Review Produk - Mary Kay Skinvigorate

Assalamualaikum & Good Night all...

Kali ni aku bersiaran agak lain sikit. Tengok tajuk pun tau, kan? Sebelum ni memang aku tak pernah review any products. Tapi, malam ni tetiba rasa nak buat review sikit. Itu pun selepas aku guna dan rasa alat ni sangat best! Dan untuk aku tunjukkan rasa best ni, aku rasa eloklah aku buat review kat sini & share apa-apa yang patut kat semua orang. Benda baik, buat apa sorok-sorok, kan?

Mary Kay. Satu nama syarikat yang agak tidak asing di mata dunia terutama untuk wanita-wanita di luar sana yang mementingkan kecantikkan. Jenama yang dah establish ini memang tidak dapat disangkalkan lagi. Product daripada US, tapi... untuk aku, ia sangat sesuai dengan kulit wajah aku yang sangat sensitif ni.

Aku tak nak cerita lanjut tentang Mary Kay ni, mungkin masa akan datang aku akan story sikit skincare Mary Kay yang aku dah pakai semenjak tahun 2012 lagi. Sampai sekarang aku masih pakai lagi. Nampak tak? Satu tempoh masa yang agak panjang. Maksudnya apa? Maksudnya produk ni sangat serasi dengan kulit wajah sensitif aku.

Lain kali aku ceritakan lebih lanjut tentang skincare ni. Thread kali ni aku lebih nak bagi review tentang Mary Kay Skinvigorate. Apo ko bondo eh tu?

Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush Set

Meh sini aku story sikit. MK Skinvigorate ni, satu alat untuk mencuci muka kita secara mendalam lagi. Biasanya kita hanya cuci muka guna tangan. Tu kira manual la kan. Kira alat ni gantikan fungsi tapak tangan. Kalau cuci dengan menggunakan tangan, bukanlah tak bersih, cumanya masih ada tinggalkan saki baki habuk atau make up yang terselit kat celah-celah liang pori wajah.

Di wajah kita, ada berpuluh ribu pori-pori halus yang terbentuk. Pori-pori nilah yang perlu dijaga agar tidak tersumbat dengan benda asing yang menempel di kulit wajah. Jika setakat mencuci dengan menggunakan tangan biasa, setakat membersihkan secara luaran sahaja. Tidak secara total. Akibat daripada itu, akan kerap terjadi pembentukkan jerawat atau apa-apa masalah kulit wajah terutamanya buat mereka yang mempunyai kulit wajah yang sensitif.

Skinvigorate full set

Dengan bantuan MK Skinvigorate ni, 85% lebih bagus daripada mencuci wajah dengan menggunakan tangan. Selain itu, alat ini juga mampu untuk membuang kulit mati yang tertinggal pada wajah. Jadi akan memperbaiki penampilan pada kulit wajah.

Skinvigorate cleansing brush ini juga dapat mengurangkan garis-haris halus yang terbentuk pada wajah. Ini adalah kerana ia punyai fungsi memberi rawatan bagaikan berada di spa. Putaran yang terhasil pada alat ini mampu memberi urutan pada wajah kita dan rasa best giler lepas apply pada wajah. So, tak yah susah-susah pergi spa lepas ni. Dah boleh buat spa sendiri di rumah. Hehehe.

Dan paling penting, alat ini telah diuji secara dermatologist untuk kulit wajah yang sensitif. Dan best-seller kat Mary Kay.

Menggunkan 2 biji bateri saiz AA

Actually, aku dah lama beli alat ni daripada tahun lepas tak silap aku. That's why aku dapat yang warna purple ni. Sebab yang ni special edition. Kalau ikutkan, kalau korang beli sekarang, korang tak jumpa dah yang special edition ni. Kira rezeki akulah dapat yang ni. Dahlah warna purple. Warna favourite aku pulak tu. 😄

Untuk set yang ni, didatangkan bersama 2 set cleansing brush (warna hijau & warna putih) juga bateri AA. Ada juga disertakan bersama manual penggunaan di dalam kotak ini. So tak yah lah pening-pening nak fikir camne nak guna alat ni.

Didatangkan bersama 2 set berus

Aku kongsikan juga kat sini cara guna MK Skinvigorate ni step by step.
  1. Pasang bateri dulu. Nak buka ni agak susah sikitlah. Just tarik je yang kat bawah tu. Ada simbol letak bateri. Kena guna kuku nak cabut tu.
  2. Basahkan berus yang disediakan dengan air. Ingat, berus aja tau. Elakkan air terkena alat ni. Even water resistant, tapi janganlah sampai terendam dengan air alat ni. Sebab akan rosakkan cip bateri.
  3. Lekapkan berus yang dah dibasahkan tadi pada alat ni. Sampai dengar bunyi 'klik'.
  4. Basahkan muka. Kalau yang pakai make up tebal tu, bersihkan dulu dengan make up removal. Bila dah bersih & basah, apply pencuci muka pada wajah. Aku letak pada 5 spot utama - dahi, pipi kiri & kanan, hidung dan dagu. 
  5. Bersihkan wajah guna Skinvigorate ni. Tekan button On then set tahap kelajuan. Ada 2 speed limit, pilihlah nak laju atau perlahan. Ikut mana yang selesa. 
  6. Buat urutan  secara lembut dalam jangkamasa lebih kurang 15 saat untuk setiap spot. Elakkan terkena kawasan mata & anak rambut. Lakukan urutan keseluhan lebih kurang 2 minit.
  7. Basuh muka dengan air bersih.
  8. Cabut berus. Basuh berus. Keringkan di tempat yang bersih. Siap.
Aku sediakan juga video ringkas guna MK Skinvigorate ni.



Tak lama mana pun, lebih kurang 2 minit je dah boleh buat rawatan spa pada kulit wajah. Seronok tau guna alat ni. Rasa macam kulit bertambah segar ye lah, macam salur darah pada wajah dah berjalan dengan lancar gitu... hehehe...

Setiap satu berus tu disarankan boleh guna selama 3 bulan.  So, dalam sekotak ni ada 2 berus, means boleh guna selama 6 bulan. Nanti untuk belian seterusnya boleh beli berus sahaja selagi alat tak rosak. Jimat kat situ.

Berus hijau dan berus putih

Berapa harga MK Skinvigorate ni? Untuk satu set ni harga  harga RM189. Untuk berus sahaja harga RM53 (ada 2 set berus). Anda boleh dapatkan pada Mary Kay Beauty Consultant yang sah. Jangan beli sebarang-sebarang ye, nanti takut dapat barang yang tak berkualiti atau tiruan. Aku bukan Mary Kay BC. Aku cuma pengguna biasa je. Yang suka buat review sebab aku rasa alat ni bagus.

Boleh gak dapatkan pada Beauty Consultant aku, tak lain tak bukan Kak Rokie... kakak cantik. Aku panggil Kak Rok. Memang cantik Kak Rok ni. Suka aku tengok kulit wajah dia. Halus betul. Macam baby. Kakak ni dah 40-an, tak silap aku 46 tahun. Tapi awet muda sangat. Umur sekadar angka orang cakap. BC yang bagus sangat. Aku setia dengan Kak Rok semenjak tahun 2012. Lama aku dengan Kak Rok. Kira aku ni regular customer Kak Rok la. Aku share link untuk korang hubungi Kak Rok. Tekan di sini MK Beauty Consultant Rokie Arifin . Boleh lah korang sebut nama aku. Kasi credit kat aku sikit. Hehehehe.

Bergambar bersama my Mary Kay BC Kak Rokie

Oklah guys. Aku rasa cukup sampai kat sini dulu. Nanti aku story lebih lanjut tentang produk MK yang aku pakai & pengalaman ngeri aku guna produk selain Mary Kay. Nak tau tak? Jangan lupa follow, and sudi-sudilah komen kat blog aku ni ye... chow dulu. 

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. nampak macam best je mesin dan berus untuk mencuci kulit muka tuh tapi tuh la ksarie ni bab-bab penjagaan kulit dan kecantikan ni memang ke laut dalam. Thanks for the detail sharing k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak sarie.... saya pun sebab muka sensitif aja... terpaksalah fikir cara yang terbaik...kalau tak, memang ke laut dalam jugak.. hehhehe..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap