Review Buku - RAKA

Assalamualaikum & Happy Monday Guys!


Hari ni aku nak review satu buku yang dah habis aku baca untuk bulan ni. Kiranya ni buku yang ke-4 berjaya dikhatam dalam bulan Januari. Hopefully target aku 50 buku 2019 dapat accomplish. Nampak gaya sekarang ni masih lagi smooth misi membaca untuk tahun 2019 ni. Sila istiqomah ye EH!

Buku kali ni buku keluaran FIXI bertajuk RAKA yang ditulis oleh Mahizan Husain. Aku tak berapa kenal penulis ni. Ni buku yang pertama aku baca nukilan penulis ni. Actually dalam Antologi TRI pun ada karya yang ditulis beliau. Cumanya aku belum sempat habis baca lagi buku TRI tu. Tapi apa yang aku tahu, penulis ni memang antara penulis lama yang berkecimpung dalam dunia penulis dan ada lebih daripada lima buah buku. 

Apa komen aku lepas baca buku ni? Superb! Memang aku dah jatuh suka dengan olahan daripada penulis ni. Apa yang penting, laras bahasa beliau. Ya Allah! Jatuh cinta aku bila baca bahasa beliau ni. Biasanya (pandangan aku) novel-novel fixi memang sedap dibaca, tapi bahasa yang digunakan biasa bersahaja. 

Namun, Garapan penulis ni amat berbeza sekali. Penulis bukan sahaja berhati-hati dalam mencipta watak, plot & situasi yang dapat menarik minat pembaca untuk terus menekuni kisah ni, namun beliau turut menjaga setiap ayat dan patah perkataan. Bahasa yang digunakan sangat cantik meskipun bersahaja. Tak perlu terlalu pasar, tapi laras bahasa yang indah sebegini dah buat aku memberi pujian yang melambung tinggi pada penulis. Bravo!

Hinggakan semakin aku banyak mendalami setiap mula surat, makin banyak rupanya patah perkataan yang aku perlu pelajari kerana jarang digunakan dalam hari-hari. Hinggakan aku mencatat setiap patah perkataan tersebut untuk aku pelajari dengan lebih mendalam lagi. Total perkataan yang jarang digunakan dalam naskah hingga aku temui perkataan tamat adalah sejumlah 60 patah perkataan. See? Banyak, kan? 

Antara perkataan tu adalah seperti :-
SEMBARI, GURAT, LASAM, KAPUT, BULIR, ZULMAT, BERJEJAL, HARAKIRI, LANCIP, NYALANG, LUGU, CELURIT, dll. 

Aku tak pasti mungkin penulis lain biasa gunakan tapi tidak bagi aku. Setiap kata ini aku catatkan sebagai ilmu baru. Seronok betul!

Selain itu, buku ini tidak hanya sekadar bercerita, turut juga mengetengahkan ilmu fizik, perubatan, parkour, muzik secara tidak langsung meskipun hanya disentuh dalam kadar yang sedikit. Ada juga dimasukkan nama filem dan pembunuh bersiri yang buat aku asyik mencatat dan berusaha untuk menonton jika ada dimuatnaik di Youtube atau mana-mana website.

Apa yang menarik buku ini ala-ala psiko thriller. Situasi yang berbeza berlaku dalam sebuah kota yang diduduki Nat (watak utama - juga penulis upahan) di mana terjadinya pembunuhan bersiri, bunuh diri, orang hilang, manusia serigala berlaku dalam masa yang hampir. Itu belum masuk kehilangan satu-persatu barang-barang kepunyaan Nat. Ditambah pula panggilan misteri daripada pembunuh bersiri meminta untuk Nat menulis serta membukukan kisah pembunuhan yang dilakukan pembunuh bersiri tu. Adakah setiap kejadian saling berkait? Atau tiada berkadarlangsung antara satu sama lain? 

Kadang watak Senja (heroin) yang menjadi rebutan juga kadang menimbulkan banyak persoalan. Itu belum lagi dimasukkan watak sampingan lain seperti Ellis, Odin, Alfonso, Rafik. Turut tidak ketinggalan watak mereka yang tidak bernama. Terasa macam semua watak yang dibangunkan dalam buku ini adalah suspek pada setiap kejadian. Setiap satu muka surat meninggalkan beribu persoalan. Hingga buatkan aku tak sabar nak jadi Detektif Conan untuk selesaikan sendiri. Hahaha. 

Oh, ya! Lupa aku nak khabarkan. Buku ini antara enam buku lain yang terpilih dalam Sayembara Fixi tahun lepas. Melihat daripada garapan yang dibuat penulis, tak hairanlah jika buku ini terpilih sebagai pemenang enam yang terbaik. Bukan sekadar menambat hati juri malah turut tertancap terus ke lubuk hati pembaca dalam menghayati setiap watak yang tercipta. Syabas buat penulis Mahizan Husain. Teruskan menghasilkan karya yang berkualiti sebegini. 


INFO BUKU



Tajuk :  RAKA

Penulis : Mahizan Husain


Terbitan : Buku Fixi Sdn Bhd


Halaman : 267 m/s


Harga : Tidak Dinyatakan (Aku beli pakej Sayembara)



SINOPSIS BUKU

Aku dah cerita sedikit kat atas tu, so ni aku aku just sharekan blurb buku. Tapi percayalah. Baca blurb ada pun dah buat hati tertarik. 




RATING BY ME :      4.5/5 STAR (😄😄😄😄.5)


#terimakasihsudibaca


Comments

  1. Wahhhhh.....macam best buku ni. Macam nak kena baca buku best macam ni. Pakej Sayembara tuh ada berapa buku? Berapa RM pakej tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ada 6 Buku kak sarie. Sekali dengan post time saya beli tu harga RM99 untuk 6 buah buku. Yang buku ni memang best sangat2! Suka betul gaya bahasa dia tu. Aduhai, jatuh cinta! hehehhe..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap