulis. Tabik spring toing toing toing la kat depa! Terus-terang aku cakap tahun ni adalah tahun yang terlalu pack untuk aku. Aku maksudkan dekat sini untuk kerja-kerja penulisan. Sekarang ni memang sedang tumpukan untuk beberapa projek penulisan yang punya 3 deadline untuk dikejar. Selain beberapa lain yang telah dihantar untuk penilaian dan yang lain menulis ikut suka (hahaha). Antara perancangan tahun ini iaitu : Novel genre psyco-thriller : Deadline - Jun 2019 (in progress) Novel genre sejarah : Deadline - Ogos 2019 (will start soon) Novel genre romance-thriller : Deadline - Oktober 2019 (in progress) Cerpen genre cinta : Deadline - 31 Januari 2019 (in evaluation) Cer