Review Buku - SALAFI
Assalamualaikum & Happy Sunday, Guys!
INFO BUKU
SINOPSIS BUKU
Meh aku tepek blurb buku ni kat sini. Aku rasa dengan ini sahaja pun dah cukup untuk korang dapatkan buku ni. Korang baca & hayati sendiri. 😉
RATING BY ME : 4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)
#terimakasihsudibaca
Buku setebal 318 muka surat berjaya dihabiskan pembacaan dalam masa kurang dari 24 jam! Setelah ditolak masa tidur - makan - minum - mandi - rehat - termenung - membasuh baju atau apa-apa rutin harian. Itu satu jangkawaktu yang cukup cepat untuk rekod membaca aku. Pada aku yg sentissa terperangkap di dalam mood bermalas-malasan untuk membaca, sungguh ia sangat pantas.
SALAFI. Buku yang pada asalnya aku pilih untuk dibeli kerana penulisnya. Sebab apa, aku yakin dengan karya penulis ini Shaz Johar pasti memberi sentuhan yang kena dengan minat aku. Dan aku tidak salah. Buktinya bila aku dapat baca dalam tempoh waktu yang singkat.
Shah Johar bukanlah nama yang asing pada aku untuk rumah Penerbitan Fixi. Aku rasa peminat Fixi lain pun sealiran dengan pendapatku berkaitan dengan penulis ni. Ada beberapa karyanya yang telah aku baca. Antaranya Mental - yang aku rasa memang mental bila baca. Selain tu Sanctuari - aku suka cerita ni. Tapi aku tak tahu kenapa ada yang tak minat dengan buku Sanctuari tu. Dan juga Nota Series (Nota 1, Nota 2 dan Nota 3). Cumanya Nota 3 aku belum dapatkan lagi.
Pendapat aku tentang Salafi? Aku suka! Sungguh. Ini apa yang aku rasa. Aku tak nak tau apa yang orang lain rasa bila baca buku ni. Pada aku, lain orang, lain citarasanya.
Aku akui, buku ni memang perjalanan cerita mendatar sikit serta straight to the point. Tak ada plot twist bagai. Sesuai dibaca untuk bacaan santai, tak perlu banyak memikir siapa yang jahat, siapa yang dibunuh, apa kaitan orang tu. Sebabnya daripada awal lagi penulis dah bagi hint. Mangsa & pemangsa.
Cuma... aku yakin, walaupun dia dah bagi hint, tapi masih ada lagi info yang perlu dikaji. Bagaimana perkara itu boleh berlaku? Apa yang menyebabkan hidup mangsa berakhir macam tu sekali? Itu antara cliff hanger yang ditinggalkan penulis bukan pada setiap bab, malah daripada muka surat pertama lagi. Bijak.. bijak.
Daripada segi susunan plot, aku betul-betul puji dan aku kena belajar dengan orang yang berpengalaman macam ni. Susunan sangat kemas! Aku rasa sepertinya aku sedang menonton drama-drama penyiasatan jenayah seperti Criminal Mind, Las Vegas, The X-File, CSI dan yang sewaktu dengannya.
Cara penulis mengasingkan plot semasa saksi disoal siasat dan babak-babak perjalanan cerita sebenar ditulis dengan baik dan kemas. Jadi aku takdelah pening kepala hingga perlu selak muka surat sebelum untuk memahami perjalanan cerita. Aku puji betul tentang tu. Big applause!
Tentang cerita pula. Ini yang aku nak tekankan. Lama aku tak menitiskan air mata bila baca sesuatu cerita. Untuk buku ni, aku perlu menangis untuk seorang watak yang bernama Fatihah a.k.a. Farrah! Aku tak taulah atas sebab apa air mata aku perlu murah macamtu. Cengeng sungguh! Mencik!
Fatihah yang mengalami depression mengadap keluarga yang pelik bak kata Kimk a.k.a Qayyum. Kesan POV1 - penggunaan kata ganti 'aku' yang menunjuk ke arah Fatihah sangat terkesan pada aku. Aku terbuai dengan jalan hidup Fatihah. Aku dapat rasa bagaimana depresinya bila dia terkurung di dalam kongkongan abangnya yang terlalu over protected yang sering menggunakan agama sebagai subjek untuk menundukkannya.
Fatihah, I know how you feel. Bagaimana rasa hati bila jiwa dan jasad tidak bertindak selari. Jiwa memberontak sedangkan jasad terpaksa terpasung tetap di kedudukan asal. Sebabnya merasakan apa yg berlaku disebabkan salah sendiri. Arghhhhh!
Aku dapat rasakan bagaimana peritnya bila tangan kekar yang sepatutnya berfungsi sebagai seorang pelindung membelasah sesuka hati. Menendang, menampar insan lemah yang bernama wanita. Aku dapat rasa semus itu, Fatihah. Aku faham.
Faham sangat bagaimana gambaran rasa sakit itu. Mungkin manusia keliling nampak kesakitan yang dialami sekadar berbentuk fizikal - luka, lebam sana sini. Tapi tidak sesakit mental & emosi yang terdera. Itu lebih menyeksakan. Aku faham semua itu dan aku mengerti juga kenapa hingga buat kau hilang pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan yang hampir-hampir meragut akidah sebagai Muslim. Aku sedia tahu semua itu.
Penulis pandai mencipta satu karektor seorang wanita yang depresi. Yang jiwanya memberontak, namun tak dapat melontarkan tekanan yang bergelora menghentam hati dan minda. Pandai penulis mendalami jiwa seorang wanita sedangkan penulis sendiri adalah seorang lelaki. Bravo, brother!
Ah, banyak lagi yang hendak aku puji! Cumanya semakin aku menaip bimbang pula akan tercerita kesuluruhan cerita pula nanti. So, better korang sendiri cari dan baca buku tu. Berbaloi untuk dalami isi hati seorang depression yang banyak terjadi dalam masyarakat sekeliling lewat kebelakangan ini. Mereka yang depresi bukan ambil masa sebulan dua, malah bertahun-tahun sebenarnya. Cumanya sebelum ini mereka mampu bertahan hinggalah sampai tahap kesabaran & keimanan mula menipis setipis kulit bawang.
Kepada penulis, aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah dapat hasilkan naskah yang pada aku menarik. Teruskan berkarya tanpa rasa jemu. Aku sebagai pembaca tegar akan sentiasa support karya yang menarik. 😊
Pst... pst... aku suka cover buku ni. Sebabnya aku nampak kegelapan kehidupan seorang Fatihah di situ. 😢
INFO BUKU
Tajuk : SALAFI
Penulis : Shaz Johar
Terbitan : Buku Fixi Sdn Bhd
Halaman : 318 m/s
Harga : RM 21.90
SINOPSIS BUKU
Meh aku tepek blurb buku ni kat sini. Aku rasa dengan ini sahaja pun dah cukup untuk korang dapatkan buku ni. Korang baca & hayati sendiri. 😉
RATING BY ME : 4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)
#terimakasihsudibaca
wow lajunya baca within 24h.. terbaik.
ReplyDeletekite pemalas hehe.. tapi suka je tengok orang rajin membaca. keep it up =)
Time tengah rajin ni memang lain macam semangat dia.. berdesup2 laju dia.. hehehee..
Deletemakin bertambah pula senarai buku best yang ezzan dah baca yang ksarie nak pinjam di satu masa nanti hehehhehehhee
ReplyDeleteHahahaha.. seronok kalau dapat baca buku yang best.. nak review pun mudah.. hhehehe..
Delete