Suka Duka 2018...

Assalamualaikum & happy Monday semua...

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi 2018 akan menutup tirai. Rasa macam baru semalam je tulis tentang permulaan 2018, hari ni dah sampai ke penghujungnya. Sedih. Sobsob. Betullah orang cakap, bila dah akhir zaman ni, masa akan berlalu begitu pantas. Apakah telah digunakan sebaik mungkin atau dibazikan begitu sahaja? Hanya kita sahaja yang tahu, kan?

Kalau ikutkan pencapaian aku untuk tahun 2018 ini, banyak benda yang aku impikan masih tidak tercapai. Pendek cerita, gagal untuk aku capai. Sebabnya? Antaranya asbab paling aku kesalkan adalah daripada diri aku sendiri. Kurangnya usaha daripada diri sendiri. Banyak benda yang aku ambil sambil lewa seolah-olah aku selesa berada pada zon aku sendiri hinggakan lambat atau sedikit lonjakan paradigma yang aku buat. Sigh.

Rasa menyesal? Tentulah! Tapi kena terimalah sebab itu pilihan yang aku dah buat.

Tapi... untuk tahun yang kehadapan ni, which means 2019, aku akan cuba untuk melangsaikan hutang-hutang perjanjian & azam yang masih belum tercapai pada tahun 2018. Hahaha. Cliche sangat, kan? Tapi itulah yang akan aku buat. Pada aku, hutang bukan setakat sesama manusia yang perlu dilangsaikan. Hutang pada diri sendiri juga wajib dilunaskan. 

Selebihnya, aku akan memberi penumpuan yang lebih dalam bidang penulisan meskipun pelbagai ura-ura jatuh naik dunia penulisan yang aku dengar. Itu tidak sesekali melemahkan semangat aku untuk terus menulis selagi mana Allah mengizinkan ilham ini dikongsi bersama agar terselit manfaat di dalamnya. Dan tidak lupa juga untuk aku memberi khidmat yang lebih baik dalam kerjaya tetap aku. Tahun 2018 aku rasa macam banyak main. Aku sendiri rasa tidak berpuas hati dengan prestasi yang aku beri dalam menunaikan amanah yang diberi ini. Serius kesal.

Aku juga harap diberi kesempatan untuk perbaiki mana-mana yang longgar daripada segi rohani dalam diri. Banyak benda yang melalaikan dan kadang aku alpa dan culas dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah dan hamba-Nya. Kuharap peluang untuk perbaikinya itu masih ada lagi. Insya-Alla.

Suka duka 2018?

Banyak juga pada aku. Memori ini akan aku ingat sampai bila-bila. Insya-Allah.

Penulisan 

Bengkel Penulisan

Tahun 2018 adalah tahun yang aku gunakan duntuk menuntut ilmu-ilmu penulisan & seni karya. Banyak bengkel yang aku hadiri demi menambah lagi ilmu. Dengan harapan dapat menggilap lagi setiap penulisan dan karya aku agar tampak lebih kemas dan cantik kualitinya. Antara bengkel yang aku hadiri dikemudikan oleh para penulis yang hebat dan establish di dunia penulisan antaranya bersama : 

  1. Mentor kak Umie Nadzimah (Bengkel Penulisan Kreatif - Asas & Tutorial)
  2. Mentor kak Rina Khan (Bengkel Penulisan Skrip Modul Asas, Modul Lanjutan - Proposal & Pitching, dan Modul Lanjutan-Dynamic Content)
  3. Mentor Khairy Tajuddin (Bengkel Penulisan, Self-branding & Penerbitan). 
Banyak ilmu yang aku dapat dan harap aku boleh praktikkan semuanya. Selain dapat ramai kawan baru yang positif!

Selain tu, tahun 2018 juga tahun yang bagi aku permulaan yang baik untuk dunia penulisan yang baru aku ceburi ni. Tak sampai setahun jagung, aku bersyukur aku diterima untuk sama-sama menyumbang sesuatu untuk bidang penulisan. Ada 3 buah buku mengandungi karya aku yang terbit daripada 3 rumah penerbitan yang berbeza. Alhamdulillah.  Antaranya adalah :

  1. Antologi Sains Fiksyen dan Fantasi Adiwarna (cerpen : Revolusi Aurora 1.0), penerbit JS Adiwarna, Jemari Seni Publishing pada Mac 2018 dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di PWTC. - genre Sci-Fi.
  2. Buku Motivasi 'Kita Berkahwin Untuk Apa' (artikel : Sunnah, Pengikat Cinta Kekasih Allah), penerbit KTR Press dilancarkan pada September 2018. - genre non-fiction (motivasi)
  3. Komplot Cerpen Setulus Janji bersama Umie Nadzimah (cerpen : Dandelion Terakhir), penerbit Paluan Seni dan dilancarkan pada September 2018. - genre cinta.
Walaupun aku sekadar penyumbang 5 % sahaja, namun itu sudah cukup menjadi pemangkin dalam meningkatkan semangat untuk aku teruskan menulis sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat. 

Babyku sayang!

Dalam masa yang sama, aku masih menulis beberapa karya lagi, kebanyakkannya cerpen. Ada yang untuk dimuatkan ke dalam antologi cerpen bersama penulis lain (sedang dalam peringkat penilaian). Hopefully diterima untuk penerbitan tahun hadapan. Ada juga kumpulan cerpen yang aku tulis khas untuk dimuatkan dalam koleksi cerpen karya aku. Yang ni aku tak pasti sama ada hendak dihantar untuk dinilai penerbit atau untuk terbitan sendiri. Nanti aku fikirkan kemudian. Yang penting aku kena terus menulis. Novel? Masih terus berjalan. Aku cuba menyiapkan mana-mana manuskrip yang tertangguh untuk draf novel. Dan travelog. Yang ni juga masih lagi peringkat penulisan. Belum nampak tanda untuk siap dalam masa terdekat. Huhuhu. Hopefully dapat disiapkan dan diterbitkan tahun depan. Yang lain aku cuba untuk masukkan karya aku ke pasaran akhbar & majalah untuk persediaan tahun 2019. Sedang belajar-belajar bentuk dan struktur cerpen untuk dihantar ke akhbar dan majalah. Dan sedang berkira-kira hendak menyertai salah-satu sayembara sama ada Sayembara Novel Futuristik atau Sayembara Novel Sejarah Remaja. Tapi itu aku belum putusakna lagi sebab belum ada buku rujuakn untuk itu. Anyway, wish me luck, okay

Pengembaraan & Percutian

Alhamdulillah aku diberi kesempatan dan peluang untuk aku terus meneroka keindahan alam dan dunia. Walaupun aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian itu, dan syukur aku dapat merasa nikmat hasil daripada usaha itu.

Setiap tahun aku akan pastikan dan berusaha untuk ada peruntukkan bab travel ni. Sebabnya selain untuk menikmati keindahan alam juga melegakan minda, ia juga membantu aku dalam memperoleh pelbagai ilmu baru daripada segala segi seperti kemajuan, peradaban, bahasa, budaya, sejarah, dan sebagainya. Ini penting untuk aku adaptasikan dalam bentuk penulisan tidak kira penulisan blog atau buku atau apa-apa bentuk penulisan media sosial lain. Ilmu yang dapat dikongsi bersama, kan?

Antara tempat yang berjaya aku teroka :
  1. Pulau Perhentian, Terengganu Darul Iman pada 10 - 12 Mac 2018. Baca di sini.
  2. New Zealand (North & South Island) pada 26 Ogos hingga 6 September 2018. Baca di sini.
  3. Hatyai, Bangkok & Hua Hin, Thailand pada 17 -  22 November 2018. Baca di sini.

Selain sebab-sebab di atas, travel juga adalah tempat aku mengumpul sahabat-sahabat baru. Seronok kenal ramai orang ni. Banyak benda & ilmu baru bila kita kenal ramai orang.


Kekeluargaan

Okay, untuk kekeluargaan ni, tahun 2018 tahun yang mengembirakan aku sebabnya aku dapat orang baru. Bukan teman baru, tau. Adik ipar... hehhehe... Alhamdulillah bertambah lagi ahli baru dalam keluarga kecil kami. Hopefully akan bertambah-tambah lagi, bolehlah aku merangka aktiviti hebat untuk family day. Hehehe. Teringin nak keluarga besar macam kengkawan lain. Seronok betul bila dapat berkumpul ramai-ramai.

Anyway, tahniah buat my adik bongsu. Dan selamat datang buat adik ipar kite, eh! Semoga ukhwah yang terjalin ini akan berpanjangan kekal bahagia hingga ke Jannah!


Dunia Buku

Tahun ni aku berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Event terbesar yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh para pencinta buku. Dapat juga aku mengenal rakan-rakan penulis lain. Seronok betul dapat berjumpa, bergambar & ambil tandatangan depa ni.

Aku buat ni semua bukan saja-saja tau! Aku nak ambil semangat daripada sifu-sifu bidang penulisan ni. Banyak benda yang aku kena tengok, belajar dan buat agar boleh maju setara dengan mereka yang dah lama ceburi bidang ni. Moga suatu hari, aku juga boleh berjaya seperti mereka. Aamiin.


Selain tu, tahun ni juga adalah tahun yang menyedihkan untuk industri buku. Di mana Malaysia telah kehilangan beberapa penulis tersohor antaranya Novelis Melur Jelita & Novelis Imaen yang telah kembali menenui penciptanya pada pertengahan tahun 2018. Hasil dan karya penulisan mereka sangat aku kagumi. Dan akan terus aku simpan karya mereka untuk rujukan. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yangberiman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Dunia penulisan turut juga dikejutkan dengan beberapa penutupan Penerbit buku antaranya Jemari Seni dan DuBook. Paling menyedihkan penutupan Jemari Seni pada 31 Disember 2018. Mana taknya, di sinilah aku mula diperkenalkan ke dunia penulisan ni. karya pertama aku yang terpilih dalam penilaian untuk diterbitkan buat tatapan umum. Cerpen Cahaya Cinta Ramadan, yang dimuatkan di dalam Antologi Cerpen Adiwarna ke-6 Kelip-kelip Ku Sangka Api. Terima kasih orang kuat Jemari Seni, Kak Noor Suraya yang antara penulis favourite aku sejak aku zaman remaja (Creative Enterprise). Apapun yang terjadi harap Kaksu akan teruskan menulis. Jangan berhenti, ya. Nanti kami rindu... sedihnya...

Daripada segi buku yang berjaya aku baca pula? Hurm... yang ni amat tidak memberangsangkan sekali. Aku cuma berjaya membaca 10 buah buku sahaja. Iaitu Antologi Perisa, Geng Odah, Suspek, Pelaris, Pemusnah Hati, Jika Aku, Aku Bukan Solehah, Garam, Rooftop, dan Hello It's Me. Haduuu... sikitnya. Tahun depan aku nak sahut cabaran 100 Books 2019!

Sukan

Tahun ni tahun yang aku kurang aktif sangat dalam bidang sukan disebabkan oleh faktor kesihatan. Namun aku masih aktif untuk sukan-sukan yang bersifat sederhana penggunaan tenaga seperti boling (tenpin). Alhamdulillah. Aku menyertai beberapa tournament. Dan ada yang mendapat pencapaian yang agak membanggakan iaitu mendapat Naib Juara berkumpulan kategori wanita untuk Boling Tertutup Antara 3 Agensi anjuran tempat kerja aku. Syukur. Target tahun depan kot-kot boleh sekali lagi join Sukanun (Sukan Badan Berkanun) ke kan. Harap-harap berpeluang.😍😇


Rasa itu je memori yang paling besar terjadi dalam hidup aku sepanjang 2018. Tujuan penulisan ni hanyalah sekadar untuk menjadi kenangan buat aku di masa hadapan. Bila rindu boleh tengok balik, kan? Dan satu lagi untuk pembakar semangat untuk aku terus maju dan lebih maju lagi tahun 2019 nanti. Insya-Allah.

#terimakasihsudisinggah


Comments

  1. Tak pernah mengecewakan kalau membaca nukilan daripada penulis seorang ni. Banyak pencapaian ezzan untuk 2018 ni. Semoga lebih cemerlang, bahagia, etc di tahun 2019.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. terima kasih kak sarie.. sama-sama kita buat terbaik dan lebih cemerlang lagi untuk tahun depan.. 😉

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap