Posts

Showing posts with the label misi

Cabaran 2020, Bersediakah Kita?

Image
Assalamualaikum & Happy New Year 2020... Tahun 2020. Sebut aje 4 angka berkembar tu, pasti ada macam-macam kisah dan pandangan tentang angka tu. Ada yang frust, ada yang sedih, ada yang gembira & tidak kurang tiada rasa apa-apa apabila bercakap tentang angka-angka ajaib tu. Pandangan aku? Mudah. Manusia sekadar boleh merancang, tapi perancangan Allah itu lebih hebat. Aku lebih suka memetik falsafah yang satu ni. Itu hakikat kita sebagai hamba-Nya. Rancanglah sebesar mana, sebanyak mana, se-gah mana. Andai Allah tidak izinkan, maka tiadalah ia. Kun Fa Ya Kun. Aku tak nafikan, seperti mereka semua diluar sana, aku juga punya bayangan yang besar untuk tahun 2020 ketika aku kecil. Dahulu diomongkan 2020 nanti, merupakan era yang penuh dengan kemodenan. Tidak sekadar teknologi, malah juga tamadun & peradaban. Aku menggambarkan sesuatu yang mampu membuatkan rasa takjub muncul dalam jiwa melihat kemodenan teknologi daripada pelbagai segi. Tapi pandangan aku ter...

Sembang-sembang Penulisan (SAYEMBARA)

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sayang-sayang Semua! Coretan yang pertama untuk bulan Februari 2019 ni. Macam lama,kan gap nak menulis dalam blog ni. Aku betul-betul respeklah pada mereka yang rajin meng-update blog. Banyak betul idea, aktiviti dan maklumat dan terkumpul untuk para blogger ni menulis. Tabik spring toing toing toing la kat depa! Terus-terang aku cakap tahun ni adalah tahun yang terlalu pack untuk aku. Aku maksudkan dekat sini untuk kerja-kerja penulisan. Sekarang ni memang sedang tumpukan untuk beberapa projek penulisan yang punya 3 deadline untuk dikejar. Selain beberapa lain yang telah dihantar untuk penilaian dan yang lain menulis ikut suka (hahaha). Antara perancangan tahun ini iaitu : Novel genre psyco-thriller : Deadline - Jun 2019 (in progress) Novel genre sejarah : Deadline - Ogos 2019 (will start soon) Novel genre romance-thriller : Deadline - Oktober 2019 (in progress) Cerpen genre cinta : Deadline - 31 Januari 2019 (in evaluation) Cer...

Sayonara, 2017 ... 2018, Selamat Datang!

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera .. EH bersiaran lagi. Waaahhh... lama sangat-sangat ni tak berblog. Hampir setahun! Kalau ada anak, usia setahun ni dah boleh jalan bertatih-tatih dah ni. It's ok... Better tulis dari takde langsung kan. Hehehe. Sebenarnya 2017 membawa banyak cerita pelbagai rasa. Manis, pahit, masam, masin, tawar pelbagai rencah dah diadun sekali dalam tahun tu. Itu yang sampai tak ter'update' blog ni. Al-kisahnya la kan. Banyak alasan kan. Ngengehngeh..  Actually nak update jugak moment menarik tahun 2017. Banyak kejayaan dan kegembiraan ditempuh sebenarnya tahun 2017. Alhamdulillah, tahun 2017, tahun dimurahkan rezeki oleh-Nya. Syukur sangat! Antaranya : Pengalaman backpackers travel ke negara omputih, Australia - Bumi Kangaroo. Kisah Projek KIK - Johan Peringkat Negeri Selangor, babe! Jelajah Mekah & Madinah - Umrah Pertamaku. Cerpen pertama dibukukan dalam Antologi Cerpen Adiwarna _Kelip-kelip Kusangka Api terbitan JS Adiwarn...