Ilmu : Isra' Mikraj, Perjalanan Teragung oleh PU Amin

Assalamualaikum & Salam Keberkatan Jumaat,

Seperti biasa, demi mengambil keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari, suka untuk aku kongsikan sedikit ilmu yang dapat diceduk daripada kuliah bersama penceramah jemputan untuk hari ni. Syukur dapat lagi menambah ilmu pada diri ini yang sentiasa dahagakan santapan rohani demi memenuhi ruang hidup agar sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. 

Kali ini, sekali lagi urusetia ceramah yang diwakili oleh AJK daripada Kelab Sukan dan Kebajikan LUAS, telah menjemput salah seorang ustaz yang pernah menyertai Program Pencetus Ummah iaitu Pencetus Ummah Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali dengan nama PU Amin. 


Sedap nama penuh PU Amin. Muda kecik molek orangnya. Mula-mula masuk nampak macam serius, tapi bila dah mula berbicara, terkesima mendengarnya. Seronok dengar setiap ilmu yang disampaikan. Ustaz sekarang aktif sebagai pengacara di dalam Program Haramain Backpackers di Astro Oasis. Weh, apsal aku tak tau ada program yang best camni eh? Kesian betul kat aku kan? Yelah, kat rumah tak ada Astro, hopefully adalah dibuat secara online. Boleh aku tengok. Suka betul aku program yang melibatkan travel lagi-lagi backpackers ni.

Oklah, rasa cukup setakat tu aku ceritakan tentang latar belakang PU Amin, yang lain korang boleh google sendirilah ye. Maklumat semua di hujung jari, kan. La ni kita masuk bab ilmu yang disampaikan oleh PU Amin. Aku suka intipati ceramah beliau kerana merangkumi semua aspek seperti fizik, kesihatan, sejarah, bahasa dan lain-lain. Jom baca, jom!


Credit Photo to Anaz

Tajuk : Isra' Mi'raj, Perjalanan Teragung
Penceramah : PU AMIN

Empat (4) Keistimewaan duduk di Majlis Ilmu :

1. Dicampakkan ketenangan dalam diri.
  •  Lately, ramai orang yang ditarik nikmat ketenangan dalam diri. Sebab itu jiwa-jiwa semakin kacau dan parah. Ada yang seawal usia remaja telah mula ada niat bunuh diri. Hanya dengan alasan yang remeh seperti putus cinta. Sebabnya jiwa tidak tenang. Penuhi waktu-waktu dengan majlis ilmu agar peroleh kembali erti ketenangan dalam diri.
2. Diberi rahmat oleh Allah S.W.T.
  •  Rahmat di sini bermaksud pengampunan. Salah satu cara taubat adalah dengan datang ke majlis-majlis ilmu. Di mana akan mendapat satu pahala, terhapus satu dosa dan akan dimurahkan rezekinya. Rezeki tidak semestinya berbentuk duit dan duit tidak semestinya rezeki. Ini pentingnya rahmat dan keberkatan Allah S.W.T.
3. Mendapat naungan daripada Malaikat.
  • Kadang-kadang kita terlepas pandang doa yang kecil-kecil atau yang tersembunyi dalam hati kita. Kita selalu minta yang besar-besar hinggakan tidak perasan akan doa yang tersembunyi ini. Dengan menyertati majlis ilmu, malaikat akan bawa doa-doa kecil yang tersembunyi dalam hati ini untuk diangkat dan dimakbulkan Allah.
4. Nama-nama disebut oleh seluruh penduduk langit.
  • Nama mereka yang menyertai majlis ilmu ini akan terkenal dan sentiasa disebut-sebut penduduk langit yang gegak gempita melaung-laungkan nama mereka yang menyertai majlis ilmu.

Lima (5) Perkara Besar yang terjadi dalam Bulan Rejab :

1. Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. ke Kota Habsyah.
  •  Rasullullah mengetahui yang Raja yang memerintah Kota Habsyah waktu itu amat baik, adil, tidak zalim. Demi menyelamatkan agama, Baginda mengajak kaum Muslimin berhijrah ke Kota Habsyah.
2. Pembebasan Baitulmaqdis Oleh Saidina Umar Al-Khattab.
  •  Sebenarnya, Zionis / Israel ini belajar daripada sejarah silam. Keranatidak mahu sejarah berulang kembali, mereka akan memastikan untuk membuat serangan ke atas bumi Palestin sekitar Bulan Rejab hingga habis Ramadhan, kemudian mereka akan buat alasan untuk gencatan senjata. Begitulah setiap tahun akan diulang-ulang kerana mereka ketakutan dalam diri mereka oleh bayangan sejarah silam.
  • Sewaktu Saidina Umar berjalan-jalan di Kota Jurusalem di mana terdapat Masjid Al-Aqsa, semasa sedang melintasi sebuah gereja berhampiran tiba-tiba terdengar laungan azan. Masa tu Saidina Umar nak solat, kemudian paderi gereja itu mempelawa untuk beliau solat sahaja di situ. Namun beliau menolak kerana bimbang sekiranya beliau solat distu maka umat lain akan berduyun-duyun datang ke tempat beliau solat (gereja). Jadi beliau meminta paderi menunjukkan di mana Masjid di mana terjadi peristiwa Rasullulah diangkat ke langit. Paderi yang dah tahu kisah Isra' Mikraj itu menunjukkan Masjid Al-Aqsa pada SAidina Umar Al-Khattab dan terjadilah pembebasan Baitulmaqdia ketika itu.
  • Ada beberpa pemimpin Zionis ni buat manifesto. Di mana pemimpinan mana yang paling ganas iaitu dapat menjatuh dan membunuh penduduk Palestin dia diangkat sebagai pemimpin. Hinggalah ada manifesto yang mencadangkan  untuk merampas terus BaitulMaqdis dan dia diangkat menjadi Presiden ketika itu.
  • Theodor Herzl anak seorang paderi yang hebat. Membunuh ayahnya kemudian menyatakan Kitab Taurat yang diberi bapanya dan menubuhkan kepercayaan baru iaitu Zionis. Sebab itu ada Yahudi yang tidak suka dan tidak menerima ionis ini yang cuba seleweng segalanya termasuk Kitab Taurat tu.
3. Berlaku Perang Tabuk.
  • Syam terdiri daripada 4 Negera iaitu Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan. Perang Tabuk berlaku di Timur Jordan. Perang ini adalah perang menang tanpa berperang di mana musuh umat Islam mengundur diri kerana merasa akan kalah disebabkan semangat yang ditunjukkan oleh Umat Islam.
 4. Lahirnya Imam Syafie.

5. Berlaku peristiwa Isra' & Mi'raj. 
  • Dalam perjalanan sepanjang peristiwa Isra' & Mi'raj itu, seluruh kawasan yang dilalui diberkati Allah. Sebab itulah kawasan sepanjang perjalanan di Masjidilharam ke Masjid Al-Aqsa lahirnya di situ ulama-ulama hebat.
  • Ada tiga surah di dalam quran iaitu Surah ke-16 (Al-Nahl), Surah ke-17 (Al-Israa), dan Surah ke-18(Al-Kahfi), ketiga-tiga surah ini adalah surah yang ajaib di mana mengajak untuk manusia berfikir dan mengkaji. Dalam surah Al-Nahl bercerita berkaitan lebah di mana ajaibnya lebah ini, lebah hanya menggunakan 6% sahaja madu untuk kegunaan makanannya manakala selebihnya untuk kegunaan manusia. Surah Al-Israa pula menceritakan berkaitan keajaiban peristiwa Isra' dan Mi'raj. Manakala Surah Al-Kahfi berkaitan dengan Dajal di mana hidup pada masa terkehadapan. Dari situ Allah telah menyusun aturan surah ini mengikut peringkat kefahaman manusia iaitu menujukkan yang Al-Quran ini merupakan satu mukjizat.
  • Ada 3 wanita Islam hebat yang dijanjikan ganjaran syurag iaitu Asiah, isteri kepada Firaun merupakan wanita yang paling berkuasa di mana beliau dapat menundukkan Firaun Raja paling zalim untuk memujuk supaya Nabi Musa duduk sebumbung dengannya. Wanita paling kuat iaitu panglima perang adalah Khaula Al-Azwar hinggakan para pengikut perang sangkakan itu adalah lelaki tatkala memakai kelengkapan perang. Wanita yang sangat berani dalam berperang. Wanita hebat ketiga adalah Saidatina Siti Khadijah iaitu isteri Rasulullah di mana beliau adalah wanita paling kaya di Mekah. Dua pertiga keluasan Mekah adalah hak milik Saidatina Khadijah dan beliau berkahwin dengan Nabi Muhammad untuk membantu dalam perjuangan Rasulullah. 
  • Rasulullah telah kehilangan dua orang yang sangat dikasihi Baginda dalam masa terdekat iaitu Abdul Mutalib, datuknya dan isteri kesayangan Baginda, Siti Khadijah. Dengan itu, Allah menjadikan peritiwa Isra' dan Mikraj ini sebagai ubat kepada Baginda Rasulullah yang sedang kecewa dan sedih ketika itu.
  • Dua perkara yang berlaku dalam Isra' dan Mikraj iaitu berkaitan solat dan juga melihat sendiri syurga, tempat yang dikhusus khas buat umat Nabi Muhammad S.A.W.


Empat (4) Cara Untuk ke Syurga :

1. Sebarkan salam.
  • Banyakkan ucapkan salam. As-salam sendiri bermaksud menghidupkan kesejahteraan dan kasih sayang. 
  • Ilmu yang paling besar bukan kemahiran (skill) tetapi akhlak.
  • Pupuk kasih sayang daripada rumah.
       
2. Hidupkan kasih sayang.
  • Hidupkan waktu makan iaitu suasana ketika waktu makan. Contohnya amalkan sunnah meminum pada bekas yang sama pasangan kita (suami/isteri). Amalkan makan suap menyuap suami atau isteri depan anak-anak supaya anak-anak boleh ambil dan praktikkan bila dia dah besar nanti. Anak-anak akan copy paste apa yang mak dan ayah dia buat. Jadi tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Jangan sekali gaduh depan anak-anak kerana akan buatkan anak-anak hilang hormat pada kedua ibu bapanya dan pada pasangannya kelak.
  • Amalkan beri makan pada kawan-kawan atau jiran tetangga tanpa mengharapkan sebarang balasan.
3. Hubungkan tali persaudaraan.
  • Elakkan hasad dengki dalam diri.
  • Tiga akibat jika ada hasad dengki : Amalan tidak akan diterima, setiap doa tidak akan dimakbul Allah dan rezeki mereka akan terhijab.
4. Solat pada waktu malam, waktu orang sedang tidur (Qiamullail).  
  • Lazimkan solat pada sepertiga malam, paling tidak pun solat sunat 2 rakaat. 
  • Ketika kita tidur, ada tiga belitan dalam diri iaitu : Belitan pertama akan terputus apabila kita terjaga. Belitan kedua terputus apabila kita ambil wuduk. Belitan terakhir akan putus apabila kita menunaikan solat 2 rakaat. 
  • Amalkan solat witir sebelum tidur. Kalau tak dapat buat tiga, buat satu rakaat setidak-tidaknya. Banyak fadilatnya.
  • Solat pada sepertiga malam membantu melancarkan perjalanan darah dan akan mudah oksigen sampai ke otak. Urat-urat halus pada otak akan mula aktif pada 2/3 malam di mana ketika itu tarikan graviti bumi kuat. Bila oksigen cukup sampai ke otak, tidak akan berlaku penyakit-penyakit yang melibatkan kepala lain seperti sakit kepala, migrain, kanser, insomnia, amnesia,  alzheimer dan lain-lain penyakit disebabkan otak. Info tambahan : Bahagian depan dahi adalah bahagian yang paling banyak cas ion positif di mana akan meransang untuk melakukan kebaikan. Jaga bahagian ini elok-elok.

Kita telah berada pada dunia akhir zaman. Banyak tanda-tanda kiamat telah muncul. Antaranya : 

  • Tanah Arab yang gersang kini telah mula subur kehijauan. Itu adalah tanda kecil kiamat yang terakhir berlaku sebelum tanda kiamat besar.
  • Orang muda banyak yang mati dahulu daripada orang tua.
  • Kematian yang datang secara mengejut seperti kematian daripada kapal terbang terhempas, kematian daripada kes tembakan rambang di dalam masjid di Christchurch. Kejadian-kejadian ini akan berterusan berlaku sehingga kiamat tiba.
Raih syurga Allah. Allah tak pernah zalim. Allah tak pernah nak masukkan kita ke neraka. Kerana kita sendiri yang menzalimi diri kita dengan membuat pilihan untuk ke neraka. Sedangkan Allah sentiasa sediakan syurga buat kita dan kita dijemput dan dibawa untuk ke syurga. Syurga Allah sentiasa menanti kita. Usahakan diri kita untuk masuk ke syurga bukan menempatkan diri kita ke naraka. Buat benda yang baik-baik untuk dapat ganjaran yang baik. Wallahua'lam.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang aku cuba terjemahkan daripada ceramah yang disampaikan PU Amin tadi. Terima kasih buat Ustaz atas perkongsian ilmu tadi dan terima kasih juga kerana bersusah payah datang daripada Lenggeng, Negeri Sembilan dengan bermotor semata-mata untuk menyampaikan ilmu pada kami yang sentiasa dahagakan ilmu buat santapan rohani dan minda. 



Suka untuk aku kongsikan juga rakaman video secara LIVE ceramah PU Amin. Jika berkesempatan bolehlah klik Ceramah LIVE PU Amin . Moga apa yang dikongsikan berolah manfaat dan berkah. Boleh share setiap apa yang terbentang di sini untukmkebaikan bersama. Setiap apa yang baik daripada Allah dan yang sebaliknya daripada diri aku sendiri. Thanks ya sudi luangkan masa membaca coretan yang agak panjang ini. 😄


Baca juga :

Ceramah Ustaz Don 

Ceramah PU Rahmat

#terimakasihsudibaca



Comments

  1. Wahhhhh detailnya ezzan. Lengkap sungguh. Thumbs up for the very nice write up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni macam banyak nak ditulis... banyak info dapat... huhuu.. anyway thanks ksarie.. 😉

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap