KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!
Assalamualaikum & Yuhuuu! Selepas penat melalui pengalaman yang sedikit mencabar di KL Sentral seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni Overnight @ KL Sentral , akhirnya tibalah pagi yang ditunggu-tunggu. Tak sabarnya nak completekan misi makan-makan hari ni. Hehehe. Dalam masa yang sama, aku rasa berdebar-debar. Sebabnya, inilah kali pertama aku kena lead travel kali ni. Biasanya, kalau dengan geng-geng travel aku sebelum ni, aku tak adalah risau sangat memandangkan kawan-kawan travel aku tu dah punyai pengalaman mengembara yang pelbagai ke negara orang. Confident level aku berjalan tinggilah sikit sebab rasa terjamin selamat. Kikiki. Tapi untuk kali ni, aku pulak kena jaga keselamatan ahli-ahli travel aku yang lain. Sebab depa ni kurang sikit pengalaman berbanding aku. It's ok , aku kena tunjuk cool even lutut ada sikit goyang. Hahaha. Lima belas minit sebelum jam 7.00 pagi, petugas di kaunter KTM yang memakai seragam berwarna kuning terang telah mem...