Movie Review : Pihu

Assalamualaikum & Salam Sabtu gais,

Suka tak kalau aku review movie yang best dari pelbagai negara? Aku yakin ramai yang aktiviti hariannya sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mencari-cari filem-filem untuk dijadikan koleksi tontonan, kan?

So, aku suka nak kongsi dengan korang filem-filem yang aku dah tengok dan akan review setiap filem tu. Tak kisah filem apa sekalipun, yang penting seronok ditonton bagi mengisi masa-masa yang terluang sepanjang PKP ni.

Review pertama untuk movie kali ni adalah filem yang berasal dari India. Kalau ikutkan filem ni telah ditayangkan 16 November 2018. Tak adalah lama sangat. Masih seronok ditonton. Filem apa tu gais?


Credit photo : Google

PIHU. Filem ni berdasarkan kisah benar. Aku memang suka tonton filem kisah benar ni. Lagi-lagi jika aksi yang ditayangkan sangat mendebarkan. Mulalah aku bayangkan kejadian betul-betul berlaku depan mata. Fuhhhh... 😥

Detail tentang filem ni :

Tajuk : Pihu
Jenis & Bahasa : Filem Hindi
Durasi : 1jam 30minit
Genre : Thriller Kisah Benar
Pelakon : Pihu Myra Vishwakarma, Prerna Sharma


Sinopsis :

Bermula dengan kisah seorang kanak-kanak, iaitu Pihu berusia 2 tahun yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-2 ditinggalkan bersendirian dengan ibu yang telahpun mati bunuh diri akibat tekanan berhidup bersama suaminya. Pihu yang tidak tahu ibunya telah mati itu menganggap ibunya itu masih tidur. Itu yang sering diberitahu pada ayahnya setiap kali ayahnya telefon untuk bercakap dengan ibu Pihu. Ayahnya terpaksa bekerja outstation selama 2 hari. Bermakna selama itulah Pihu terpaksa hidup sendirian bersama mayat ibunya.

Apabila lapar atau haus, Pihu kejutkan ibunya berkali-kali. Namun apabila tiada respon, Pihu terpaksa buat semuanya sendiri. Bertambah malang apabila botol susu yang telah disediakan terjatuh dan habis tumpah semua susu ke lantai. Pihu cuba mencari makanan lain namun apalah sangat budak 2 tahun boleh buat.

Paling mendebarkan apabila kebetulan ayahnya lupa menutup seterika sebelum pergi kerja, paip air yang lupa ditutup dengan pinggan penuh disingki, dapur gas yang dibuka Pihu kerana ingin memanaskan makanan, panjat pagar yang tingginya bertingkat-tingkat, dan pelbagai aksi yang mendebarkan.

Hinggalah dia terlalu lapar dan tidak tahu apa yang hendak buat, dia cuba makan pil tidur yang terjatuh berterabur dari tangan ibunya. Apakah yang terjadi selepas itu? Selamatkah anak kecil itu survive diri keseorangan di rumah? Semuanya terjawab dalam filem PIHU ini.

Sedihnya, kejutkan ibu yang dah mati 😢

Setetika tu.... Allah! Risaunya... 😵

Apa dia buat tu.... masuk dalam peti ais? 😨

Haduu... nak makan tapi capati dah terbakar atas api.... 😧

Aksi paling buat jantung tercabut 😱

Movie Review :

Aku suka dengan jalan cerita ni. Lagi-lagi lakonan yang dibawa oleh adik Pihu. Comel sangat budaknya. Watak yang dibawa sangat natural dan aku kagum sangat dengan lakonan adik Pihu ni.

Lakonan Pihu ini seolah-olah terjadi betul-betul. Sedih lihat budak 2 tahun yang tak tahu apa cuba survive seorang diri. Kadang-kadang ikut sama menangis bila Pihu kejutkan emaknya tak bangun-bangun.

Korang boleh bayangkan, semalam baru menyambut besday ke-2, hari ni bangun-bangun tidur, ayah dah ke outsation 2 hari, ibu dah meninggal. Di rumah penuh dengan barang elektrik yang berbahaya. Dengan seterika yang ditinggalkan terlupa ditutup, rumah banjir, tiada makanan dan susu, pintu terkunci... Ya Allah, macamana hendak survive?

Pada aku cerita ini boleh menambat hati. Cumanya perjalanan cerita sedikit lambat dan mungkin pada mereka yang gemarkan aksi pantas dan laju filem ini bukanlah filem pilihan. Sebabnya filem ini hanya dilakonka oleh 1 watak sahaja iaitu Pihu sendiri dan oh ya, hampir lupa. Ibu Pihu yang mati. 😅 .

Watak-watak lain hanya ditambah rencah pada suara sahaja seperti watak jiran yang agak selfish, watak ayah, watak aunty yang nampak Pihu panjat balkoni semuanya digambarkan hanya dengan suara. Tiada figura untuk watak-watak itu.

Perjalanan cerita melakonkan apa yang dibuat oleh kanak-kanak 2 tahun sendirian untuk survive. Tiada sebarang aksi di luar, hanya berkisah di dalam ruangan rumah itu sahaja.

Namun kisah ini masih boleh menambat hati pada mereka yang boleh layan macam-macam genre terutamanya yang suka filem-filem adaptasi daripada kisah benar.

Oh! Lupa aku nak bagitahu. Melihat cerita ini, ia seakan sama dengan cerita kisah benar Korea iaitu Sunk Into The Womb yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2013.  Cerita korea ni pun best. Ada masa aku review.

Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada filem Pihu ni yang paling utama peranan ibu bapa agar tidak pentingkan diri sendiri dan perlu ingat anak-anak. Hubungan sesama jiran tetangga dan ada ketika sifat ingin tahu perlu ada dalam diri setiap jiran.

Untuk filem Pihu ini, aku beri 7 bintang!

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

Selamat menonton!
#terimakasihsudisinggah



Comments

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap