Review Buku - SALAFI
Assalamualaikum & Happy Sunday, Guys! Buku setebal 318 muka surat berjaya dihabiskan pembacaan dalam masa kurang dari 24 jam! Setelah ditolak masa tidur - makan - minum - mandi - rehat - termenung - membasuh baju atau apa-apa rutin harian. Itu satu jangkawaktu yang cukup cepat untuk rekod membaca aku. Pada aku yg sentissa terperangkap di dalam mood bermalas-malasan untuk membaca, sungguh ia sangat pantas. SALAFI. Buku yang pada asalnya aku pilih untuk dibeli kerana penulisnya. Sebab apa, aku yakin dengan karya penulis ini Shaz Johar pasti memberi sentuhan yang kena dengan minat aku. Dan aku tidak salah. Buktinya bila aku dapat baca dalam tempoh waktu yang singkat. Shah Johar bukanlah nama yang asing pada aku untuk rumah Penerbitan Fixi. Aku rasa peminat Fixi lain pun sealiran dengan pendapatku berkaitan dengan penulis ni. Ada beberapa karyanya yang telah aku baca. Antaranya Mental - yang aku rasa memang mental bila baca. Selain tu Sanctuari - aku suka cerita ni....