Pelancaran Buku | Buku 3 | Komplot Cerpen Setulus Janji

Assalamualaikum & Happy Friday uols!


Aku jarang promote tentang buku-buku & karya yang telah aku hasilkan sepanjang penglibatan aku dalam bidang penulisan ni, kan? Sebabnya aku ni tersangatlah segan & malu sebab rasa macam banyak lagi yang aku perlu belajar untuk memantapkan karya aku.

Tapi...

Untuk menjadi seorang penulis yang berkaliber, perlulah bercerita tentang karya yang telah dihasilkan. Kalau tak, macamana lah pembaca-pembaca baru di luar sana nak kenal aku. Betul tak?

Lagipun, aku hanyalah seorang hamba Allah yang baru saja merangkak ke dunia ni. Jadi, lets introduce your product. Menulis dalam era sekarang ni bukan macam dahulu. Kalau dulu bolehlah harapkan penerbit untuk promote karya kita sebabnya penulis di Malaysia tidak ramai. Berbanding sekarang, dah macam cendawan tumbuh. Banyak persaingan.

Lagi-lagi dengan ekonomi yang kian meruncing ni, industri buku di Malaysia sedikit merudum. Bukan tak ada pembaca, ada. Banyak sebenarnya. Namun, dengan keadaan ekonomi semasa, para pembaca terpaksa menjadi seorang pemilih yang tegar. Demi kelangsungan taraf hidup mereka. Sedih, kan? Sobsobsob...

Jadi, tugas penulis perlulah membuat promosi untuk karya-karya mereka. Para penulis, jangan malu-malu, okay. Yakinlah karya-karya anda adalah yang terbaik. Sebab itu berjaya dipilih oleh penerbit untuk diterbitkan. Senyum sikit...😇

Pose dengan my sifu Kak UN


23 September 2018... 

Antara detik bersejarah yang akan sentiasa kusemat di sanubari. Lama nau kau nak menulis tentang kisah ni kan, EH! Nampak tak? Hahaha.

But it's okay, benda ni tak pernah basi pun dalam hidup aku. 

Tanggal tarikh itu, aku dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sesi pelancaran buku Komplot Cerpen Umie Nadzimah - Setulus Janji. Alhamdulillah, cerpen aku telah berjaya dimuatkan bersama dengan penulis hebat lain. Bermakna, ini adalah buku yang ke-3 sepanjang karya aku dalam bidang baru ini.

Komplot cerpen kali ini melibatkan para penulis yang pernah menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif bersama mentor penulis yang sememangnya telah dikenali ramai dalam industri buku dan penyiaran, siapa lagi kalau bukan Umie Nadzimah a.k.a Kak UN. Dan diterbitkan oleh Paluan Seni.

Orang kuat Paluan Seni (Penulis Khairul Naim-Baju Maroon & Penulis Sufi Abqari-Baju Biru)

Kak UN ni memang banyak bantu aku dalam menyampaikan ilmu penulisan kreatif. Sebelum ni aku hanya menulis hentam kromo je. Biasanya berdasarkan penelitian daripada bahan bacaan yang ada. Memang tak ada tok guru la yang aku rujuk sebelum ni. 

Autograf kak UN tu yang wajib ambil tu.


So bila dah ada tok guru ni, kita kenalah praktikkan ilmu-ilmu yang diajar. Benda kalau setakat teori je, tanpa praktikal memang mereput je la ilmu tu terendam dalam kepala. Hahaha. Dan makanya, untuk mengukuhkan benteng ilmu yang ada, terhasillah karya aku, Dandelion Terakhir yang berjaya dicetak bersama di dalam buku ni.

Selain aku, Buku Komplot Cerpen Umie Nadzimah setulus janji ini melibatkan cerpen kreatif yang dihasilkan oleh beberapa penulis hebat sama hebat dengan karya dihasilkan di dalam buku ini termasuklah satu cerpen daripada Kak UN sendiri. Cerpen yang dimuatkan adalah :

  1. Suatu Yang Pernah - Mohd Hidir
  2. Dandelion Terakhir - Ezzan Haqis
  3. Secebis Cinta Lagi - Wawa Eryna
  4. Noktah Yang Bermula - Nur Baiyahayati
  5. Selembar Kasih Bersulam Sayang - June Zaidi
  6. Crush - Eiyka
  7. Cinta Putih - Elly Amanda
  8. Sekuntum Mawar Di Ufuk Senja - Sabika
  9. Lenyapkah Kesetiaan Itu? - Mishal Khayla
  10. Selafaz Janji Angah - Norhayati Khamis
  11. Cinta Si Acher - N. Sarina
  12. Attraversiamo, Pintamu. Dolce Vita, Ucapku - Hani Jamal
  13. Yang Dinamakan Cinta - Umie Nadzimah 

Baca tajuk-tajuk yang terpampang dekat sini pun dah macam best, kan? So apa lagi, jomlah dapatkan buku ni. Buku ni Limited Edition tau. Kalau habis, habislah. Memang tak akan dicetak lagi. Time tu, korang nak meraung tepi bucu katil pun dah tak guna dah.

Bergambar kenangan bersama para penulis yang ohsem!


Dekat aku ni pun hanya ada tinggal beberapa naskah je lagi. 

Harga? RM20.00 (Semenanjung Malaysia) & RM23.00 (Sabah & Sarawak). Harga tidak termasuk pos. Masa pre-order hari tu memang ada special price. So untuk sekarang ni, proceed pada harga asal. Buku limited tau, beb. Carik dekat kedai buku confirm tak jumpa.



Berminat boleh komen, DM, atau PM aku dekat FB, IG, atau Twitter. Hubungi cecepat mana tau boleh dapat something special daripada aku ke kan. Nak tak?

Klik sini :

Facebook : FB Ezzan Haqis
Instagram : IG Ezzan Haqis
Twitter : Twit Ezzan Haqis

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. KSarie sempat baca cerpen Dandellion Terakhir tuh. Amboiiiii romantika d armour sangat jalan ceritanya hehehehhee. Tahniah k kerana melangkah semakin jauh ke bidang penulisan. Semoga lebih sukses di masa hadapan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak sarie dah baca & sudi support..hehehe.. cerpen yang tu InShaa Allah akan dinovelkan.. wish me luck ya! 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap