Review Buku - ROOFTOP

Assalamualaikum & Happy Sunday everybody!

Saat coretan ini bertebaran di laman cyber, perasaan aku sedang berkecamuk sebenarnya. Saki baki air mata masih bersisa membasahi pelipis ni. Bengkak mata ini menjadi bukti akan segalanya. Ceh! Berdrama sangat aku ni, kan?

Aku sebenarnya cuma nak bagitau, aku berjaya habiskan baca satu buku ni dalam masa kurang 24 jam, tolak masa tidur & makan semua. Fuh! Satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi seorang aku yang bernama EH!. 😎

Selepas hampir beberapa bulan menyepikan diri sekejap dalam dunia bacaan (dan penulisan juga sebenarnya 😅), aku berjaya tarik balik diri aku ke alam realiti semula. Kalau nak jadi penulis berjaya, kena baca, baca, baca & menulis! 

Dan untuk itu, buku Rooftop by Farrah Izzlorna berjaya aku khatam dengan jayanya dan aku betul-betul admire dengan hasil idea penulis ni! Actually ini buku yang pertama aku baca daripada karya beliau. Walaupun sebenarnya aku ada beli buku lain lagi daripada karya beliau. Tak silaplah. Aku dah lupa weii... 😓 Sebabnya banyak lagi buku-buku yang jadi hiasan la ni. Berbalut cantik berplastik lagi dalam kotak-kotak tu. Tak sempat nak baca lagi. Ok.. lepas ni aku kena punggah balik kotak tu cari karya beliau. Farah Izzlorna! I'm one of your fans now! Bangga tak? Hahaha. 

Buku-buku prolog media memang tak pernah mengecewakan setakat ini. Memang berbaloi milikinya. Penulis-penulis depa memang berbakat. Ini bukan buku pertama yang aku baca terbitan Prolog Media. Tak silap aku ini yang ketiga selepas Jika Aku (Anna Lee) dan Magisial (June). Semua best! Dan aku ada beberapa lagi buku-buku terbitan Prolog Media ni yang masih menunggu giliran untuk dibaca. 

Kena dengan jiwa aku sebab buku keluaran publisher ni agak sedikit lain suntikannya. Masih mengekalkan genre cinta tapi ada sedikit elemen penarik yang dimasukkan bersama agar buku-buku ni terlihat istimewa. Boleh dikatakan bila baca buku ni ada feel baca buku fiksyen English. Lagi-lagi jika tengok daripada sudut fizikal buku itu sendiri (cover, jenis kertas, corak penulisan & etc) Ni dah menggunung aku puji Prolog Media ni, takde apa-apa ke? Kikikiikii.. 

Just kidding. Aku memang puji ikhlas daripada hati aku sebagai seorang pembaca yang minat membaca pelbagai genre. Lagi-lagi bila penulis menggunakan POV1 dalam penulisannya. Aku kagum sebab bukan mudah sebenarnya menulis menggunakan POV1 yang boleh menambat hati aku sebagai pembaca.

Bila jantung kita rasa berdegup kencang, perasaan tak keruan saat bertemu dengan seseorang yang boleh dikatakan ada daya penarik yang boleh membawa kita ke satu dunia diawang-awangan itu adalah sesuatu yang biasa, tanda kita dah jatuh suka atau mungkin cinta pada seseorang. Tapi bagaimana pula jika perasaan itu wujud pada makhluk yang hanya kau sorang je nampak? Hantu? Roh? Jin? Syaitan? Entah la... tak dapat nak describe makhluk serupa apa itu. Yang penting hari-hari kau akan menghadap dia, kerenah dia, tingkah laku dia, sebabnya dia kata nak jadi pendamping kau! Scary, right! Tapi kau tak rasa takut, kau rasa sebaliknya. Kalau dia ada, kau rasa annoying. Tapi bila tak ada, kau rasa kehilangan. 

Haaa... macamtu la rasanya gadis yang bernama Firliya Qistina (Aya) bila K muncul dalam hidupnya. Dan aku tak rasa tu watak Aya. Aku rasa itu watak aku. Orang lain mungkin takut bila jumpa dengan makhluk yang tak tau kategori apa tu. Tapi aku rasa frust betul bila Aya menidakkan perasaan dia pada K. Rasa nak tolak je dia daripada rooftop tu jatuh ke bawah setiap kali dia menidakkan perasaan dia pada K. Biar padan muka Aya. Bila dah jadi arwah, time tu baru Aya tau nak cari K sebagai teman sehidup semati agaknya. (Gelak jahat). Hahaha. 😁😁😁

Aku cakap je lebih, kalau betul-betul mungkin aku buat benda yang sama macam yang Aya buat. Nak bercinta dengan hantu? Takkanlah kut! Benda yang mustahil. Tak mungkin direalisasikan. Cinta yang tak berkesudahan. Tak logik cinta yang wujud antara manusia dan hantu. Dua dunia yang sangat berbeza.  Mana mungkin berlaku. Tapi............ aku nak jugak Aya bercinta dengan K. Opps, bukan. Dengan hantu K. Ah! Aku pun dah macam tak betul pulak rasanya. Lagi- lagi aku boleh pulak meleleh ayaq mata ni bila K hilang dalam hidup Aya. Aku pulak rasa over reacted. Gila! 

Cakap banyak tak mau. Tapi korang memang wajib baca buku ni. Best! Thumbs up aku bagi pada penulis Farah Izzlorna sebab dapat hasilkan cerita yang best ni. Nak tau apa jadi selanjutnya? Kenalah beli buku yang ni. Baca sendiri, baru boleh feel apa yang aku rasakan ni. I'm fall in love with u, 1574 K! (Baca dengan nada bisik.) 1574? Kod apa tu? Bacalah sampai habis buku tu ye. Aku harap K tak dengar. Kalau tak masak aku kena ngadap makhluk tanpa kategori macam K tu. Matilanaaaak! 😂


INFO BUKU





Tajuk :  ROOFTOP



Penulis : Farah Izzlorna



Terbitan : Prolog Media



Halaman : 338 m/s



Harga : RM24 (SM) / RM27 (SS)



#kebaikanjugabolehmembunuh



SINOPSIS BUKU

Aku macam ala-ala kemalasan nak taip balik so aku tepek je la blurb buku ni kat sini ehh.. nampak, kan?
Sinopsis daripada blurb buku.


PLOT MENARIK


"Kalaulah kau seorang syaitan, K. Ketahuilah bahawa kau dah berjaya menyesatkan aku sehingga jadi seperti ini!" ~Aya~

"Aku dah lama ada kat sini tapi kau orang pertama yang boleh nampak aku. Kau jangan tanya aku kenapa, sebab aku sendiri tak tahu sebabnya. Jadi, kau perlu belajar untuk terima kehadiran aku. Sebab aku akan berdamping dengan kau." ~K~


RATING BY ME :      4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)

#terimakasihsudibaca

Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap