Resepi : Agar-agar Milo Sedap
Assalamualaikum & Selamat Petang semua, Hari ni dah masuk minggu ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia. Diam tak diam dah hampir sebulan terikat dengan PKP ni. Ramai yang bekerja dari rumah walaupun ada segelintir barisan hadapan perkhidmatan awam seperti aku yang perlu keluar bekerja demi kelangsungan rakyat. Mujur juga opis aku mengamalkan kerja berjadual bagi mengurangkan risiko dan pergerakan kakitangan. Masa bercuti ni, memang mood memasak tiba-tiba muncul. Aku tau bukan aku sorang aje. Korang pun sama, kan? Time ni lah masing-masing keluarkan bakat yang terpendam. Betul tak? Kikiki... Kali ni aku nak kongsi masak dessert iaitu Agar-agar Milo. Actually, aku tak terfikir nak share resepi aku ni sebab pada aku, agar-agar milo ni mudah aje buatnya. Dalam google pun ada. Cuma, aku biasanya buat agar-agar tak tengok resepi google. Aku suka resepi mak aku sebab semua cukup rasa & tak terlalu lembik. Sebab tulah gambar masa penyediaan tak a...