Review Buku - NIQAB
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Guys!
INFO BUKU
SINOPSIS BUKU
Seperti biasa, aku lebih selesa berkongsi blurb buku ni sahaja. Bukan apa, aku ni suka menulis. Tak pasal-pasal karang jadi spoiler review pulak. Biar ia sentiasa menjadi secret review, so korang mesti akan rasa lebih teruja nak dapatkan buku ni. 😉
PLOT MENARIK
"Aku bekerja bila ada peluang dan permintaan, bukan aku yang wujudkan peluang... " ~ Nadia ~
"Kau ibarat sebuah buku yang sangat tebal Nadia. Jika aku diberi peluang aku nak baca seluruh cerita hidup kau berbanding cebisan kisah yang kau pernah bagi pada aku...." ~ Lina ~
"Kalau boleh, aku nak jadi macam Nadia." ~ Laila ~
RATING BY ME : 4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)
#terimakasihsudibaca
NIQAB. Ada apa dengan niqab? Di situ tersembunyi pelbagai rahsia yang sukar disingkap sebagaimana fungsi niqab itu sendiri. Menutupi segala apa yang tak perlu dan tak patut diperlihatkan kepada umum.
Haaa... nampak tak muqadimah aku kali ni. Lain macam perginya, kan? Okay. Hari ni aku nak story sikit tentang satu lagi buku keluaran FIXI yang dah berjaya aku khatam ni untuk bulan Mac. Memandangkan bulan Februari tiada sebarang buku yang berjaya aku baca, so aku perlu cover banyak buku untuk bulan Mac.
Actually ada satu buku aku baca masa bulan Februari. Cumanya belum habis lagi sampai sekarang. Tak habis baca, aku dah lompat ke buku lain. Bukan tak bagus buku tu. Cumanya belum dapat menarik minat untuk aku meneruskan bacaan tika itu. Tak bermakna waktu lain aku punya rasa yang sama. Tak apa, aku akan usahakan untuk mencari waktu lain untuk habiskan pembacaan buku tu nanti di lain masa.
Berbalik pada buku NIQAB karya Shield Sahran. Siapa pulak penulis ni? Namanya agak asing pada aku (pada aku sahaja) tapi... garapan idea & gaya penulisannya buat aku kagum! Terus terang, ini juga buku pertama yang aku baca daripada penulis ni. Memang hobi aku, memilih buku tanpa melihat siapa penulisnya. Aku memang suka bereksperimentasi dengan dunia pembacaan.
Pada aku, setiap penulis ada karya hebat yang tersendiri. Kalau tak, takkanlah diterbitkan oleh penerbit buku, lagi-lagi penerbit yang establish macam FIXI ye dak? Jadi, pada penulis-penulis lain lagi-lagi yang baru, yang nama kurang sedikit popular berbanding penulis yang gah namanya di dunia penulisan, jangan risau. Masih ada pembaca seperti aku yang memilih karya-karya tanpa memandang populariti. Yang penting karya yang terhasil ada kualitinya.
Tidak memandang siapa penulis bukan bermakna aku tidak langsung mengambil peranan sebagai seorang pemilih. Aku suka memilih karya yang berkualiti di mata aku, jadi amat mudah untuk aku membuat ulasan ikhlas berbaur komen yang positif dengan senang hatinya.
Bermula dengan membaca blurb di belakang kulit buku ditambah komen daripada laman Goodreads, ia telah menarik perhatian aku untuk membaca dengan lebih lanjut isi kandungannya. Seperti ada banyak misteri yang tidak terungkap jika setakat membaca blurbnya sahaja.
Dan kata hatiku memang jarang sekali salah. Setiap muka surat meninggalkan seribu persoalan. Hinggakan membuatkan aku menjadi nanar. Letih. Bukan letih untuk membaca. Letih aku melayan kerenah otak aku yang terlalu kuat bekerja mencari jawapan bagi setiap teka silang kata yang ditinggalkan oleh penulis pada setiap helaian.
Nadia. Hanya dengan sepotong nama ini, otak kau akan ligat mencari jalan untuk keluar daripada kesesatan di dalam sebuah taman maze yang berliku-liku. Dengan hanya nama itu, adreline dalam badan kau akan laju melonjak, rasanya bagaikan ketika menaiki roller coaster. Rasa ingin tahu menular dalam setiap salur darah pada jantung untuk pengepam maklumat dicerna pada otak.
Ada apa dengan nama Nadia tu? Dan aku juga dengan sengaja meninggalkan persoalan dalam perenggan ini untuk korang berusaha menemukan jawapannya. Biar korang rasa apa yang aku rasa. Hahaha (ketawa jahat).
Tahniah penulis sebab dah berjaya tinggalkan kesan pada penulisannya. Hinggakan aku trauma untuk berhadapan dengan orang yang bernama Nadia di masa akan datang. Bimbang aku tak dapat menjadi penilai yang baik untuk mereka yang bernama Nadia. Only you know what I mean, Cik Penulis. Hahaha. 😂😂😂
Buku ni aku memang kasi thumbs up. Gaya bahasa penulisannya biarpun tidak menggunakan ayat yang bombastik atau langka, ia tetap berjaya menawan hati untuk meneruskan pembacaan.
Pada mereka yang sukakan kisah jenayah thriller, aku suggest untuk korang dapatkan buku ni. Dalam ni turut diselitkan nilai-nilai murni dalam mengenal erti persahabatan, pembinaan keluarga harmoni, sifat manusia yang tidak pernah lari daripada perkataan tamak, dan banyak lagilah.
Dan kerana itu, aku berusaha menjadi CSI sebagai agen risikan. Aku nak tahu siapa Shield Sahran ni melalui media sosial. Aku harap beliau sudi menjadi rakan aku. Aku nak belajar banyak perkara berkaitan penulisan daripada penulis seperti ini.
Tahniah sekali lagi buat penulis. Teruskan menulis karya yang best macam ni. InShaa Allah aku akan cari lagi karya awak yang lain. 😊
INFO BUKU
Tajuk : NIQAB
Penulis : Shield Sahran
Terbitan : Buku Fixi Sdn Bhd
Halaman : 239 m/s
Harga : RM 19.90
SINOPSIS BUKU
Seperti biasa, aku lebih selesa berkongsi blurb buku ni sahaja. Bukan apa, aku ni suka menulis. Tak pasal-pasal karang jadi spoiler review pulak. Biar ia sentiasa menjadi secret review, so korang mesti akan rasa lebih teruja nak dapatkan buku ni. 😉
PLOT MENARIK
"Aku bekerja bila ada peluang dan permintaan, bukan aku yang wujudkan peluang... " ~ Nadia ~
"Kau ibarat sebuah buku yang sangat tebal Nadia. Jika aku diberi peluang aku nak baca seluruh cerita hidup kau berbanding cebisan kisah yang kau pernah bagi pada aku...." ~ Lina ~
"Kalau boleh, aku nak jadi macam Nadia." ~ Laila ~
RATING BY ME : 4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)
#terimakasihsudibaca
Wahhhhh macam best ni. Baca ulasan Ezzan pun dah tertarik hati nak baca. Boleh ke pinjam nanti heheheheheheehhe
ReplyDeleteHehehehe... InShaa Allah , Boleh PM tepi kak sarie... 😉😉😉
Delete