Posts

Showing posts with the label Jemput jemput pisang

Resepi : Jemput-jemput Pisang Gebu dan Rangup

Image
Assalamualaikum semua! Kita jumpa lagi. Fuh! Lama tak bersiaran, kan. Lepas PKP ritu, dah mula kerja ikut jadual yang sepatutnya sempena PKPP. So dah jarang-jaranglah kita masak-masak ni. Harapkan hujung minggu aje. Maklumlah wanita bekerjalah katakan... 🙊 Untuk kali ini, sajalah nak kongsi dengan korang semua resepi jemput-jemput pisang yang gebu di dalam & rangup di luar. Masa panas rangup krup krap krup krap. Masa dah sejuk pun masih lembut lagi.  Jemput pisang gebu & rangup. Selalu aku buat jemput-jemput ni resepi original. Cuma guna pisang, tepung, gula, garam dan air. Actually aku lebih minat resepi original ni. Cuma kali ni aku try letak serbuk penaik (baking powder) nak tengok macamana dia boleh pergi. Lagipun mak aku katanya dia suka makan jemput pisang yang ada letak baking powder. Kontra sungguh citarasa aku dan mak aku, kan? Hahahha. But it's ok. Demimu mak tercinta, kusanggup buatkan apa sahaja permintaanmu. Yang penting mak aku suka dengan air...