Posts

Showing posts with the label lemang jagung laut hindi

Cerpen Raya EH : Lemang Jagung Laut Hindi

Image
Assalamualaikum & selamat pagi to all readers... Nak baca cerpen raya tak? Sempena hari baik bulan baik ni, aku nak kongsi cerpen baru yang aku tulis khas untuk bulan Ramadhan & Syawal yang akan menjelma tidak lama lagi. Jarang aku kongsi cerpen untuk bacaan semua. Biasa aku buat koleksi sendiri untuk dikumpulkan. Kot-kot boleh buat antologi cerpen-cerpan karya aku ke kan. Untuk kali ni aku kongsi buat semua pembaca kat luar sana. Cuma aku akan buat part by part. So rajin-rajin ye tengok-tengok update terbaru dalam ni. Selamat berpuasa semua & happy reading. 😄 LEMANG JAGUNG LAUT HINDI OLEH EZZAN HAQIS “Assalamualaikum... Mak...” “Waalaikumussalam... Awa? Salwa ke ni?” Jeda. Salwa menelan liur. Perit. Suaranya seakan hilang. Bicara lembut itu begitu menggoncang jiwanya yang sarat dengan pelbagai rasa. Dia hilang arah. Segala apa kata-kata yang telah dirancang sebelum ini bagaikan terbang. Berlalu pergi daripada kotak fikirannya. bagaikan semilir angin...