Servis Hospital Kerajaan? Teruk sangatkah?

Assalamualaikum & happy weekends uols!



Nurse vs Artist = Public Ears & Eyes

Lately, isu pertembungan pendapat ni agak viral dan meletop diperkatakan di media sosial. Semua yang menjadikan media sosial or medsos or socmed sebagai salah satu medium untuk berhubung atau mengetahui apa-apa info dan berita terkini daripada pelusuk cakerawala pasti mengetahui serba sedikit berkaitan isu pertembungan pendapat antara dua individu yang berlainan kerjaya ini.

Aku tak nak berhujah dengan lebih detail berkaitan isu antara mereka. Pada aku, biarlah mereka settlekan sendiri kerana hanya mereka yang tahu cerita dan keadaan yang sebenar. Aku cuma hendak berkongsi sedikit pengalaman aku yang pernah berada di situasi seorang client atau penerima servis di hospital kerajaan.



SITUASI A : Kisah Aku Seorang Pesakit Kanak-kanak.

Daripada kecil lagi aku dah dibiasakan dengan mendapat rawatan sama ada secara pesakit dalam atau luar di hospital kerajaan. Semua ubat yang dibekalkan di hospital atau klinik kerajaan setakat ini begitu serasi denganku. Alhamdulillah. 

Aku pernah ditahan di wad Pediatrik, wad kanak-kanak seawal usia 11 tahun selama 8 hari kerana menjalani sedikit minor operation. Tak serius sangat. Tapi dalam umur yang sebegitu, memang rasa kecut perut melebihi segalanya. 

Memandangkan aku ni anak sulung & adik-adik masih kecil plus family kami bukan daripada keturunan oang senang, parents hanya mampu melawat & menjaga aku di waktu siang. Malam? Memang aku tidur sorang-sorang di wad dalam bilik berkapasiti 6 katil tak silap (lama sangat so aku ingat-ingat lupa berapa katil) yang masa tu cuma ada 2 pesakit termasuk aku. Bila pesakit tu discaj, kadang aku terpaksa tidur sorang-sorang. Takut? Hahahaa.. mestilah ada rasa yang satu tu. Lagi budak-budak time tu.

Tapi... aku perlu beranikan diri sebab tau, mak terpaksa uruskan adik-adik yang masih kecil. Ayah pula kerja shift. Nak ambil cuti memang susah. 

And guess what, sepanjang di hospital, aku dijaga & dilayan dengan begitu baik oleh nurse, doktor dan semua kakitangan hospital. Mungkin juga aku ni seorang kanak-kanak yang tidak banyak kerenah kot. Huhuhu... Pada aku, layanan yang aku terima sangat baik! Terima kasih kakitangan Klinik Kanak-kanak (Pediatrik), Hospital Kuala Lumpur sekitar tahun 1993.



SITUASI B : Kisah Aku Seorang Pesakit Remaja

Ketika aku berada di Tingkatan 1 , sekali lagi aku diuji dengan sakit. Lima hari ditahan di wad biasa. Dan seperti sebelum ini, aku juga terpaksa menjaga diriku sendiri. Lagipun ketika itu umur aku 13 tahun. Orang cakap dah boleh bawa diri sendiri, kan?

Dan sekali lagi aku agak tertarik hendak ceritakan pengalaman yang baik aku sepanjang berada di hopital kerajaan. Kakitangan depa semua baik-baik. Ramah tamah. Ada nurse yang betul-betul ambil berat dengan aku. Nak ambil darah pun pelan-pelan. Seolah-olah risau kalau masa depa bertugas tu cederakan aku. Cakap pun lemah lembut sangat. 

Dan sekali lagi aku beri kredit pada kakitangan yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur sekitar tahun 1995. Terima kasih!

SITUASI C : Kisah Aku Pesakit Luar Patah Tangan

Sekitar tahun 2008, aku diuji pula dengan kemalangan. Pakej dengan patah tangan! Sakit dia... Allahu... hanya tuhan je yang tahu macamana aku menahan sakit patah tangan tu. Masa tu dengan bantuan kawan serumah aku, bantu bawa aku ke hospital.

Ketika ini aku ada pengalaman yang kurang enak sedikit. Aku akui, aku dilayan agak kasar. Masa nak tukar baju untuk pakai baju x-ray tu, nurse yang bantu tukarkan baju tu agak kasar. Mungkin dia nak cepat kot. Aku lebih suka husnuzon. Kebetulan aku pakai baju kurung. Jadi memang susahlah nak tukar baju guna sebelah tangan & sebelah tangan pulak patah. Masa tu belum lagi bersimen tangan patah tu. 

Aku ingat lagi kata-kata nurse tu bila mengadu sakit (keluhan perlahan je) masa dia bantu tukarkan baju. Kawan aku siap cakap lagi; "Nurse, perlahan sikit. Sakit dia tu.". Apa nurse tu jawab? "Dah patah. Memanglah sakit." Sambil muka cengil & masam mencuka. Maybe dia tak puas hati sebab aku tolak cadangan dia nak gunting lengan baju kurung aku sebelah yang patah tu. Hahahha... aku ingat lagi muka dia. Sambil tulis ni pun aku tengah throwback situasi time tu.

Actually, aku bukan tak nak gunting, macam aku cakap, aku ni bukanlah lahir2 senang. Nak beli baju pun terpaksa congak-congak kewangan yang ada. Masa tu baru je kerja, lepas tu buat part time belajar lagi, then nak buat persiapan majlis besar lagi, plus baju yang aku pakai tu baju yang aku suka! Even boleh beli baju lain, kalau ada choice yang lebih baik selain daripada gunting baju tu, better aku cuba choice lain yang lebih baik, kan? Mungkin sebab tu agaknya nurse tu tak puas hati dengan aku, tu yang jadi lagu tu. Agaknyalah. 😅

Kawan aku tak sampai hati tengok, terus bantu tukarkan baju aku. Nurse diam tak kata apa. Tapi muka dia sedikit kurang senang aku tengok. Tak apalah. Mungkin masa aku datang tu timing tak kena. Nurse tu tengah stress. Mungkin. Hospital mana? Hahaha.. biarlah rahsia. Benda yang kurang baik, buat apa kita sebarkan aib, kan? Yang pasti BUKAN Hospital Kuala Lumpur atau Hospital Sungai Buloh. Sebab pengalaman aku di HKL  & Sg Buloh semua positif! Salute!

Memandangkan patah aku ni agak parah jugak, patah tebu, memang makan masa untuk baik dan perlu sentiasa buat follow up. Nak aku teruskan rawatan di hospital tu? Memang taklah. 😅 Dah terasa layanan kurang best sangat. So aku minta tukar rawatan susulan ke HKL. Alasan? Takkan aku nak bagitau staff hospital situ cengil? Betul tak? Aku just guna alasan dekat dengan rumah parents aku. So depa boleh bantu aku. Alhamdulillah. Alasan aku diterima & doktor sediakan surat rawatan susulan ke HKL.

Dan rawatan susulan pun bermula di HKL. Aku bukan nak memuji lebih-lebih. Tapi benda yang baik memang aku puji. Aku suka & puas hati dengan layanan kakitangan HKL ni. Depa agaknya memang dilatih beri servis yang baik pada pesakit. Sebabnya, aku dah banyak buat rawatan dekat macam2 unit dalam HKL ni. Setiap unit atau klinik yang aku pergi depa punya servis memang aku puji. Baik-baik sungguh depa ni. 

Masa buat rawatan fisio, punyalah baik kakitangan tu, cakap lembut je. Siap cakap, bila sakit, bagitahu. Then bila aku bagitahu memang sakit even aku dah cuba tahan sakit, depa siap bantu letak pek ais untuk kurangkan rasa sakit masa buat fisio. Siap bagi semangat dengan pujian bila aku berjaya buat fisio dalam masa yang singkat. Depa cakap, biasanya ambil masa 6 bulan sekurang-kurangnya kalau nak pulih. Tapi aku ambil masa  kurang daripada 3 bulan je dah boleh stop fisio di hospital.

Oleh kerana mereka puji aku, sekali lagi nak beri beribu-ribu bintang buat kakitangan Unit Fisioterapi, Hospital Kuala Lumpur sekitar tahun 2008. Terima kasih beri servis yang baik, ya!



SITUASI D : Kisah Aku Pesakit Gynea

Aku pernah juga buat rawatan sebagai pesakit luar di Unit O & G, Hospital Sungai Buloh. Daripada awal rawatan hinggalah akhir, bermula daripada kaunter, nurse, doktor, farmasi dan semualah. Semua layan aku dengan baik. 

Aku ada dengar desas desus yang kurang baik daripada netizen. Tapi... bila aku sendiri di tempat itu, aku speechless. Sebabnya apa yang diceritakan netizen tak sama dengan apa yang aku alami. 

Masa buat rawatan, kebetulan pernah sekali aku dapat doktor lelaki. Memang cakap terus terang. Kurang selesa! Sebabnya sifat aku yang sememangnya pemalu ini, tak bebas untuk aku bersuara menceritakan masalah aku. Lagi-lagi hal yang berkaitan gynae. Macam perlu susun ayat berlapik dan ada limit bila buat rawatan dengan doktor lelaki even ada nurse perempuan, tetap aku tak selesa. Maaf ya, doc. Tapi, aku terpaksa sebabnya kewangan menjadi halangan untuk aku buat rawatan di hospital swasta yang aku bebas memilih mana-mana doktor yang aku suka.

Tapi... sekali lagi aku terkejut. Bila doktor lelaki tu tawarkan aku untuk buat rawatan dengan doktor wanita. Siap bagitahu doktor tu doktor terbaik dalam rawatan gynae. Sebab dia tahu dan nampak, aku tak selesa dengan doktor lelaki. Padahal aku tak request pun. Syukur. Allah beri keizinan memberi pilihan terbaik untuk aku. Dan semenjak itu, semua doktor & kakitangan yang merawat aku semua wanita. Jadi aku bersyukur sebab masih lagi boleh menjaga aurat aku sebagai seorang wanita. Alhamdulillah.

Di sini aku nak beri kredit lagi. Kali ni buat kakitangan Hospital Sungai Buloh bahagian Klinik Pakar Obstetics & Gynaecology (O&G) & Bahagian Pakar Pemakanan yang telah memberi khidmat rawatan & layanan yang bagus buat aku sekitar tahun 2010 - 2011. Baik sangat depa ni. Sampai aku rasa dilayan bagaikan family atau kawan-kawan yang rapat dengan depa. Fahamkan maksud aku? Means baik teramat baik depa layan aku. Padahal depa tak kenal aku pun. Serius aku puas hati. Terima kasih, ya! 

SITUASI E : Kisah Aku Pesakit Trauma

Tak habis di situ je, aku ingatkan cuma bahagian O & G je yang bagus-bagus. Rupanya bahagian Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Buloh ni pun bagus-bagus. Tak tau dah nak puji depa ni macamana. Layan sikit punya baik. Kadang siap berbual macam sesi kaunseling. Allahu. Rasa nak nangis masa tu bila ditakdirkan bertemu orang yang baik-baik ni saat kita berada diambang kesakitan. Tahniah dan terima kasih sekali lagi buat kakitangan Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Buloh sekitar tahun 2011 - 2012. Penghargaan yang tidak terhingga dari aku!



SITUASI F : Kisah Aku Penjaga Pesakit

Kali ni ujian buat ayah aku pula. Ayah ditahan di wad kelas 3 selama 1 hari dan wad kelas 1 selama 2 minggu. Kenapa aku perlu mention kelas wad? Sebabnya aku nak cerita berbezaan layanan yang diberi. 

Kadang-kadang netizen selalu cerita yang kurang baik bila kena tahan dekat wad lagi-lagi wad kelas 3. Tapi, apa yang aku alami, so far memang berbeza sungguh daripada pengalaman depa. Ayah aku dilayan dengan sangat baik even di wad kelas 3 sekalipun. Memang, kalau ikutkan banyak beza kelas 1 dan 3 ni, kelas 3 memang aku akui sedikit lewat jika kita hendakkan bantuan daripada kakitangan berbanding kelas 1 yang layanan tip top. Setanding dengan hospital swasta. 

Tapi... aku nak tekankan di sini, aku masih boleh terima kelewatan servis mereka sebabnya, pesakit terlalu ramai! Sedangkan nurse yang ada sangat sedikit. Kadang-kadang aku kesian tengok mereka bekejar ke sana ke sini layan pesakit yang bermacam kerenah. Aduhai. Respek sangat dengan depa ni. 

Sama juga macam kes mak aku. Mak aku pernah beberapa kali di tahan di wad. Pernah di CCU selama seminggu, di wad bahagian saraf (tak ingat nama wad) selama 4 hari akibat minor strok, dan wad pesakit biasa selama 3 hari di wad kelas 3 & selama hampir sebulan di wad pesakit biasa kelas 1 disebabkan jangkitan kuman & patah pergelangan tangan. 

Sekali lagi aku puji sangat depa ni. Masa berkesempatan jaga mak di wad kelas 3, aku betul-betul nampak sangat tugas2 jururawat ni. Pesakit macam-macam ragam & perangai. Belum lagi keluarga, pelawat & penjaga pesakit. Kadang-kadang aku sendiri rasa nak sekeh-sekeh tengok perangai depa ni yang sangat annoying! Nak diberi layanan serupa VIP. Tapi aku sangat respek dengan kakitangan hospital. Depa tetap layankan juga perangai certain2 pesakit & keluarga pesakit yang sungguh menjengkelkan ni. Ya Allah! Sabarnya mereka. Aku puji betul.

Itu belum lagi pagi-pagi terpaksa siapkan pesakit yang kurang upaya (berkerusi roda tak boleh berjalan) dan pesakit tua yang uzur (tak boleh uruskan diri sendiri) yang tiada penjaga menjaga mereka. Seorang demi seorang nurse-nurse & pembantu perubatan ni mandikan pesakit-pesakit tu. Siapkan mereka. Nurse yang siapkan ye, bukan keluarga pesakit! Masa tu aku rasa nak nangis. Mulianya tugas mereka ni. Padahal pesakit tu bukan keluarga mereka pun. Tapi mereka layan dengan baik. Tapi ada juga pesakit yang dijaga dengan baik tu tak hargai mereka. 

Ditambah dengan herdikan daripada penjaga yang datang bila tiba waktu melawat je. Time tu sungguh aku yang berhati tisu ni rasa nak je menjawab membela nurse yang dah jaga pesakit sama ada mak or ayah mereka ni dengan baik dan tak sepatutnya penjaga ni herdik nurse. Kenapa mereka masih tidak puas hati? Alahai manusia yang tidak pernah erti bersyukur. Moga aku juga keturunan keluargaku dijauhkan sifat negatif sebegitu. Aamiin.

Sepanjang pengalaman aku menjaga pesakit, pagi-pagi lepas Subuh, petugas ni akan pastikan cadar & katil pesakit dikemas dan ditukar. Pesakit pula akan ditanya dah mandi ke belum. Sebabnya, jika mereka tak buat rutin ni, doktor yang bertugas akan tegur dan marah mereka. Mereka kena pastikan siapkan semuanya sebelum jam 7 pagi. 

Kadang bila ada ketika aku tak nafikan, mereka terlupa nak letak pakaian tukar atau mungkin pesakit nak bersiap awal. Jadi aku sebagai penjaga akan ambil sendiri baju bersih yang perlu ditukar tu. Mereka tunjukkan aku kabinet baju-baju dan beritahu saiz berbeza ikut warna label. Pada aku yang sihat, masih boleh berjalan, apa salahnya aku bantu ringankan beban dan tugas nurse ni. At least, mereka boleh bantu uruskan pesakit yang tiada penjaga. Kalau semuanya nurse yang buat, baik tak perlu jadi penjaga pesakit. Lagipun, yang dijaga tu mak ayah kita. Mana yang kita boleh buat, kita buat. Ye tak?

Kadang tu, aku tak nafikan mereka terlupa bila kita minta bantuan. Pernah juga terjadi, mereka pesan pada aku, jika drip antibiotik mak dah habis, cepat-cepat beritahu mereka untuk mereka cabut jarum drip tu sebab memang sakit kalau biarkan lama tanpa dicabut dan silap-silap boleh keluar darah pada tiub. Then, bila dah habis, aku maklumkan pada nurse. Nurse cakap sekejap lagi dia datang. Then aku tunggu lama juga, tak datang-datang. Mak dah rasa sengal-sengal tangan dah. Aku ni jenis tak suka cakap banyak kali. Sebab pada aku, nurse tahu apa tugasnya. Tapi bila tengok darah dah mula mengalir pada tiub drip tu, kelam kabut aku jumpa nurse sekali lagi.

Rupa-rupanya nurse tu betul-betul terlupa sebab lepas aku bagitahu tu dia ada tugasan lain, then terus terlupa. Cepat-cepat dia minta maaf pada aku. Tak cukup tu, dia minta maaf pada mak aku berkali-kali. Jadi, di mana aku nak jumpa kekurangan layanan dan servis mereka seperti yang digembar-gemburkan netizen?

Dan aku puji sekali lagi pada kakitangan Hospital Kuala Lumpur wad lelaki dan perempuan yang dah beri layanan & rawatan yang bagus pada mak aku dan yang banyak bantu aku serta keluarga aku tengok-tengokkan mak & ayah aku saat kami tak berkesempatan jaga mereka terutama masa pertukaran shift jaga antara aku dan adik-adikku. Huhuhu...



SITUASI G : Kisah Aku Pesakit Luar O & G

Sekali lagi baru-baru ni tahun 2018 aku perlu berurusan dengan O & G. Tapi kali ni di Hospital Shah Alam sebagai pesakit luar. 

Masa buat appoinment,  Masya Allah... ramainya pesakit. Kalau kira-kira ikut nombor giliran, aku perlu tunggu lagi 80 lebih orang. Fuuh! 

Bayangkan berapa lama aku terpaksa menunggu dengan sabar hinggakan aku boleh baca setengah buku setebal lebih kurang 200 muka surat sambil-sambil main phone bila penat baca. Perghh... 

Nasib baik bawa buku. So bolehlah aku habiskan masa menunggu sambil baca buku. Dengan harapan tak terasa sangat penantian itu satu penyeksaan. Hahaha. 

Orang kiri kanan aku dah mula merungut-rungut dah. Aku seperti biasa dah buat persediaan awal. Sebabnya aku tahu, kalau buat rawatan kat hospital kerajaan, memang perlu bersedia untuk luangkan masa yang begitu lama. Kakitangan tak ramai bhai! 2 je bilik rawatan awalan sebelum jumpa doktor. Tengoklah juga pesakit yang ramai melaut ni. Tu pun nombor tak berhenti-henti tau. Berterusan jalan. 

Aku nak cerita, depa tak buat kerja sambil lewa. Keluar sorang pesakit, pesakit lain pula masuk. Non-stop. So, tak bolehlah bising-bising merungut. Staf tak ramai nak buat macamana. Tambah staf? Hahahaha... panjang cerita kalau nak sebut tentang tambah staf ni. Siapa yang kerja kerajaan tahulah macamana. Huhuhu. 

Bila sampai giliran aku, nurse yang ambil BP dengan ramahnya tegur. Berborak. Siap minta maaf tunggu lama. Aku tak kisah sangat pun. Sebab faham sangat. Itulah situasi yang perlu dihadapi bila buat rawatan di hospital kerajaan. Pesakit yang terlalu ramai dengan staf yang sangat kurang. So kena tanam, dalam mind set perlu sabar. Jangan merungut. Kalau tak sanggup. Buat rawatan di hospital swasta. Kalau tak mampu, terimalah seadanya dengan berlapang dada. Syukur selalu 😅.

Bosan menunggu? Buat macam aku. Tanamkan budaya membaca. So kau tak akan rasa masa berlalu terlalu panjang. Tahu-tahu nombor giliran dah kena panggil walaupun tengok jam dah berjam2 lamanya rupanya. Sempat aku promote suruh korang baca buku, kan. Kata nak jadikan Malaysia Kota Buku 2020. So, mulakanlah daripada sekarang! Huhuhu.



KESIMPULAN :

So berdasarkan pengalaman aku di hospital kerajaan, kalau ada kes negatif pun, 1 daripada 20. Itupun sebenarnya tak seteruk mana kalau kita rendahkan ego kita. Means kita buat opposite. Kalau kita dilayan dengan dengan buruk, kita layan depa dengan baik. Kalau depa masam mencuka, kita lemparkan senyum semanis gula. Orang putih panggil, reverse psycology. Sebab kadang dengan cara macam ni, memang boleh membantu. Manusia, jahat atau teruk macamana sekalipun, tetap ada sisi baik dan elok dalam diri tu. Cubalah! 

Aku cerita berdasarkan pengalaman aku, mungkin rezeki aku selalu bernasib baik jumpa kakitangan yang baik. Itu aku syukur sangat.

Jadi, apa yang dapat aku simpulkan di sini, ini berdasarkan pengalaman aku berdasarkan kisah benar tadi :


  1. Jika hendak orang hormat kita, kita kena hormat orang dahulu.
  2. Jika hendak dilayan dengan baik, kita perlu layan orang lain dengan baik dahulu.
  3. Jika hendak permudahkan segala urusan kita, permudahkan urusan orang lain dahulu.
  4. Selalulah letak diri kita ditempat orang lain kerana daripada situ kita dapat pelajari banyak benda.
  5. Hargai setiap apa bentuk bantuan yang diberi walaupun sekecil-kecil bantuan. 
  6. Sentiasa doa supaya sentiasa berjumpa dengan orang-orang yang baik. 
  7. Ubah diri kita ke arah kebaikan kerana aura-aura positif akan sentiasa mengikut kita ke mana sahaja kita pergi. Dan daripada situ, kita mungkin akan bertemu juga dengan aura positif yang dijana oleh orang lain. Siapa lagi yang dapat ubah diri kita selain kita sendiri, kan?
  8. Biasakan diri dengan ucapan 'terima kasih' sebagai penghargaan dan 'maaf' pengganti setiap kesilapan dan kesalahan. Dua perkataan ini adalah perkataan keramat yang dapat menjadikan hati yang sekeras karang menjadi selembut dan sehalus sutera.
  9. Walau apa juga pekerjaan kita, masing-masing punya manfaat tersendiri. Jadi, hormatlah setiap apa sekalipun jawatan, kerja atau tugas seseorang. Kita ni sama saja. Tak ada salah seorang daripada kita, pincang dunia. Kita saling perlukan antara satu sama lain sebagai pelengkap sistem khalifah di muka bumi. 
  10. Ukur baju di badan sendiri. Jika inginkan layanan bagaikan VVIP ketika sakit, kumpul duit, buat rawatan di hospital swasta. Jangan sesekali bandingkan layanan di hospital swasta dan kerajaan jika attitude masing-masing berada pada kelas tercorot. Ubah attitude dulu, pasti akan jumpa layanan setanding VVIP walaupun berada di hospital kerajaan yang less cash. Percayalah!
  11. SABAR & IKHLAS. Tak kisah kita berada di tempat pemberi khidmat / penerima khidmat. Anggaplah setiap kekurangan yang diterima adalah ujian daripada-Nya. Yang penting, tingkatkan tahap kesabaran & keikhlasan dalam diri. Kerana sabar dan ikhlas itu kunci keimanan.
  12. Senyum. Tak kira kita ni siapa. Sama ada penerima servis atau pemberi servis. Cuba ukir senyum. Pesakit dan penjaga pesakit ni, emosi depa memang lain macam sebenarnya. Memang tak dinafikan kadang ada stress sebab bila sakit, banyak masuk ion-ion negatif dalam badan. Memang kena banyak sabar. Nak tak nak, salah satu cara, banyakkan senyum. Trylah. Sedikit sebanyak berkesan. Dan sebagai pemberi servis juga, kena jaga sangat attitude walaupun time tu tengah stress setengah mati nak tahan marah. Sebabnya anda sebagai pemberi servis perlu beri khidmat yang paling baik sebab menjadi mata, telinga, mulut dan tangan publik di luar sana. Lagi-lagi dalam dunia yang penuh dengan kuasa viral ni. Bertabahlah. 

Fuhhh... panjang aku berceloteh kali ini. Hopefully kisah dan catatan aku yang panjang lebar ni ada terselit manfaat padanya. 

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Very well said. Kak Sarie setuju sangat dengan pendapat Ezzan ni sebab sepanjang Kak Sarie mendapat rawatan untuk diri sendiri, suami dan anak-anak di PPUM, Alhamdulillah semuanya positif

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tu lah negatif tu ada, bukan tak ada.. cumanya ramai yang lebih suka sebarkan negatif ni sampai lupa langsung yang positif. Sesekali kita ceritakanlah pengalaman baik ni.. 😊

    ReplyDelete
  3. Kepada rakan rakan..kalau nak check penyakit,khususnya penyakit dalam badan,better check hospital swasta dulu..sebab report ct scan,ultrasound lambat,boleh jadi sampai 2 minggu..lepas dah tau sakit apa baru boleh berubat di hospital kerajaan..pengalaman saya sendiri rasa peritnya melihat mak menanggung kanser tahap 4 last2 baru tau result 2 minggu kemudian..sayangi diri anda

    ReplyDelete
  4. Kepada rakan rakan..kalau nak check penyakit,khususnya penyakit dalam badan,better check hospital swasta dulu..sebab report ct scan,ultrasound lambat,boleh jadi sampai 2 minggu..lepas dah tau sakit apa baru boleh berubat di hospital kerajaan..pengalaman saya sendiri rasa peritnya melihat mak menanggung kanser tahap 4 last2 baru tau result 2 minggu kemudian..sayangi diri anda dan keluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap