Cerpen EH | Terpukau Seribu Rindu Teaser
Assalamualaikum & Salam Jumaat hari yang berkah,
Kering dan lesu mataku
Bila ku renung matahari yang gerhana
Hilanglah punca dan arah
Untuk ku kembali menyulam keindahan
Tempias dijendela
Bagai memberitahu
Aku kehilangan mu
Oooo....yeeeh...
Lemah dan longlai langkahku
Bila ku kutip sisa cinta yang tertinggal
Masihkah ada kasihmu
Untukku kembali menggapai kebahagiaan
Desiran bayu senja
Sampaikan kepadanya
Hanya dia ku damba
OOO....yeeeh...
Tak ku sangka keghairahan
Memukau seribu rindu
Akhirnya ku tewas kerna nya
Maaf kanlah kekasih
Kesalahan diri ini
Membiarkan kau sendiri
Oh.... sayang
( Lagu : Bob Bawang - Lirik : Azam Dungun )
Jeng..jeng..jeng!
Enjoy, ya!
Tajuk : Terpukau Seribu Rindu
Oleh : Ezzan Haqis
#terimakasihsudisinggah
Kering dan lesu mataku
Bila ku renung matahari yang gerhana
Hilanglah punca dan arah
Untuk ku kembali menyulam keindahan
Tempias dijendela
Bagai memberitahu
Aku kehilangan mu
Oooo....yeeeh...
Lemah dan longlai langkahku
Bila ku kutip sisa cinta yang tertinggal
Masihkah ada kasihmu
Untukku kembali menggapai kebahagiaan
Desiran bayu senja
Sampaikan kepadanya
Hanya dia ku damba
OOO....yeeeh...
Tak ku sangka keghairahan
Memukau seribu rindu
Akhirnya ku tewas kerna nya
Maaf kanlah kekasih
Kesalahan diri ini
Membiarkan kau sendiri
Oh.... sayang
( Lagu : Bob Bawang - Lirik : Azam Dungun )
Jeng..jeng..jeng!
Seperti yang dijanjikan, aku nak share sikit dekat sini teaser untuk cerpen Terpukau Seribu Rindu. Cerpen ni akan dimuatkan di dalam Kumpulan Cerpen EH.
Kenapa aku tepek sekali lirik lagu Terpukau Seribu Rindu nyanyian Kumpulan Slam ni? Sebabnya aku nak kome-kome semua hayati lagu dan irama ni masa baca cerpen aku nanti. Semuanya aku terjemahkan kembali lirik ni dalam bentuk cerpen yang santai.
Apalagi? Jom save lagu ni Terpukau Seribu Rindu dalam phone memasing. Sambil baca sambil putar lagu ni. Feeling seyyy...
Enjoy, ya!
Gambar asal daripada IG ZamaniSlam_Official dan diedit |
Tajuk : Terpukau Seribu Rindu
Oleh : Ezzan Haqis
“Abah! Cepat sikit, bah. Ish.. dah rasa macam naik kura-kura pulak ni.”
Pak Deli hanya menggeleng-geleng melihat telatah anak perempuannya itu. Tia Imaani. Satu-satunya anak perempuan yang dimilikinya. Namun, jika dipandang sekali imbas, orang luar tidak akan jangka yang Tia ini adalah seorang anak perempuan. Imejnya yang agak kelelakian dengan potongan rambut pixie layered pasti akan mengelirukan jika dipandang dari posisi belakang. Itu belum lagi ditambah dengan fesyen pakaiannya nampak seakan lelaki, namun bila tenung betul-betul nampak cute.
Pak Deli sendiri kurang pasti fesyen apa yang digayakan anaknya itu. Pernah ditanyakannya, Tia hanya menjawab fesyen kumpulan boyish k-pop. Bukan dia tidak menegur. Dah penat Pak Deli bersuara. Namun, Tia Imaani tetap Tia Imaani. Degil! Mungkin dia terikut-ikut dengan cara berpakaian orang sekelilingnya. Lagi pula, kedua-dua anaknya yang lain lelaki. Isterinya pula meninggal dunia sewaktu melahirkan Tia. Dalam berkawan juga Tia dilihat lebih selesa berkawan dengan lelaki termasuklah kawan baiknya, Azalee.
Namun Pak Deli tahu, walau bagaimana penampakan kasar Tia sekalipun, Tia masih nampak sisi perempuannya. Tergambar kelembutan seorang gadis pada raut wajahnya dan tampak manis biarpun bersembunyi disebalik penampilannnya yang sebegitu. Dan paling ketara, hati Tia. Mudah sungguh tersentuh. Nampak kuat, tegar, namun bila dah mula merajuk, jenuh nak memujuk. Kadang letih layan karenah anaknya yang satu itu.
“Abah! Tu! Tu! Masuk situ, bah. Kosong lagi tempat kita tu.” Bersungguh Tia mengarah. Bercahaya anak matanya.
Kadang pelik dengan telatah Tia ni. Risau betul gadis itu kalau mereka terlambat tiba. Entah apa yang hendak dikejarkan pun Pak Deli tak tahu. Padahal ruang khas telah cukup tersedia untuk setiap trak di ruangan parkir berhadapan dengan Dataran Bandaraya. Mereka tidak perlu berebut pun sebetulnya.
“Kakak ni dah kenapa? Memang situ tempat kita, kan. Kakak nak kejarkan apa sebenarnya?” Pak Deli menyoal penuh minat. Sesekali matanya dijeling pada anaknya.
Penat melihat keresahan anaknya. Bukan dia tak perasan, semenjak dari rumah lagi anaknya itu menolak untuk mengikut sama. Anaknya itu lebih selesa naik skuter. Boleh cilok-cilok. Cepat sampai katanya. Panjang jugalah tadi muncung Tia bila Pak Deli maklumkan skuternya diberi pinjam pada anak lelakinya, Ameen. Nak tak nak, Tia kena juga naik trak bersamanya.
“Errr... mana ada apa-apa, abah.”
Liur ditelan. Tia hampir-hampir tersedak tadi bila Pak Deli menyoal penuh sangsi.
“Haa.. abah juga cakap dulu kalau nak cepat kaya, kena pandai rebut peluang. Rezeki ni kena pandai kejar. Kalau tak nanti takut jauh tinggalkan kita. Tu pasal la orang suruh cepat-cepat. Orang nampak rezeki macam nak lari jauh dah tu...” Sambung Tia panjang lebar.
Biarpun nampak sedikit ragu dengan apa yang diungkapkannya tadi. Dalam masa yang sama, mata Tia dilarikan cepat-cepat. Bimbang sungguh kalau-kalau Pak Deli dapat menebak apa yang bermain dalam fikirannya kini.
Pak Deli hanya tersenyum sungging. Malas hendak berdebat dengan anaknya yang satu itu. Ada sahaja jawapannya. Tak pernah nak mengalah.
Trak makanan itu sedia terparkir di antara trak yang lain. Setiap petang, bermula jam tiga petang, itulah rutin harian mereka. Perniagaan trak makanan bergerak. Rojak dan Cendol Warisan Deli. Itu yang tertera di badan trak putih berkenaan. Menu warisan turun-termurun itu sememangnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan warga Johor Bahru.
Pada awalnya perusahaan itu hanya dijalankan secara kecil-kecilan di hadapan rumah mereka sahaja. Namun, atas usahanya ditambah dorongan dan bantuan yang diterima daripada koperasi usahawan, perniagaan itu diperluaskan lagi.
Melompat Tia turun daripada kerusi kelindan. Matanya melingas keliling kawasan dataran menara jam besar tu. Senyum mula terukir dibibirnya tatkala apa yang dicarinya tadi telah ditemui. Kumpulan band busker yang sedang sibuk ‘setting’ alat muzik mereka diperhatikan seorang demi seorang. Senyumnya kembali pudar.
Mana dia ni? Tak datang lagi ke? Aku rasa dah lambat dah ni, kan? Dia lagi lambat dari aku ke? Bertubi-tubi persoalan menyerang kepalanya. Sesekali nampak kerutan yang terlukis di dahi halusnya yang licin umpama telur dikupas.
“Kakak... Dok tinjau-tinjau apa lagi tu? Cepat susun kerusi meja ni. Kuah rojak tu, panaskan lekas. Ni susun bekas bahan-bahan cendol ni cepat. Nanti pelanggan order tak adalah kelam kabut,” Sibuk Pak Deli mengarah itu ini. Pelik dengan perangai anak gadisnya itu. Tadi sibuk suruh cepat. Nak kejar rezeki lah bagai. Ni bila dah sampai, dia pula yang berlengah-lengah.
“Haaa... orang tengah buatlah ni, abah.”
“Buat apanya kalau dari tadi dok tercangak-cangak kat depan tu. Apa aje yang hilang, kakak?”
“Hati...”
“Apa? Hati? Hati apa?”
“Ehhh... orang cakap hati ke tadi? Tak, ni haaa... hati ayam ni. Mana entah bekas tu. Mana sedap rojak Singapore kalau tak ada hati... ayam...” perlahan perkataan ‘ayam’ dituturnya.
“Cari hati ayam kat depan padang tu memanglah tak jumpa. Sampai malam pun belum tentu jumpa. Abah pulak yang 'panas hati' tengok kamu ni, kakak,” sengaja Pak Deli menekankan ayat panas hati tu.
Dush! Setepek ayat tu bagaikan cili boh singgah ke wajahnya. Pedas!
*****
Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada penulisan ini ditulis semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain tanpa kebenaran bertulis daripada penulis terlebih dahulu. Penulis berhak atas setiap tulisan dan karyanya.
Nak tahu sambungannya? Siapa yang dinantikan Tia Imaani? Akan disambung kesudahannya di dalam Projek Kumpulan Cerpen aku akan datang.
Tia Imaani versi Park Shin Hye |
#terimakasihsudisinggah
Comments
Post a Comment