Posts

Showing posts from January, 2018

Jom Beli Sambil Beramal @ JS Adiwarna

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pembaca Semua! Serius aku memang tengah gila membeli buku sekarang ni. Syarikat penerbitan Jemari Seni a.k.a JS Adiwarna kini sedang buat promosi hebat membeli sambil beramal. Haaaa..... nampak menarik, kan? Bukan duit saja yang boleh kita sumbangkan dalam meningkatkan amalan sedekah kita ni. Pemberian sumbangan berbentuk buku juga antara amalan yang sangat mulia. Banyak manfaat yang boleh kita sebagai pemberi serta penerima dapat. Sebut tentang sedekah, di dalam Al-Quran sendiri melalui Surah Al-Baqarah Ayat 195 ada dinyatakan berkenaan sedekah, maksudnya :    “ Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah : 195) Meriah, kan? Sekotak penuh kot... Sebenarnya promosi ni dah berlangsung lama dah. Sebelum ini, ia hanya dibuka kepada Belian Sumbanga

Promo Buku oleh SO Publishing

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Uols.. Pejabat Urusan SO Publishing Okay, boleh nampak kan gambar yang ditepek dekat atas tu? Gambar apa ni EH? Inilah pejabat urusan salah satu penerbit & pengedar buku iaitu SO Publishing. Dah kenapa aku letak gambar pintu masuk SO Publishing ni, kan? Haaa... ni la aku nak cerita. Aku nak bagitau yang last week (ok, ni cerita minggu lepas..jujur aku akui...) founder SO Publishing ni atau juga dikenali dengan Buku SO di kalangan dunia penulisan ni ada buat jualan runtuh buat peminat-peminat buku. Mr Shah Othman (founder Buku SO) ni just buka promosi untuk 2 hari aje! 2 hari okay! 20 & 21 Januari 2018. Sempat ke aku nak kejar? Sempat aje, beb. Buku punya pasal. Aku sanggup peruntukkan masa emas aku. Eceehhhh... Actually aku sebenarnya berbelah bahagi nak pergi sebab budget untuk membeli-belah buku pada bulan ni dah abes. Bulan ni aku dah habis dekat RM300 kot untuk buku sahaja. Itu termasuklah pembelian terus & pembelian se

Review Buku - ANTOLOGI PERISA

Image
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua! Buat peminat dunia bacaan, satu lagi buku yang akan aku review untuk hari ni iaitu: " ANTOLOGI PERISA " by Kolektif ZSM . Honestly , buku ni memang aku baru je beli minggu lepas. Rasa nak ketawa besar sebab macam pecah rekod aku berjaya habiskan baca buku yang baru aku beli. Sebelum ni buku banyak kena peram, babe . Tahniahlah sebab buku ni dapat tarik perhatian aku nak baca. Agak-agak sebab apa aku pilih buku ni untuk aku baca ye? Sebab utama dia buku ni nipis! Hahaha. Serius aku belum betul-betul ada mood nak membaca. Tapi aku gigihkan juga kalau tidak nanti SKT tahun 2018 aku tak berjaya. Menurut pepatah orang putih ada mengatakan; 'Don't judge the book by its cover.' Tapi untuk kali ni aku memang buat book selection by the cover itself . Serius . Aku tertarik dengan cover buku ni. Ada gambar tumbuhan herba, rempah ratus, buat aku rasa macam nak memasak pun ye. Warna coklat nude cover muka depan dia pu

Segar Kelapa Muda ... Enak Jeli Kelapa

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera sayang-sayang semua.... Kelapa muda vs Jeli Kelapa. Agak-agak kenapa aku nak pilih subjek ni untuk aku menulis eh? Cer teka..cer teka.. hehehe.. Haaa.. Sebenarnya aku baru je habis menghirup dengan rakusnya (baca dengan penuh semangat) Jeli Kelapa yang aku beli dengan kawan opis aku. Terangkat babe! Tetengah aku menikmati jeli kelapa tu tetiba aku terfikir nak cerita tentang kelapa muda. Ye la kan, jeli kelapa kan dibuat daripada kelapa muda. So sebelum kita cerita tentang jeli kelapa, kita cerita dulu tentang induknya. Kelapa muda & Nutrisi : Kelapa (coconut - In English), buah yang tidak asing lagi di negara kita Malaysia. Semua orang mesti tau kan kelapa dikenali juga sebagai 'buah seribu guna'. Istilah tu digunakan menunjukkan kelapa ni boleh dipelbagaikan kegunaan dan manfaatnya. Dari hujung pucuk, hinggalah ke batangnya. Semua boleh digunakan dari sebatang pokok kelapa tu. Lagi-lagi buah kelapa. Air Kelapa Muda, kalau

Me @ Jualan Selamat Tinggal TERFAKTAB

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera All! Sale! Sale! Sale! Mesti korang tertanya-tanya sale apo bondo eh ni, kan? Kalau dengan aku ni, cuma satu sale je yang aku minat. Apa lagi? Buku! Aku ni memang boleh meroyan babe kalau dengan buku ni. Lagi-lagi kalau dengar ada diskaun tak hengat. Memang aku terjah. Tapi dengan syarat la. Asalkan tempat tu dekat dan senang aku nak pergi. Itu syarat utama untuk aku yang tersangatlah penakut atas jalan raya ni. Hehehe.  Untuk sale buku kali ni, aku dapat info dari kawan opis aku. Dia pon kaki buku cam aku jugak. Nasib baik ada geng cam aku ni. Banyak info dapat, babe. Kawan aku tu bagitau aku ada sale 'Jualan Selamat Tinggal Terfaktab'. Fuuh.. Dengar tajuk tu aku cam nak nanges. Hurm.. satu lagi aku dengar berita tak elok dalam industri buku Malaysia. Sebelum ni jualan selamatkan buku-buku Thukul Cetak. Kali ni pulak buku dari Penerbitan Terfaktab. Tenat industri buku Malaysia sekarang ni. Sedih dengar, kan? Sob...Sob... Sob..

Review Buku - CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera All! Treat kali ini aku nak bagi peluang untuk pencinta-pencinta buku pulak. Kita bagi adil kat semua orang ye. Buku pun satu hobi aku jugak kan... Kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua satu buku genre CINTA . Buku karya novelis AIRISZ berjudul  CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU. Before ni aku memang belum pernah baca karya Airisz no seingat aku la (nampak nau banyak sangat yang dah baca sampai ingat-ingat lupa kan..). Hasil dari penat lelah aku meng'google', aku jumpalah beberapa karya Airisz ni. Dan hasilnya aku dapati banyak jugak rupanya Airisz ni dah keluarkan novel. Dalam enam buah. Aku baru ada 2 buah novel penulis ni. Satu dah baca, satu lagi belum lagi. Novelis Airisz kalau ikutkan, seolah-olah suka memilih tajuk-tajuk novel yang catchy menggunakan kata 'kata gelaran'. Menarik jugak bila baca tajuk tu. Novel-novel dari Airisz antaranya : Cik Bunga dan Encik Sombong (CBES) Cik Blur dan Encik Ikhla

Sayonara, 2017 ... 2018, Selamat Datang!

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera .. EH bersiaran lagi. Waaahhh... lama sangat-sangat ni tak berblog. Hampir setahun! Kalau ada anak, usia setahun ni dah boleh jalan bertatih-tatih dah ni. It's ok... Better tulis dari takde langsung kan. Hehehe. Sebenarnya 2017 membawa banyak cerita pelbagai rasa. Manis, pahit, masam, masin, tawar pelbagai rencah dah diadun sekali dalam tahun tu. Itu yang sampai tak ter'update' blog ni. Al-kisahnya la kan. Banyak alasan kan. Ngengehngeh..  Actually nak update jugak moment menarik tahun 2017. Banyak kejayaan dan kegembiraan ditempuh sebenarnya tahun 2017. Alhamdulillah, tahun 2017, tahun dimurahkan rezeki oleh-Nya. Syukur sangat! Antaranya : Pengalaman backpackers travel ke negara omputih, Australia - Bumi Kangaroo. Kisah Projek KIK - Johan Peringkat Negeri Selangor, babe! Jelajah Mekah & Madinah - Umrah Pertamaku. Cerpen pertama dibukukan dalam Antologi Cerpen Adiwarna _Kelip-kelip Kusangka Api terbitan JS Adiwarn