Posts

Showing posts from April, 2020

Resepi : Karipap Kentang Sedap

Image
Assalamualaikum & selamat malam semua... Masih lagi dalam mood Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dan bermakna sudah pastilah thread kali ini tentang makan-makan lagi... hahaha... Ni dah masuk sebulan lebih PKP dibuat. Dan hari ini merupakan hari ke-2 PKP untuk fasa ke-3. Makin diperketatkan dan dengarnya makin ramai yang kena tangkap & kena kompaun serta dihadapkan ke mahkamah.  Kengkawan semua, harap dengarlah nasihat duduk terus di rumah. Banyak benda yang boleh dibuat. Jangan disebabkan kesalahan melanggar atau tidak patuh pada PKP korang meringkuk dalam penjara. Sayang masa depan korang weiii.. Sekali dah dimasukkan penjara even 1 hari dah didaftar sebagai bekas banduan. Dan kita akan bawa gelaran tu seumur hidup. 😢 So, kalau korang boring sangat, apa kata tajamkan lagi skill memasak korang tu dengan cuba macam-macam resepi. Antaranya resepi yang akan aku share hari ni, karipap kentang versi resepi mak aku. Aku siap bagi tips lagi supaya hasil gorengan tu na

Movie Review : What Happened To Monday

Image
Assalamualaikum & Happy Monday, guys! Yeay! Kita jumpa lagi untuk review filem best! Actually banyak filem best aku dah tengok, tapi terlampau 'rajin' sangatlah pulak aku nak review.  Al-maklumlah, musim-musim PKP ni, dengan mood menulis turut sama macam terkawal gak pergerakkannya. Hahaha. 🙊 Anyway, kalau sebelum ni aku review filem Hindi bertajuk Pihu, kali ni aku nak review pulak filem English. Kita ke barat pulak, boleh? Filem apa tu? Aksi lompat-lompat ni ada tau. Mendebarkan tak? WHAT HAPPENED TO MONDAY . Satu lagi filem sains fiksyen yang penuh dengan aksi serta menampilkan teknologi begitu canggih. Teruja betul tengok cerita konsep cenggini. Fuh...😥 Cerita ini juga terkenal dengan nama 7 Sisters di beberapa negara. Tajuk cerita ni ditukar. Release pada August 2017. Setelah 3 tahun baru aku jumpa cerita best ni.. 😅 Detail tentang filem ni : Tajuk : What Happened To Monday Jenis & Bahasa : Filem English Durasi : 1jam 58minit Genre : S

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Image
Assalamualaikum & Salam Hujung Minggu, Cuti-cuti ni mesti korang semua dok termangu-mangu menu yang akan dimasak mula dari pagi sampai ke malam, kan? Kadang tu kena ada seli-selit sikit menu kudapan orang cakap buat kunyah-kunyah. Selain daripada snek atau bahasa omputihnya jajan yang penuh dengan MSG, better kita kunyah kerepek, betul tak? Cerita tentang kerepek, kali ni aku nak kongsi resepi Kerepek Pisang Masin dan paling best aku kongsikan sekali dengan tips agar kerepek sentiasa rangup. Krup krap krup krap bunyi dia... 😆 Kerepek pisang? Senang ke buat dia? Jawapan aku, sangat senang kalau rajin. Hahaha. Actually buat kerepek ni takdelah susah mana. Cumanya korang kena sabar sebabnya buatnya lagi lama daripada makan. Lagi-lagi kalau rangup lemak-lemak masin. Memang tak dan nak siap goreng pusingan ke-2, yang pusingan pertama tu dah licin. Silap-silap tak sempat nak simpan bawa masuk balang. Hahaha. 😅. Pisang yang akan aku gunakan untuk buat kerepek kali ni ad

Movie Review : Pihu

Image
Assalamualaikum & Salam Sabtu gais, Suka tak kalau aku review movie yang best dari pelbagai negara? Aku yakin ramai yang aktiviti hariannya sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mencari-cari filem-filem untuk dijadikan koleksi tontonan, kan? So, aku suka nak kongsi dengan korang filem-filem yang aku dah tengok dan akan review setiap filem tu. Tak kisah filem apa sekalipun, yang penting seronok ditonton bagi mengisi masa-masa yang terluang sepanjang PKP ni. Review pertama untuk movie kali ni adalah filem yang berasal dari India. Kalau ikutkan filem ni telah ditayangkan 16 November 2018. Tak adalah lama sangat. Masih seronok ditonton. Filem apa tu gais? Credit photo : Google PIHU . Filem ni berdasarkan kisah benar. Aku memang suka tonton filem kisah benar ni. Lagi-lagi jika aksi yang ditayangkan sangat mendebarkan. Mulalah aku bayangkan kejadian betul-betul berlaku depan mata. Fuhhhh... 😥 Detail tentang filem ni : Tajuk : Pihu Jenis & Bahasa : Fi

Resepi : Agar-agar Milo Sedap

Image
Assalamualaikum & Selamat Petang semua, Hari ni dah masuk minggu ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia. Diam tak diam dah hampir sebulan terikat dengan PKP ni. Ramai yang bekerja dari rumah walaupun ada segelintir barisan hadapan perkhidmatan awam seperti aku yang perlu keluar bekerja demi kelangsungan rakyat. Mujur juga opis aku mengamalkan kerja berjadual bagi mengurangkan risiko dan pergerakan kakitangan. Masa bercuti ni, memang mood memasak tiba-tiba muncul. Aku tau bukan aku sorang aje. Korang pun sama, kan? Time ni lah masing-masing keluarkan bakat yang terpendam. Betul tak? Kikiki... Kali ni aku nak kongsi masak dessert iaitu Agar-agar Milo. Actually, aku tak terfikir nak share resepi aku ni sebab pada aku, agar-agar milo ni mudah aje buatnya. Dalam google pun ada. Cuma, aku biasanya buat agar-agar tak tengok resepi google. Aku suka resepi mak aku sebab semua cukup rasa & tak terlalu lembik. Sebab tulah gambar masa penyediaan tak a