Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap
Assalamualaikum & salam sejahtera korang...
Berminggu-minggu juga aku tak menulis dekat sini. Ni semua gara-gara aku frust sebab tiba-tiba aku perasan beberapa gambar dalam thread aku sebelum-sebelum ni hilang dari radar. Hahaha. Tepuk dahi oiii... 😄
Ntahlah aku pun tak tau apa puncanya. Aku ada try intai-intai Encik Google, katanya sebab aku terpadam gambar dalam source asal. Kebetulan memang pun aku delete gambar-gambar dari phone aku. Tapi sebelum-sebelum ni aku delete ok aje. Tak tau kenapa kali ni hilang pulak. Tapi yang peliknya, tiba-tiba muncul balik gambar-gambar tu. Back to normal balik blog aku ni. Ishhhh... pelik, pelik... 😅
Oklah. Kali ni aku nak share resepi yang best lagi. Ni tengah PKP ni, memang mood memasak on memanjang. Kikiki. Sekarang aku tengah gila nak masak kuih-kuih traditional. Tekak nak makan kuih-kuih cenggitu aje sekarang ni. Apakah sebab faktor umur? Hahahaha. 😎
Kali ni aku nak share dengan korang semua resipi cucur badak yang best! Serius tak tipu. Siap jiran aku puji lagi. Bangga sekejap. Hahaha.
Dah lama aku nak buat cucur badak yang lembut cenggini. La ni baru jumpa tips. Inti dia tu aku memang pro. Sebab biasa buat pais & sambal kelapa. Cumanya beza inti cucur badak ni manislah berbanding pais. Sebab inti cucur badak yang sedap bila ada rasa manis, pedas & masin tu secukupnya.
Aku pernah buat cucur badak sebelum ni, inti dah sedap, sayangnya doh liat. Haduuu... Pening fikir pasal apa sedangkan aku guna keledek oren & kuantiti keledek banyak & tepung kurang kot. Rupanya ada tips untuk dapatkan cucur badak yang lembut. Dan akhirnya aku berani kongsi dengan korang resepi ni sebab memang sedap uittt cucur badak ni. Gebu, garing di luar & lembut di dalam. Even sejuk pun masih lembut wei. Puas hati!
Meh usyar resepi cucur badak ohsem ni.
CUCUR BADAK

Cucur badak gebu sedap! |
CUCUR BADAK
Bahan-bahan inti :
Kelapa parut (putih) RM2 (2 cawan)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 genggam udang kering*
Sedikit ikan bilis (optional - nak bagi lagi manis)*
1/2 inci halia*
3 batang serai*
5 tangkai cili kering (dibuang biji - ikut kepedasan cili)*
4 tangkai cili api*
1 sudu besar (bumbung) jintan manis*
Serbuk kunyit secukupnya
3 sudu besar gula atau ikut citarasa
Garam secukupnya
Sedikit air untuk diblander dengan bahan kisar*
Minyak untuk menumis

- Kisar bahan bertanda *.
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik minyak (jangan sampai terlalu kering).
- Lepas naik minyak, masukkan sedikit air (aku guna air masak).
- Masukkan serbuk kunyit, garam & gula. Sebatikan sebentar.
- Masukkan kelapa parut putih. Kacau hingga sebati & sedikit ringan tapi jangan terlalu kering. Sentiasa kacau agar tidak hangus. Gunakan api perlahan.
- Tutup api. Biarkan inti sejuk.
Inti yang dah siap |
Tips Inti :
- Boleh sangai atau goreng tanpa minyak dahulu jintan manis & tumbuk sedikit jika rajin. Tapi aku tak buat, terus kisar aje.
- Serbuk kunyit boleh diganti dengan kunyit hidup. Kalau guna kunyit hidup, kisar sekali dengan bahan untuk dikisar.
- Sentiasa kacau agar tidak hangus & berkerak. Pastikan api kecil apabila dah masuk kelapa.
- Pastikan masak hingga inti sedikit ringan tapi tidak terlalu kering.
- Boleh juga ditambah daun kunyit bagi menaikkan bau. Aku tak letak sebab tak ada stok.
- Inti cucur badak yang sedap perlu cukup semua rasa manis, pedas & masin.
- Pastikan inti sejuk dahulu sebelum memulakan proses membentuk doh.
- Inti berlebih? Jangan risau, boleh makan dengan nasi atau kalau rajin buat ikan sumbat. Best oooo...

Bahan-bahan doh :
3 biji keledek oren (saiz sederhana - dikupas kulit & dipotong kecil)
8 sudu besar tepung gandum (kalau kurang tambah lagi sedikit demi sedikit)
Garam secukupnya
1 sudu besar marjerin Planta
Air secukupnya untuk merebus keledek
*untuk adunan ni boleh dapat 18 - 20 biji doh

Cara-cara buat doh dan menggoreng:
1. Panaskan air hingga mendidih. (Air masak paras tenggelam keledek).
2. Masukkan keledek. Tambah 2 sudu kecil garam halus (sudu kecil KFC).
3. Rebus hingga keledek lembut lebih kurang 15 - 20 minit. (Cucuk dengan garfu nak tahu dah lembut).
4. Toskan air. Lecek keledek menggunakan senduk semasa keledek masih panas. Sekiranya kurang garam boleh tambah sedikit garam.
5. Selepas lecek hingga hancur, sejukkan dahulu. Pastikan keledek dilecek tu sejuk dahulu sebelum memulakan proses membuat doh. Ini adalah bagi mengelakkan cucur badak liat & keras setelah digoreng nanti.
6. Apabila keledek dilecek telah sejuk, masukkan tepung. Sekiranya kurang tepung, tambah tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tidak terlebih tepung. Tambah tepung hingga doh boleh dibentuk.
7. Masukkan marjerin. Uli hingga sebati dan mudah dibentuk.
8. Bentukkan doh pada bulat yang kecil. Boleh timbang kalau nak dapat saiz yang sama. Tapi aku tak timbang. Agak-agak aje saiznya.
9. Ambil satu doh yang telah dibentuk bulat kecil, bentukkan seperti mangkuk. Pastikan tidak terlalu nipis atau tidak terlalu tebal.
10. Masukkan inti. Padatkan sedikit. Tutup kembali lubang dengan betul. Bulat-bulatkan semula & picit sedikit untuk dapatkan bentuk leper.
11. Untuk menggoreng, gunakan api kecil. Minyak jangan terlalu panas. Ini bagi mengelakkan cucur badak cepat hangus di luar dan tidak masak di dalam.
12. Masukkan penuh dalam kuali. Goreng hingga nampak sedikit berkerak kemudian baru terbalikkan. Dah nampak kedua-dua belah permukaan kuih dah nampak garing, angkat & toskan.
Tips doh & goreng :
- Boleh juga menggunakan keledek kuning, tapi keledek kuning sedikit kasar & banyak urat. Keledek oren lebih manis, lembut dan halus teksturnya. Cuma keledek oren mahal sedikit harganya.
- Lecek keledek ketika masih panas. Kalau dah sejuk sukar untuk lecek sebab keledek mula mengeras.
- Pastikan keledek dah dilecek tu betul-betul sejuk sebelum letak tepung. Jika letak tepung ketika keledek masih panas, cucur badak akan jadi liat & keras setelah digoreng. Ini tips penting berdasarkan pengalaman aku pernah cuba buat dulu, keledek dilecek panas-panas terus masukkan tepung, memang cucur badak liat walaupun banyak keledek aku buat time tu. So aku belajar melalui kesilapan dan tips ni sangat berguna memang cucur badak lembut sangat even dah sejuk lepas digoreng.
- Kuantiti tepung bergantung pada jenis keledek yang digunakan. So kena agak-agaklah. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Agak-agak boleh dibentuk, dah ok dah. Cara aku biasanya tepung tu lebih kurang sama banyak dengan keledek (kurang sedikit daripada kuantiti keledek). Tapi aku masukkan sedikit demi sedikit masa menguli.
- Tujuan masukkan marjerin bagi mendapatkan cucur badak yang rasa berlemak dan lembut.
- Jika doh melekat di tangan semasa membentuk, sapukan sedikit minyak masak di tangan. Tapi so far, aku tak letak sebab doh sedang-sedang elok dibentuk.
- Semasa hendak membentuk lubang berbentuk mangkuk pada doh, pastikan tidak terlalu nipis agar tidak mudah terkoyak dan tidak terlalu tebal. Nanti inti sikit kalau tebal. Tak padu.
- Tutup lubang mangkuk tu betul-betul supaya nanti tak terbuka masa menggoreng.
- Api jangan terlalu besar dan minyak jangan terlalu panas masa menggoreng sebab nanti mudah hangus di luar sedangkan isi di dalam masih belum masak.
- Balik-balikkan sampai nampak garing dan macam berkerak.
- Kalau betul-betul ikut cara dan tips ni akan dapat cucur badak gebu yang garing di luar dan lembut di dalam dengan inti yang cukup rasa dan berbau harum.
Teknik membentuk doh dan menggoreng boleh rujuk di dalam You Tube ini kalau nak lebih faham apa yang aku maksudkan : Cucur Badak garing di luar, lembut di dalam.
So, korang bolehlah cuba resepi aku ni, eh. Confirm puas hati. Bau dia masa menggoreng tu, boleh tergugat iman. Wangi satu rumah. Kalau nak menggoreng waktu bulan puasa tu pastikan goreng lagi sejam nak berbuka, takut korang tak tahan dengan bau wangi cucur badak ni...hahahah...
Bagi korang yang nak tengok resepi-resepi ohsem lain yang aku ada share, korang tengok-tengoklah blog aku ni. Banyak resipi & tips aku kongsikan. Sampai di sini aje, selamat mencuba, guys!
#terimakasihsudisinggah

Keledek yang dah direbus lembut |

Keledek dah dilecek hancur |
6. Apabila keledek dilecek telah sejuk, masukkan tepung. Sekiranya kurang tepung, tambah tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tidak terlebih tepung. Tambah tepung hingga doh boleh dibentuk.
Campuran tepung + Keledek |
7. Masukkan marjerin. Uli hingga sebati dan mudah dibentuk.
Sebatikan dengan marjerin |
8. Bentukkan doh pada bulat yang kecil. Boleh timbang kalau nak dapat saiz yang sama. Tapi aku tak timbang. Agak-agak aje saiznya.
Bentukkan bulat-bulat |
9. Ambil satu doh yang telah dibentuk bulat kecil, bentukkan seperti mangkuk. Pastikan tidak terlalu nipis atau tidak terlalu tebal.
10. Masukkan inti. Padatkan sedikit. Tutup kembali lubang dengan betul. Bulat-bulatkan semula & picit sedikit untuk dapatkan bentuk leper.
Padatkan dengan inti |
Leper-leperkan. Boleh dapat 18 ketul cucur badak. |
11. Untuk menggoreng, gunakan api kecil. Minyak jangan terlalu panas. Ini bagi mengelakkan cucur badak cepat hangus di luar dan tidak masak di dalam.
12. Masukkan penuh dalam kuali. Goreng hingga nampak sedikit berkerak kemudian baru terbalikkan. Dah nampak kedua-dua belah permukaan kuih dah nampak garing, angkat & toskan.
Comel, kan kejadiannya? |
Padat dengan inti, beb. Lembut pulak tu.... bau dia....perghhh! |
Tips doh & goreng :
- Boleh juga menggunakan keledek kuning, tapi keledek kuning sedikit kasar & banyak urat. Keledek oren lebih manis, lembut dan halus teksturnya. Cuma keledek oren mahal sedikit harganya.
- Lecek keledek ketika masih panas. Kalau dah sejuk sukar untuk lecek sebab keledek mula mengeras.
- Pastikan keledek dah dilecek tu betul-betul sejuk sebelum letak tepung. Jika letak tepung ketika keledek masih panas, cucur badak akan jadi liat & keras setelah digoreng. Ini tips penting berdasarkan pengalaman aku pernah cuba buat dulu, keledek dilecek panas-panas terus masukkan tepung, memang cucur badak liat walaupun banyak keledek aku buat time tu. So aku belajar melalui kesilapan dan tips ni sangat berguna memang cucur badak lembut sangat even dah sejuk lepas digoreng.
- Kuantiti tepung bergantung pada jenis keledek yang digunakan. So kena agak-agaklah. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit. Agak-agak boleh dibentuk, dah ok dah. Cara aku biasanya tepung tu lebih kurang sama banyak dengan keledek (kurang sedikit daripada kuantiti keledek). Tapi aku masukkan sedikit demi sedikit masa menguli.
- Tujuan masukkan marjerin bagi mendapatkan cucur badak yang rasa berlemak dan lembut.
- Jika doh melekat di tangan semasa membentuk, sapukan sedikit minyak masak di tangan. Tapi so far, aku tak letak sebab doh sedang-sedang elok dibentuk.
- Semasa hendak membentuk lubang berbentuk mangkuk pada doh, pastikan tidak terlalu nipis agar tidak mudah terkoyak dan tidak terlalu tebal. Nanti inti sikit kalau tebal. Tak padu.
- Tutup lubang mangkuk tu betul-betul supaya nanti tak terbuka masa menggoreng.
- Api jangan terlalu besar dan minyak jangan terlalu panas masa menggoreng sebab nanti mudah hangus di luar sedangkan isi di dalam masih belum masak.
- Balik-balikkan sampai nampak garing dan macam berkerak.
- Kalau betul-betul ikut cara dan tips ni akan dapat cucur badak gebu yang garing di luar dan lembut di dalam dengan inti yang cukup rasa dan berbau harum.
Teknik membentuk doh dan menggoreng boleh rujuk di dalam You Tube ini kalau nak lebih faham apa yang aku maksudkan : Cucur Badak garing di luar, lembut di dalam.
So, korang bolehlah cuba resepi aku ni, eh. Confirm puas hati. Bau dia masa menggoreng tu, boleh tergugat iman. Wangi satu rumah. Kalau nak menggoreng waktu bulan puasa tu pastikan goreng lagi sejam nak berbuka, takut korang tak tahan dengan bau wangi cucur badak ni...hahahah...
Bagi korang yang nak tengok resepi-resepi ohsem lain yang aku ada share, korang tengok-tengoklah blog aku ni. Banyak resipi & tips aku kongsikan. Sampai di sini aje, selamat mencuba, guys!
#terimakasihsudisinggah
Tq ...share resepi ye.
ReplyDeleteSama-sama... selamat mencuba ya.. 😉
Deleteok, tkasih.
ReplyDeletewww.asmahabubakar.com