Cerpen EH : Buat Seorang Kekasih (Teaser)
Assalamualaikum & Salam awal pagi semua!
Oh sepi terasa
Setelah cinta pudar di hati
Tak mungkin dapat ku melupakan
Kerana dialah kekasihku
Setelah cinta pudar di hati
Tak mungkin dapat ku melupakan
Kerana dialah kekasihku
Dan di saat ini
Ku masih terus menyintaimu
Melupaimu tak mungkin ku mampu
Terdengar suaramu memanggilku
Ku masih terus menyintaimu
Melupaimu tak mungkin ku mampu
Terdengar suaramu memanggilku
Dahulu kita sungguh mesranya
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji bersumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji bersumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama
Kita merancang, Tuhan tentukan
Tiba masanya, kau pergi... tak kembali
Tiba masanya, kau pergi... tak kembali
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
Siang malam sepi kurasa
Aku rindu kemesraanmu
Tiada lagi gurau sendamu
Siang malam sepi kurasa
Aku rindu kemesraanmu
Ku terkilan hajat tak sampai
Kasih putus di tengah jalan
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
Kasih putus di tengah jalan
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
Lirik : Buat Seorang Kekasih
Nyanyian : Slam
Sekali lagi aku nak kongsi lagu yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Slam dalam album pertama mereka. Buat Seorang Kekasih. Dan tajuk ini juga yang aku pilih dalam menyiapkan Kumpulan Kompilasi Cerpen EH.
Bagi mereka yang tidak familiar dengan lagu ni, aku kongsikan sekali link videonya di sini. Just klik je link ni Buat Seorang Kekasih untuk mendengar lagu yang begitu mengasyikkan ini supaya korang dapat feel dia bila baca cerpen ni nanti.
Tajuk : BUAT SEORANG KEKASIH (Teaser)
Oleh : Ezzan Haqis
Riiinggg!
Dentingan panjang bunyi loceng itu sememangnya dinanti setiap pelajar.
Bunyi yang terakhir untuk hari ni. Menandakan tamatnya waktu pembelajaran. Riuh
kelas dengan suara pelajar-pelajar yang tersenyum riang menunggu peluang ini. Setiap
detik penghujung waktu dihitung dengan penuh minat. Separuh hari diisi dengan
sesuatu yang berat terlalu memenatkan akal masing-masing.
Di sudut hujung kelas Lima Anggerik, Rindiani tampak lincah memasukkan
buku-buku dan segala peralatan menulis ke dalam beg sandangnya yang terlihat
sedikit uzur. Lima tahun beg sandang itu berkhidmat untuknya. Satu pencapaian
yang cukup cemerlang. Jika ada anugerah pelajar paling cermat, pasti anugerah
itu dapat disandangnya lima tahun berturut-turut.
Bukan dia tiada keinginan seperti pelajar lain terutama Wan Amalyn. Yang
sentiasa hadir ke sekolah umpama model beg sekolah lagaknya. Bukan setahun
sekali menayang beg. Malah hampir setiap bulan ada sahaja koleksi beg baru yang
melekat dibahunya. Tipulah jika Rindiani tidak cemburu. Siapalah dia untuk
menidakkan rasa itu semua. Dia juga seperti remaja lain, punya angan yang cukup
tinggi untuk menjadi seperti Wan Amalyn.
Tapi...
Kehendak kehidupan yang serba daif menghentikan segala angannya itu. Dia reda.
“Rin, dah sudah? Jom...” sapa Fatehah, sahabat baiknya.
Rindiani sekadar membalas dengan anggukan dan segaris senyuman. Itulah
Rindiani. Lokek menyumbang suara namun sentiasa kaya menghadiahkan senyuman.
Seolah senyuman dalam hidupnya seakan tidak pernah berpisah. Biar apa
kekurangan diri sekalipun, tetap tidak jemu untuk tersenyum.
Mereka seiring melangkah keluar meninggalkan kelas.
“Ops! Sorry... sengaja...”
Rempuhan kasar yang secara tiba-tiba dari arah belakang itu membuatkan Rindiani
sedikit terdorong ke hadapan. Hampir-hampir dia tersungkur di kaki tangga tadi.
Jika tidak kerana tindakan drastik tangan Fatehah mencengkam erat lengan
menahan dirinya daripada tersungkur, pasti dia akan tercedera. Paling tidak pun
kakinya terseliuh.
“Oi! Buta ke?” herdik Fatehah saat terpandang sahaja susuk yang sengaja merempuh
Rindiani.
Wan Amalyn. Siapa tidak kenal gadis sombong itu. Pelajar bandar yang baru
tiga bulan berpindah ke sekolah mereka. Walaupun Wan Amalyn merupakan pelajar
baru, namun pengaruhnya cukup besar. Bapanya bukan orang biasa-biasa. Berdiri
atas tiket anak seorang wakil rakyat di situ membuatkan Wan Amalyn merasakan
dirinya perlu juga dihormati semua.
Wan Amalyn yang tadinya seakan malas hendak mengambil pusing, berpatah
balik. Satu persatu anak tangga dipijak naik semula menghadap mereka berdua. Menayang
wajah tidak berpuas hati dengan apa yang didengar.
“Apa kau cakap? Cuba kau ulang balik.”
“B.U.T.A. Buta ke? Ke sekarang dah pekak pulak?”
“Eh, perempuan ni... berani kau tinggikan suara kau tu ye. Dasar budak
kampung!” Sempat jari telunjuknya menolak hujung bahu Fatehah.
Rindiani mulai resah. Dapat dirasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku
jika dia terus membiarkan situasi bertambah panas. Tangannya sudah menarik
lengan Fatehah, untuk mereka beredar dari situ.
Fatehah sedikit menepis. Mengeraskan badan seolah memprotes.
“Apa bezanya kau? Dah belajar kat sekolah ni, kita sama-sama budak
kampunglah, kan? Kau nak nafikan?” Fatehah memberanikan diri menyoal. Padanya
orang yang semacam Wan Amalyn ini sesekali perlu diajar untuk menghormati orang
lain. Geram bila memikirkan perbuatan perempuan itu merempuh Rindiani tadi
belum cukup ditambah pula dengan tujalan pada bahunya tadi.
“Apa masalah kau ni ye?”
“Kau tanya aku? Kau tu yang bermasalah!”
“Hei! Bukan kau yang kena langgar pun. Yang meroyan tak tentu pasal ni dah
kenapa?”
“Sebab yang kau sengaja langgar tu kawan aku. Nasib baik aku sempat pegang
tangan dia. Kalau tak...”
“Kalau tak... mesti dah ‘buta’ macam mak dia kan?” cepat Wan Amalyn memintas
sambil tersenyum sinis. Perkataan buta seakan sengaja ditekankan. Membuat
provokasi. Dikerling sekilas wajah Rindiani ingin melihat reaksi gadis itu.
“Dah lah Teha. Jom balik.” Rindiani terpaksa menarik kasar tangan Fatehah.
Laju dia mengheret Fatehah berjalan menuruni anak tangga meninggalkan Wan
Amalyn yang masih terpacak tersenyum sinis seolah kemenangan berpihak padanya.
Memang Rindiani tidak dapat hendak menyembunyikan wajah kurang senangnya
itu. Dia sedia menerima apa-apa kutukan jika itu berkaitan dirinya tapi tidak
buat ibunya. Hatinya begitu sakit jika ibunya dipersendakan. Ibunya itu umpama
nyawanya. Cubit peha kanan, peha kiri turut berkongsi rasa sakitnya. Biar
sejuta makian yang diterimanya. Namun jangan sesekali mempersendakan ibunya.
Itu tidak akan dibenarkan sama sekali.
“Rin! Aku belum habis sekolahkan lagi budak sombong tu. Kenapa kau dah
tarik tangan aku?” Fatehah menyoal. Rasa tidak puas hati dengan tindakan
Rindiani tadi masih bersisa.
Rindiani seperti biasa diam membisu. Hanya tangannya sahaja yang lincah
membuka mangga basikal yang tersandar di salah satu tiang parkir basikal. Cepat-cepat
tongkat basikalnya yang tersendal tadi ditolak naik. Bersedia untuk mengayuh
pergi.
Tangkas Fatehah memegang handle
basikal. Menghalang Rindiani.
“Rin...sampai bila kau nak biarkan budak bongkak tu terus-terusan buli kau?”
Diam.
“Aku hampir-hampir nak basuh dia tadi. Tapi kau...”
“Kau nak biarkan aku dengar dia hina ibu aku macam tu aje? Itu maksud kau?”
pintas Rindiani pantas.
“Rin... sebab itu aku nak ajar dia...”
“Yang dihina tu ibu aku, Teha. Ibu yang dah banyak berkorban semata-mata
untuk membahagiakan aku. Kau nak aku terus dengar cacian dia terhadap ibu? Aku
tak sanggup, Teha. Tak sanggup...”
“Rin... maafkan aku. Aku cuma niat nak bantu kau tadi. Orang macam perempuan
tu memang patut diajar apa maksud untuk hormat orang lain.”
Rindiani melepaskan nafas. Nampak sedikit berat. Sempat dia mendongak ke
tingkat dua. Dari situ dapat dilihat Wan Amalyn menongkat siku bersandar di
dinding. Tajam memerhatikan mereka daripada atas. Senyum sinis sempat dihadiahkan
buat Rindiani.
“Teha, tak mengapalah. Nak ajar orang memang susah. Lagi-lagi orang macam Wan
Amalyn. Cukuplah ibu dah bagi tunjuk ajar yang secukupnya buat aku. Api, usah
dilawan dengan api. Kelak membakar diri. Dan aku cuba untuk menggenggam bara
yang wujud dalam diri ini. Biarpun pedihnya masih terasa. Apapun, terima kasih
Teha sebab bantu aku tadi.” Rindani menoktahkan ayatnya di situ sebelum mengayuh
laju basikalnya meninggalkan Fatehah yang masih terpaku di ruangan parkir.
(bersambung...)
*****
Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada penulisan ini ditulis semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain tanpa kebenaran bertulis daripada penulis terlebih dahulu. Penulis berhak atas setiap tulisan dan karyanya.
Untuk cerpen aku kali ini, masih mengekalkan lagi konsep cinta dan kasih sayang. Namun lebih kepada kasih antara seorang anak dan ibu yang telah banyak berkorban untuknya. Apa pengorbanan ibu itu? Ending pula bagaimana? Nantikan sambungannya dalam Koleksi Kumpulan Cerpen EH. InShaa Allah aku cuba untuk memberi garapan yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati setiap pembaca. Tunggu, ya!
Sudi-sudilah tinggalkan komen yang membina agar dapat memantapkan lagi karya-karya aku ni ya. 😍
#terimakasihsudisinggah
Sudi-sudilah tinggalkan komen yang membina agar dapat memantapkan lagi karya-karya aku ni ya. 😍
#terimakasihsudisinggah
Wahhhhh memang berbakat betul Ezzan ni. Penulisan yang bersahaja buat hati tertarik nak baca. You go girl.
ReplyDeleteAlahai.. segannya saya.. sengih2 saya baca komen ksarie ni. Hehhehe.. anyway thanks ye ksarie. Banyak lagi kena belajar ni.. suka baca komen ni.. hehehe..
Delete