Posts

Showing posts with the label Resepi

Resepi : Cucur Udang Geragau Sedap

Image
Assalamualaikum & Selamat Petang Semua! Hujung minggu ni, bila dah tak apa apa nak buat, mulalah mulut rasa nak mengunyah kudap-kudap. Haishhh... tu yang susah nak diet tu. Asyik nak mengunyah aje 24 jam. Sigh. 😧 Korang buat apa tu untuk minum petang? Aku macam biasalah. Buka peti sejuk, tengok apa ada dalam peti, tengok dapur, perhati apa ada kat dapur. Then, nampaklah udang geragau dalam peti ais. Ni kalau buat jemput-jemput or orang utara cakap cucur ataupun bahasa hipsternya welcome-welcome udang geragau memang terangkat ni. 😋 Tengok bahan yang ada kat dapur pun dah cukup lengkap, maka bermulalah projek buat jemput-jemput udang geragau. Cucur Udang Geragau Kalau orang Melaka, dorang lebih suka panggil cekodok udang geragau. Biasa memang terkenal dekat Melaka. Last sekali aku makan masa pergi Kelebang ritu. Kat area Cocunut Shake Kelebang ada jual cucur udang geragau ni. Boleh tahan sedap jugak. Kali ni semua bahan ada, apa lagi, terhasillah cucur udang geragau ...

Resepi : Jemput-jemput Pisang Gebu dan Rangup

Image
Assalamualaikum semua! Kita jumpa lagi. Fuh! Lama tak bersiaran, kan. Lepas PKP ritu, dah mula kerja ikut jadual yang sepatutnya sempena PKPP. So dah jarang-jaranglah kita masak-masak ni. Harapkan hujung minggu aje. Maklumlah wanita bekerjalah katakan... 🙊 Untuk kali ini, sajalah nak kongsi dengan korang semua resepi jemput-jemput pisang yang gebu di dalam & rangup di luar. Masa panas rangup krup krap krup krap. Masa dah sejuk pun masih lembut lagi.  Jemput pisang gebu & rangup. Selalu aku buat jemput-jemput ni resepi original. Cuma guna pisang, tepung, gula, garam dan air. Actually aku lebih minat resepi original ni. Cuma kali ni aku try letak serbuk penaik (baking powder) nak tengok macamana dia boleh pergi. Lagipun mak aku katanya dia suka makan jemput pisang yang ada letak baking powder. Kontra sungguh citarasa aku dan mak aku, kan? Hahahha. But it's ok. Demimu mak tercinta, kusanggup buatkan apa sahaja permintaanmu. Yang penting mak aku suka dengan air...

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera korang... Berminggu-minggu juga aku tak menulis dekat sini. Ni semua gara-gara aku frust sebab tiba-tiba aku perasan beberapa gambar dalam thread aku sebelum-sebelum ni hilang dari radar. Hahaha. Tepuk dahi oiii... 😄 Ntahlah aku pun tak tau apa puncanya. Aku ada try intai-intai Encik Google, katanya sebab aku terpadam gambar dalam source asal. Kebetulan memang pun aku delete gambar-gambar dari phone aku. Tapi sebelum-sebelum ni aku delete ok aje. Tak tau kenapa kali ni hilang pulak. Tapi yang peliknya, tiba-tiba muncul balik gambar-gambar tu. Back to normal balik blog aku ni. Ishhhh... pelik, pelik... 😅 Oklah. Kali ni aku nak share resepi yang best lagi. Ni tengah PKP ni, memang mood memasak on memanjang. Kikiki. Sekarang aku tengah gila nak masak kuih-kuih traditional. Tekak nak makan kuih-kuih cenggitu aje sekarang ni. Apakah sebab faktor umur? Hahahaha. 😎 Kali ni aku nak share dengan korang semua resipi cucur badak yang best! Serius ...

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Image
Assalamualaikum & Salam Hujung Minggu, Cuti-cuti ni mesti korang semua dok termangu-mangu menu yang akan dimasak mula dari pagi sampai ke malam, kan? Kadang tu kena ada seli-selit sikit menu kudapan orang cakap buat kunyah-kunyah. Selain daripada snek atau bahasa omputihnya jajan yang penuh dengan MSG, better kita kunyah kerepek, betul tak? Cerita tentang kerepek, kali ni aku nak kongsi resepi Kerepek Pisang Masin dan paling best aku kongsikan sekali dengan tips agar kerepek sentiasa rangup. Krup krap krup krap bunyi dia... 😆 Kerepek pisang? Senang ke buat dia? Jawapan aku, sangat senang kalau rajin. Hahaha. Actually buat kerepek ni takdelah susah mana. Cumanya korang kena sabar sebabnya buatnya lagi lama daripada makan. Lagi-lagi kalau rangup lemak-lemak masin. Memang tak dan nak siap goreng pusingan ke-2, yang pusingan pertama tu dah licin. Silap-silap tak sempat nak simpan bawa masuk balang. Hahaha. 😅. Pisang yang akan aku gunakan untuk buat kerepek kali ni ad...

Resepi : Agar-agar Milo Sedap

Image
Assalamualaikum & Selamat Petang semua, Hari ni dah masuk minggu ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia. Diam tak diam dah hampir sebulan terikat dengan PKP ni. Ramai yang bekerja dari rumah walaupun ada segelintir barisan hadapan perkhidmatan awam seperti aku yang perlu keluar bekerja demi kelangsungan rakyat. Mujur juga opis aku mengamalkan kerja berjadual bagi mengurangkan risiko dan pergerakan kakitangan. Masa bercuti ni, memang mood memasak tiba-tiba muncul. Aku tau bukan aku sorang aje. Korang pun sama, kan? Time ni lah masing-masing keluarkan bakat yang terpendam. Betul tak? Kikiki... Kali ni aku nak kongsi masak dessert iaitu Agar-agar Milo. Actually, aku tak terfikir nak share resepi aku ni sebab pada aku, agar-agar milo ni mudah aje buatnya. Dalam google pun ada. Cuma, aku biasanya buat agar-agar tak tengok resepi google. Aku suka resepi mak aku sebab semua cukup rasa & tak terlalu lembik. Sebab tulah gambar masa penyediaan tak a...

Resepi : Sayur Masak Lemak Taucu

Image
Assalamualaikum & Salam Keberkatan semua, Lama aku tak bersiaran. Hampir 3 bulan. Ada yang rindu dengan thread aku tak? Soalan orang acah-acah glamor gitu. Kikiki. Aku tahu, kebanyakan kita ni mula bersarang rasa risau di hati masing-masing. Berdepan dengan isu Virus Covid-19 yang menyerang tidak hanya Malaysia, malah juga dunia, buatkan hari-hari kita semua tidak betah untuk lakukan rutin yang biasa. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin, sehingga kini masih tiada tanda-tanda untuk surut. Allahu. Memang rasa resah sentiasa tertanam dalam hati. Lagi-lagi baru kejap tadi PM umum sambung 2 minggu lagi hingga 14 April 2020. Mental dan fizikal perlu kuat untuk berdepan dengan isu global ni. Masak simple aje Anyway , sepanjang tempoh PKP bermula hari pertama lagi pada 18 April 2020 ritu, aku memang dah buat persediaan awal. Beli barang-barang keperluan asas & barang kering lain 2 hari sebelum pengumuman ...