EH! Terjah Bumi Kiwi, Yuk!

Assalamualaikum & Salam Rindu Uols...

Tahu tak yang aku sedang dalam proses menyiapkan Travelog pertama? Haa.. ni yang nak beritahu ni. Travelog aku masih lagi berjalan dan masih lagi dalam peringkat penulisan. Agak-agak travelog aku ni nak buat untuk negara mana, ye? Dah tentulah New Zealand!

Kenapa New Zealand? Bukan Krabi, kawasan pelancongan yang terkenal dengan taburan pulau serta pantai dengan sapaan bayu laut yang mendamaikan? Atau mengapa tidak Surabaya, daerah yang popular dengan keindahan Gunung Berapi Bromo yang bisa melimpahkan lahar cinta di hati para pengembara atau pelancong? Mengapa tidak pula Perth, salah satu kawasan yang cantik di Australia, Bumi Kanggaru? Mahupun Mekah atau Madinah, tempat paling didamba untuk diulang pergi jika diberi peluang dan kesempatan sekali lagi?

Simple. Sebabnya memori itu masih segar lagi dalam ingatan ini. Maklumlah baru pergi. Kikiki...Kali ini aku nekad tak nak bertangguh. Asalnya nak buat travelog umrah pertama. Tapi GAGAL! Suka sangat bertangguh, sampai dah ke travel seterusnya. So, sementara memori tengah segar bugar lagi dalam ingatan ni, better buat terus, kan?

Sebelum travelog tu terbit, aku nak share sikit dekat sini antara tempat menarik yang aku dah jelajah di bumi Kiwi pada trip 26 Ogos hingga 6 September 2018 lepas. Kira ni pre-travelog sementara travelog pertama aku tu lengkap sepenuhnya. Haaa.. jangan tak tau, ingat wedding je ada pre-wedding? Travelog pun ada 'pre-travelog' jugak, tau.  Hehehehe..Kira bonus la, kan. 😄

Cumanya pre-travelog ni tidaklah selengkap travelog yang aku bukukan nanti. Ini lebih kepada pengenalan tempat-tempat menarik sepanjang aku berada di New Zealand, di samping perkongsian gambar-gambar yang terlalu banyak dalam memori telefon aku ni. Hahaha. Gambar-gambar ni tak akan sama dengan gambar dalam travelog yang akan diterbitkan nanti. Kita pakai gambar yang lain nanti. At least ada variety, dan nak mewujudkan kelainan antara pre-travelog dengan travelog, di mana pembaca akan didedahkan dengan pelbagai sudut gambar dan gaya penceritaan lain yang menarik. Nama pun pre-travelog, kan. Mestilah as simple as can but nicePromise!

Kenapa perlu ada 'pre-travelog'? Kenapa tak terbitkan je terus? Mesti soalan-soalan ni berlegar-legar di fikiran netizen di luar sana, kan? (Macam poyo je ayat ni, kan?) 😅 It's okay. Aku sentiasa memahami kehendak pembaca di luar. Banyak sebab. Antaranya :

  • Sebagai pengenalan awal tempat menarik yang telah dijelajah semasa di New Zealand (NZ).
  • Untuk tujuan promosi awal travelog yang akan diterbitkan (hehehe... kenalah bagi bagi hint dekat pembaca, kan.)
  • Perkongsian gambar dan cerita ringkas agar pembaca lebih teruja untuk mengetahui apa kesudahan lengkap pengembaraan aku tu.
  • Memori refresh. Supaya tak lupa, beb! Faktor umur mempengaruhi segalanya. 😁😆
  • Paling penting, BONUS kepada pembaca untuk menghayati secara online. Nak tunggu yang terbit, takut lambat, kan. At least pada pembaca atau traveler yang bercadang nak ke NZ dalam masa terdekat boleh ambil manfaat daripada sesuatu yang aku kongsikan dalam ni. Korang happy aku lagi berkali ganda happy. Suka tak?
Selama 12 hari aku di NZ, aku sempat cover North Island dan South Island (majority South Island) Ketika itu NZ berada pada penghujung musim sejuk dan awal musim bunga. Mengapa aku memilih tarikh tu? Sebabnya aku nak rasai dua musim yang berbeza di sana. Nampak tak ketamakkan aku di situ? Hihihi. Walaupun aku tahu, NZ adalah antara negara 4 musim namun iklim di sana sangat sukar dijangka. Boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Dan jangan terkejut, ada ketika kita boleh rasai musim sejuk, musim bunga, dan musim luruh dalam masa pengembaraan yang sama. Menarik, kan?

Konsep pengembaraan aku kali ini lebih kepada santai. Sebabnya aku nak rasai sepuas-puasnya kesegaran udara dan kedamaian yang wujud di NZ ini. Dan paling penting dapat mengabadikan memori yang secukupnya dalam lensa kamera (phone), lensa pancaindera mata & ingatan. Tempat (disusun mengikut susunan penjelajahan) yang berjaya aku jelajah bersama rakan travel aku seramai 7 orang jumlah kami semuanya adalah :

  1. The Hobbiton Movie Set 
  2. Matamata City
  3. Huka Falls
  4. Elephant Rock
  5. Moeraki Boulder
  6. Dunedin Railway Station
  7. Baldwin Street
  8. Tunnel Beach
  9. Lookout Point
  10. Kaka Point
  11. Nugget Lighthouse Point
  12. Milford Sound
  13. The Chasm
  14. Mirror Lakes
  15. Lake Wakatipu
  16. Cromwell Village
  17. Kawarau AJ Hackett Bungy Centre
  18. Queenstown City
  19. Skyline Queenstown
  20. Glenorchy
  21. Waitaki District, Lindis Pass
  22. Omarama
  23. Clay Cliff
  24. Lake......
  25. High Country Salmon
  26. Lake Pukaki
  27. Tasman Glacier
  28. Aoraki Mount Cook
  29. Hooker Valley
  30. Lake Tekapo
  31. Arthur Pass
  32. Devil Pouncbowl Fall
  33. Castle Hill
  34. Cristchurch City
  35. Birdling Flat
  36. Sugarloaf Scenic
  37. Botanic Garden & Hagley Park
  38. Mission Bay
  39. Basalton Point
  40. Auckland City


Comments

  1. Wahhhhhhh ada 40 tempat yang dilawati ye. Sure best sangat tuh. I setia menanti travelog nya tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee... terima kasih sabar menanti ye kak sarie... Masih tekun menulis ni..hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap