Padang Besar > Hat Yai... Travel Dengan Classic Train!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kengkawan,

Setelah berbulan aku tak update tentang misi jalan-jalan cari makan aku ke Hat Yai, so ni aku nak sambung balik. Suka tak? Ramai yang PM, komen kat muka buku dan tak kurang jugak yang tanya depan-depan, "Bila nak sambung cerita Hat Yai?". Glup... telan-telan liur ceq bila dapat soalan cenggitu. Nampak nau suka cite lompat-lompat, kan? Haduuu... maafkan patik.

Apa jadi lepas tu? Okaylah, pada mereka yang terlepas cerita aku daripada mula untuk misi jalan-jalan cari makan ni, bolehlah tengok balik thread sebelum ni Bermalam di KL Sentral  dan ETS : KL Sentral to Padang Besar . Senang sikit nak rujuk ikut sequence, kan.

Hat Yai Classic Train 

Lepas je proses imigresen selesai, inilah saat-saat yang dinantikan. Elok je lepas pintu ke Platform 2, dengan gahnya terbentang panjang keretapi di hadapan kami. Masa tu dok kelam kabut ingat dah lambat sangat, menonong kami terus masuk cop tempatlah kengkonon. Padahal takyah rebut-rebut pun, sebabnya kami orang paling awal masuk. Bolehlah pilih nak duduk kat seat yang mana satu. So far depa bagitau free-seater. So, dengan senang hatinya kami memilih tempat. Siap boleh tukar-tukar bila rasa tak selesa. Hahaha.

Keadaan dalam train

Mula-mula macam ragu-ragu nak bergambar kat luar sebab takut keretapi nak gerak. Last-last tengok macam panjang je lagi barisan orang tengah check kat imigresen, apa lagi, misi bergambar-gambarlah. Sempatlah snap beberapa keping gambar dengan pelbagai aksi. Orang takde pulak tu. Rasa dunia ini ana yang punya. Bergaya bebas sungguh kami time tu.

Kemain suka beraksi cenggini - masa belum jalan lagi boleh la...

Lega dapat naik lepas menunggu lebih kurang 4 jam.

Almost 40 minit baru keretapi bergerak. Nampak tak berapa banyak masa kami boleh berposing area situ? Kikiki. Keretapi bergerak je dah seronok sangat. Sebab apa? Sebab panas giler selagi tak bergerak. Dalam tu adalah jugak kipas, tapi macam nak tak nak je angin tu bertiup. Sepoi-sepoi bahasa bak kata orang sastera. Kena tak kena je libas kat muka. Haduu... Even banyak kipas memang tak terasa langsung anginnya. Aku tak tahulah kalau ada yang bawa anak kecil. Mesti tak selesa.

Tips : Pastikan ambil tempat yang ada kipas untuk elak panas. Ada tempat letak beg kat situ. 1st come 1st serve.

Tapi, start aje train jalan... the journey begins. Omak aiii... laju jugak keretapi ni. Nama je keretapi klasik. Tapi boleh tahanlah lajunya. Janganlah  kome pandai-pandai nak keluarkan kepala or tangan or apa-apa yang sewaktu dengannya semasa keretapi bergerak. Kebarangkalian untuk putus memang tinggi, weh! Nanti aku kongsikan video saat keretapi lalu jambatan besi. Ngeri, kot!

                        Time lalu kat jambatan besi.

Keretapi akan berhenti di beberapa stesen. Tak silap aku dalam dua or tiga stesen aje. Lupa pulak aku nak kira. Ada satu stesen tu, Stesen Khlong Ngae tak silap aku, nampaklah gelagat passenger yang mengejar keretapi. Syok pulak tengok gelagat depa ni. Aku pulak excited bersorak perlahan suruh dia naik cepat-cepat. Huhuhu. Bila tanya adik, dia dapat naik tak? Adik bagitau dapat. Syukur. Eh... tetiba rasa prihatin pulak dekat brother tu. Kikiki.


Sepanjang perjalanan tu adalah beberapa spot yang pada pandangan aku sangatlah cantik & menarik untuk abadikan kenangan gambar-gambar tu. Biasalah, bila naik train ni, nak dapat pemandangan yang menarik ni susah sikitlah. Biasa depa lalu antara ladang-ladang, hutan-hutan, kebun-kebun orang, then adalah jugak sesekali kat kawasan pekan & rumah-rumah. Tapi pada aku tetap best. Pengalaman yang lain daripada yang lain.

Credit photo to D.
Antara yang sempat dicapture.

Sesekali bila keretapi berhenti, aku tak lepaskan peluang untuk ambil gambar ala-ala hindustan. keluar kepala sambil menikmati keindahan alam kengkonon. Tapi bila start je keretapi berjalan terus memasing masukkan kepala kat dalam. Tau takut. Dah macam kekura dah aku tengok. Hahaha.

Tak tau lah gambar apa ni, tapi cantik je tengok.

Oleh kerana waktu aku naik tu dah petang, matahari pun dah mula nak jatuh, jadi tak adalah panas sangat. Pada aku memang best time macam tu. Dengan anginnya yang masuk sama laju merentangi keretapi. Angin berdesir menyapu wajah. Tenang & mendamaikan. Memang feeling dia macam kuch kuch ho ta hai la time tu. Walawei...

Nampak tak dia punya feeling Hindustan tu. Kikiki.

Lebih kurang empat puluh lima minit lepas tu, nampak tanda-tanda keretapi dah mula perlahan. Dalam hati, "Eh, takkan dah sampai kot? Tak puas lagi nak feeling Taal takkan dah sampai?". Dan hakikatnya memang dah sampai. Ok, sekarang nampak tak? Kelemahan naik keretapi ni, ko tunggu bagai nak rak kat stesen, lebih kurang 4 ke 5 jam, alih-alih dapat feel atas keretapi 45 minit aje? Haaa... nampak? 
Ambil feel angin petang bertiup menyapa wajah. Syok ooo....

Tapi... walaupun camtu, pada aku tetap seronok dan satu pengalaman yang susah nak gambarkan. Jarang sangat nak jumpa keretapi lagi-lagi kat dalam Malaysia yang tingkap terbuka, guna kuasa angin je tanpa aircond bagai. Tapi oklah, kat sini dapat rasa. Dan itulah kelebihan dan pengalaman yang sangat mengasyikkan. Korang kena try! Highly recommended untuk mereka yang bujang yang travel tanpa anak kecil yang nak rasa pengalaman lain daripada yang lain.
View ni tandanya dah nak sampailah tu.

Sampai je kat Hat Yai Junction, masing-masing dah sedia turun. Aku ingat nak turun last-last. Nak amik gambar puas-puas dengan keretapi klasik ni. Tiba-tiba ada satu cerita kelakar terjadi.
Welcome to Hat Yai Junction

Jejak je kaki kat lantai Hat Yai Junction, dari jauh, aku dengarlah beberapa pemuda ni dok jerit-jerit, "Tutup, tutup". Aku apa lagi cepat-cepatlah posing apa yang patut. Tengok depa leka je, kitaorang dok bergambar lagi. Then sampai sorang brother ni datang kat kitaorang dengan muka seriusnya dia cakap, "Tutup, tutup, tutup".

Masih boleh tersenyum padahal dengar orang dok cakap "tutup tutup".

Aku angguk-angguk cakap ok, nak bagitaulah kami faham nak tutup. Tapi pelik jugak, cepatnya tutup. Agaknya pintu gate yg kat sini nak tutup tu. Apa lagi, cepat-cepatlah kami berlari ke pintu risau tutup pulak kang.

Muka happy dapat bergambar sampai-sampai je kat Hat Yai.

Untuk pengetahuan, exit ke jalan besar, kena lalu satu pintu sambil melintasi landasan yg berlawanan arah. Asalnya aku fikir mungkin depa nak tutup pintu sebab keretapi yang landasan satu lagi tu nak lintas. Berlari-lari anaklah kami dok lintas landasan nak kejar pintu sebelum tutup.
Gigih la memasing melintas ingat pintu ni nak tutup. Hahaha.

Sampai-sampai je kat landasan yang satu lagi tiba-tiba datang pulak satu pakcik ni cakap lagi, "Tutup?" Kami tanya apa? Sebab confius apa benda tak kena lagi cakap tutup tutup daripada tadi. Kali ni baru jelas dia cakap.

"Tuktuk?" Aku, adik & D dah nak tergelak dah. Tapi demi menghormati deme, kami just geleng je dulu cakap no.
Tu jalan keluar dari stesen. Tapi aku suka nak bercerita tentang Thailand ni. Di mana-mana ada gambar pemimpin mereka. Besar terpampang.

Ya Allah! Rupanya daripada tadi depa tanya nak tuk tuk ke? Dah kenapa kitaorang dok dengar tutup-tutup. Tak pasal-pasal kalut kami berlari lintas landasan. Hadoiii. Inilah bahananya bila ada kat tempat orang. Kena dengar slang depa betul-betul. Memang tergelak besarlah kitaorang bila dok fikir-fikir balik.

Sampai je situ, memasing nak cari air. Dahaga sesangat ni. Tekak ni memang dah terbayang air sejuk mengalir membasahi anak tekak. Singgahlah satu kedai serbaneka kat situ. Belilah air & beberapa jajan yang ada halal. Yang penting kami nak tukar duit besar kami. Itu tujuan utama sebenarnya. Nasib baiklah kedai tu ok. Huhuhu.

Ada banyak gerai jual air. Tapi kami masuk kedai sebab nak tukar duit besar. Kalau gerai camni dorang taknak terima duit 1000 Baht takat beli air setin.

Then kami ke kaunter tiket bertanyakan tentang tiket untuk ke destinasi seterusnya lusa iaitu ke Bangkok. Kami diberi pelbagai pilihan. Akibat blur dengan pilihan yang ada plus kami kompius nak just seat aje or sekali dengan katil, kami ambil keputusan just snap pilihan yang ada tu then sampai bilik nanti baru decide. Lagipun badan tengah kepenatan plus perut yang tersangat lapar buatkan sel-sel otak kami masih mencari arah untuk berhubung. Kikiki.

Senarai harga tiket ke Bangkok.

Then kami terus buka google maps, cari jalan ke penginapan yang dah kitaorang tempah iaitu Sandee Room. Nanti aku cerita lebih lanjut tentang Sandee Room ni ye.

Kalau ikutkan, jalan kaki cuma 6 minit sahaja. Dekat sangat dah tu. Memang kami tak ambil apa-apa kenderaan. Kami jalan kaki je ke situ.

Dekat luar ada banyak tuk tuk. Pada mereka yang duduk jauh, pilih je tuk tuk mana jadi idaman. Kena pandai bargain harga, ok.

Sepanjang perjalanan tu, adalah beberapa gerai jual makanan. Dengan perut yang dah memang lapar banget, memang memintalah bila bau semua makanan tu. Tapi kami sabarkan hati. Better cari je dulu Sandee Room. Nanti baru fikir makan. Lagipun risau sebab time dah lambat masa tu. Takut depa ingat tak jadi ke kan. Sebab sebelum ni kami bagitau kat emel sampai sekitar pukul 4 petang. Tak sangka pulak pukul  5 lebih baru sampai. Belum masuk kami melilau kat Hat Yai Junction dalam 40 minit. Nanti tak pasal depa kasi bilik tu kat orang lain.

Nak cari Sandee Room tak adalah susah mana. Memang puas hatilah. Booking penginapan yang kena dengan jiwa dan dekat dengan segala kemudahan.

Inilah main door Sandee Room.

Sampai aje bilik lepas check-in bagai, kami rehat-rehat sekejap sebelum memulakan misi utama kami, food hunter!

Nak tau pengalaman kami cari makanan yang best-best? Apa-apa tips jalan-jalan cari makan? Harga makanan? Nantikan thread aku seterusnya yang akan datang. Stay tune....


Belanja Hangus :

Air & Jajan :  47 Baht
Sandee Room 3D2N : 2000 Baht / 3 = 670 Baht

Total : 717 Baht

#terimakasihsudisinggah

Comments

  1. Bestnya ezzan.....Sudi tak gamaknya nanti nak jadi tourist guide ksarie dan keita untuk trip ke Hat Yai yang macam ni hehehehheheehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... halamakkk... ingat taknak masuk dulu Thailand untuk jangkamasa setahun dua ni... nak ke tempat lain dulu... hehehe... tapi memang ada target ke bangkok or indochina naik train... tapi bukan dalam masa terdekat huhu... Trans Siberian naik train pun best gak kak sarie... cumanya nak study lebih plus mengumpul duit lebih... hehehehe...

      Delete
    2. Kalau tak cukup korum untuk Trans Siberian tuh jangan lupa roger ksarie k

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kembang Semangkuk Petua Orang Lama

KL Sentral > Padang Besar ... Bestnya Naik ETS!

Resepi : Cucur Badak Lembut dan Sedap