Review Drama : Kampung People, Drama Melayu Best!
Assalamualaikum Uols...
Tu belum lagi dengan tajuk novel yang depa main petik aje. Contohnya 'Pinjamkan Suamimu, Bila Janda Menguasai Dunia.' Kau rasa? Hahaha...
Malas nak pergi You Tube? Klik ajelah kat setiap episod bawah ni. Aku tolong mudahkan korang.
Jarang-jarang sebenarnya aku ni review drama, movie, telefilem or seangkatan dengannya. Tapi... kali ni, memandangkan aku tengah stress tahap gaban. Ditambah badan lesu and otak pun macam dah tak mampu nak fikir benda-benda yang heavy, aku tetiba jadi rajin nak review satu cerita ni.
Kalau ikutkan drama bersiri ni agak trending lah jugak sekarang ni. Mana-mana orang bercakap tentang drama ni.
KAMPUNG PEOPLE. Haaa... tulah nama drama ni. Drama omputih ke? Ehhhhh... taklah. Ni drama Melayu guys. Kalau ditranslatekan ke Melayu kiranya membawa maksud Orang Kampung. Tapi, kalau tajuk orang kampung macam tak berapa nak hipster sangat, kan. Disebabkan drama ni menonjolkan sisi yang berlainan daripada drama-drama yang biasa didedahkan di kaca tv, jadilah tajuk cenggitu - Kampung People.
Sebut tajuk tu pun ada cara tau. Kena tahu tajwidnya. Tang mana nak sebut 2 harkat, tang mana nak di 'idgham' kan. Nak tau macamana sebutannya, kenalah korang tengok cerita ni. Hehehe.
Detail tentang drama bersiri ni :
Tajuk : Kampung People
Slot : Lestary, TV3
Masa : Rabu - Jumaat jam 9.00 malam
Genre : Drama Komedi
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Idea Asal :Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Baizura Kahar, Keen
Penerbit : KL Motion Pictures
Pelakon : Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Reina Diana DFKL, Kamarul Eqifshah, Dato' Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Namron, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan & ramai lagi.
Credit gambar : Instagram Pelakon |
Sinopsis :
Keluarga Razif (Rashidi Ishak), isterinya Mona (Elly Mazlein) dan dua anak mereka, Imran a.k.a Yummy (Kamarul Eqifshah) & Laila (Reina Diana DFKL) tinggal di bandar. Kategori orang ada-ada. Rumah semua serba lengkap, besar, cantik, ada maid. Pendek cerita kehidupan dorang ni memang perfecto pada awalnya.
Setiap daripada seorang ni punya karektor yang tersendiri. Razif dengan perangai alang-alangnya, Mona pula ala-ala mem yang gediks-gediks manja gittew. Dia ni memang jenis pembersih. Satu habuk pun tak boleh melekat kat tangan or kaki. Cerewet pun iye jugak ni. Laila pulak lain ceritanya. Pelat-pelat mat salleh celup. Kalau bercakap tu, dia punya accents kemain lagi. Tapi bukan betul pun English dia ni. Slang aje lebih. Hahaha. Imran pulak atau nama manja Yummy ni jenis yang kuat main games. Memang 24jam la mengadap games. Satu lagi kelemahan si Yummy ni jenis kulit sensitif. Sensitif teramatlah. Nyampah! Hahaha.
Setiap daripada seorang ni punya karektor yang tersendiri. Razif dengan perangai alang-alangnya, Mona pula ala-ala mem yang gediks-gediks manja gittew. Dia ni memang jenis pembersih. Satu habuk pun tak boleh melekat kat tangan or kaki. Cerewet pun iye jugak ni. Laila pulak lain ceritanya. Pelat-pelat mat salleh celup. Kalau bercakap tu, dia punya accents kemain lagi. Tapi bukan betul pun English dia ni. Slang aje lebih. Hahaha. Imran pulak atau nama manja Yummy ni jenis yang kuat main games. Memang 24jam la mengadap games. Satu lagi kelemahan si Yummy ni jenis kulit sensitif. Sensitif teramatlah. Nyampah! Hahaha.
Razif ni bekerja dengan Tuan Suhaimy (Namron). Tapi Tuan Suhaimy ni bukan biasa-biasa. Gangster. Banyak buat benda tak betul. Seluduplah.. eh...macam-macamlah. Dia mengaburi bisnes tak betul dia ni dengan buka supermarket jual buah. Tengah dorang sibuk mengira untung kerja-kerja gelap ni, polis yang diketuai Agen Syukri (Dato' Fizz Fairuz) datang serbu.
Tuan Suhaimy ni kena tangkap & ditahan reman. Tapi, memandangkan Razif satu-satunya saksi yang ada dalam kes ni, Agen Syukri jadikan Razif sekeluarga diletakkan di bawah program perlindungan saksi. Benda awal yang keluarga Razif ni kena buat adalah dengan menukar identiti dorang. Bermakna tiada lagi wujud nama Razif, Mona, Laila & Imran. Yang ada hanya Abu, Aminah, Ruziah, dan Adam. Identiti awal mereka dimatikan sama sekali.
Tak hanya identiti sahaja, mereka juga perlu tukar tempat tinggal dan perlu tinggal di kampung dan menjadi 'Kampung People'. Kehidupan roller-coaster mereka bermula di sini. Sebagai Kampung People.
Bayangkan orang kaya yang kekwat giler bertukar kehidupan kepada orang kampung. Agak-agak dapat tak dorang sesuaikan diri? Nak tau lebih lanjut? Korang wajib tengok sendiri aksi, lagak & lakonan mereka. Mana boleh cerita semua, spoil nanti.
Review :Tuan Suhaimy ni kena tangkap & ditahan reman. Tapi, memandangkan Razif satu-satunya saksi yang ada dalam kes ni, Agen Syukri jadikan Razif sekeluarga diletakkan di bawah program perlindungan saksi. Benda awal yang keluarga Razif ni kena buat adalah dengan menukar identiti dorang. Bermakna tiada lagi wujud nama Razif, Mona, Laila & Imran. Yang ada hanya Abu, Aminah, Ruziah, dan Adam. Identiti awal mereka dimatikan sama sekali.
Tak hanya identiti sahaja, mereka juga perlu tukar tempat tinggal dan perlu tinggal di kampung dan menjadi 'Kampung People'. Kehidupan roller-coaster mereka bermula di sini. Sebagai Kampung People.
Bayangkan orang kaya yang kekwat giler bertukar kehidupan kepada orang kampung. Agak-agak dapat tak dorang sesuaikan diri? Nak tau lebih lanjut? Korang wajib tengok sendiri aksi, lagak & lakonan mereka. Mana boleh cerita semua, spoil nanti.
Apa yang membuatkan drama ni lain daripada yang lain adalah konsep drama ni sendiri. Kehidupan di kampung lebih banyak diketengahkan berbanding hiruk pikuk di bandar. Setakat episod yang aku tengok ni, memang tak ada langsunglah scene-scene tengah bandar. Selain tu, watak yang dicipta untuk setiap pelakon utama juga dapat memikat hati penonton. Ada terselit sindiran secara halus sebenarnya dalam drama bersiri ni. Ni apa yang aku nampaklah. Tapi aku suka cara sindiran disampaikan dalam bentuk komedi tu.
Dialog-dialog yang dilontar pun tak kurang lawaknya. Aku jamin, setiap espisod korang tonton pasti korang ketawa tak kering gusi. Ada aje dialog & aksi pelakon yang mencuit hati korang. Walaupun kadang nampak sangat annoying, tapi annoying tu buat korang akan ingat karektor setiap watak dan serius, korang akan rindu watak-watak annoying yang disampaikan pelakon tu. Watak macamtu memang wajib ada dalam drama ni, sebab aku terhibur, beb! Hahaha.
Dalam drama ni, bukan sekadar watak utama aje yang best. Watak-watak sampingan pun tak kurang hebatnya. Sampai korang pun mesti rasa macam yang aku rasa. Watak sampingan ni dah macam watak utama. Harus ada dalam setiap scene. Contohnya watak orang kampung terutama geng surau yang kuat sentap. Tak boleh brain betul... Hahaha...
Dan paling best, ada hero handsome berlakon. Hun Haqeem. Mamat ni pegang watak Jaafar. Wei, aku 1st time tengok mamat ni berlakon. Rasa nyesal pulak tak tau kewujudan mamat ni dalam dunia lakonan. Bukan setakat ada rupa, berlakon pun boleh tahan bestlah jugak untuk pelakon baru macam dia. Sweet sangat lagi-lagi bila ada scene Jaafar dengan Ruziah. Suka betul aku tengok scene dorang berdua ni. Lagi-lagi bila Ruziah (Rose) panggil Jaafar dengan sebutan Jaaferrrr. Gediks sungguh! Hahaha.
Tu belum lagi dengan tajuk novel yang depa main petik aje. Contohnya 'Pinjamkan Suamimu, Bila Janda Menguasai Dunia.' Kau rasa? Hahaha...
Setakat ni baru Episod 9. Disebabkan drama ni ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat aje, terasa lama nau nak tunggu episod seterusnya. Alahaiii... buat ceq rindu aje dengan depa ni semua. Kikiki.
Kalau korang nak rasa macamana 'excited'nya aku bercerita dan menunggu drama ni setiap minggu, korang wajib tengok, tau. Kalau tak berkesempatan tengok episod-episod yang lepas, korang pergi aje dekat You Tube. Kat situ ada episod penuh. Gambar cantik, beb. Terima kasih TV3 sebab upload dalam You Tube. Esok pun cuti New Year, so boleh maraton. Highly recommended!
Malas nak pergi You Tube? Klik ajelah kat setiap episod bawah ni. Aku tolong mudahkan korang.
#terimakasihsudisinggah
KSarie baru tengok sampai episode 9. Memang best drama ni sebab jalan cerita yang berbeza, lebih berpijak di bumi nyata dan dekat dengan kehidupan ramai penonton. Rupanya novel-novel yang dibaca dalam drama ini ada dijual di pasaran hehehheehhe. Harapnya lebih banyak drama yang logik dan dekat di hati penonton dapat dibuat selepas ini
ReplyDeleteBetul2... sekarang ni kita kekurangan drama2 yang macam ni... hahaha.. sorry kak sarie.. baru baca komen2 ni.. 😅
Deletesemput tengok citer ni hahaha.. tapi rare sebab lain dari yang lain.
ReplyDeletetak follow kat TV lepas da lama sket baru tngk online je.
Hehehehe.. saya pun tgk online jugak.. tapi follow rapat cerita tu.. kikikii.. sorry baru reply komen.. baru sempat jengok blog ni.. 😅😅😅
DeleteEpisode 10 tkda kh
ReplyDelete