Review Buku - HELLO IT'S ME

Assalamualaikum & Happy New Year!

Untuk permulaan tahun baru ni, demi semangat baru yang sedang berkobar-kobar ni. Eceeeh... Aku nak kongsi sikit review tentang buku yang baru je selesai aku baca. Semangat membaca kali ni lain macam sungguh. Maybe sebab nak sahut Cabaran 50 Buku 2019. So start daripada 1 Jan 2019 ni selama 12 bulan kena pastikan aku capai target. Maksudnya aku kena baca at least 4 buah buku sebulan. Boleh ke? 😅

Buku yang aku review kali ni sebuah buku terbitan Prolog Media. Hello It's Me oleh Anna Lee. Sekali lagi Anna Lee? Yes! Aku dah jadi fans setia AL sekarang ni. Cadang memang nak kumpul buku-buku AL lepas ni. 

Kalau sebelum ni aku baca buku Jika Aku tulisan AL, rupanya buku Jika Aku tu terbit daripada kesinambungan cerita ni. Tapi... jangan risau, tetap tak akan mencacatkan jalan cerita kalau baca salah satu buku ni. 

Serius aku suka dan kagum sangat idea AL dalam Hello It's Me ni. Mula-mula AL bawa ke daerah dunia penulisan. Apa yang terjadi dengan dunia penulisan & pandangan masyarakat tentang setiap hasil karya. Dalam masa sama menceritakan 'drama-drama' yang berlaku dalam dunia penulisan.

Then AL cipta satu konflik yang buat kita tertanya. What? Macamana boleh jadi macam ni? Ada berlaku ke? Boleh ke jadi camtu? Tapi kita akan meneruskan bacaan sebabnya setiap satu muka surat penulis kasi serangan mesin gun yang tak berhenti-henti beb. So memang kau susah giler nak letak buku tu sebabnya kalau kau letak, confirm kau kena serangan mesin gun musuh tu sebab buku ni AL tulis khas sebagai perisai tepis serangan. 

Fuh! Faham ke idak? Pendek cerita, kau rasa sayang giler nak berhenti. Setiap bab ada cliff hanger. So buat kau banyak akan praktikkan penggunaan ayat tanya. Kenapa? Siapa? Apa? Bagaimana? Semua berlegar2 di minda pembaca. 

Tu belum lagi AL ajak kau singgah pula ke alam kayangan. Cinta yang penuh kemanisan. Bagaikan kau tak sempat nak jejak kaki ke tanah. Terapung-apung je di awan cinta yang indah. Time tu la kau syok menggambarkan yang kau ni heroin tengah dilamun cinta dengan hero pujaan hati korang. Sweet tahap naik segala insulin dalam badan, beb.😚

Lepas AL dah bawa korang berjalan dalam dunia cinta antara heroin Tiya dan hero Duta. See, dengar nama hero pun dah mula masing-masing pasang angan-angan bayangkan hero pujaan hati, kan? Penulis tiupkan pula kuasa-kuasa magis penuh aksi. Sampai kau rasa kau berada dalam gerak pantas cerita dalam filem PASKAL (sokong industri Filem Malaysia). Penuh aksi dan debaran!😲

Lepas tu dengan kejamnya penulis rentap jantung kita. Tik. Putus camtu je! Kejamnya awak Anna Lee. Why? Why? Why? Sobsob. 😭

So... ending dia camne? Sad or happy? Haaa.... aku tak nak jadi big spoiler dalam review ni. So korang kena cari buku ni dan baca sendiri nak tau ending dia & kenapa aku cakap Hello It' s Me ni pencetus kepada novel Jika Aku.😎

Secara keseluhannya aku puas hati dengan novel ni & pada sesiapa yang inginkan kelainan dalam seni penulisan, patut dapatkan buku ni. Dan naskhah ni aku jadikan naskhah kesayangan aku dan rujukan di masa akan datang. Syabas buat Anna Lee atas buku Hello It's Me yang sangat ohsem ni. 😍


INFO BUKU





Tajuk :  HELLO IT'S ME

Penulis : Anna Lee

Terbitan : Prolog Media

Halaman : 319 m/s

Harga : RM28 (SM) / RM31 (SS)



SINOPSIS BUKU

Aku sharekan aje blurb buku ni eh? Risau pulak karang kalau aku berceria lebih-lebih jadi spoiler pulak. Huhuhu.


RATING BY ME :      4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)

#terimakasihsudibaca

Comments

  1. Wahhhhh tahniah....minggu pertama di tahun 2019 dah berjaya menghabiskan 1 buku. In sya Allah boleh capai target 50 buah buku pada tahun ni. KSarie nih ha tak sempat-sempat lagi nak pegang novel apa pun sebab dok kalut menulis nama dan membalut buku sekolah budak-budak heheheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe... takpe kak sarie... panjang lagi masa... saya ni pon hopefully bole buat secara istiqomah la.. 😅

      Delete

Post a comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

Resepi : Kerepek Pisang Rangup Sedap

Resepi : Karipap Kentang Sedap