Sebelum aku memulakan nukilan kali ini, aku nak minta berbanyak maaf sebab lambat update tentang thread kali ni. Sampai dah habislah program tu. Apa dia tu? Untuk thread kali ni, aku nak share riang riang raya aku dekat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Bahasa Arabnya Kuala Lumpur International Book Fair 2019. Arab sangat! Hehehe. PBAKL2019 kali ini bermula pada 28 Mac 2019 dan baru sahaja melabuhkan tirainya pada 7 April 2019.
|
Welcome to KLIBF2019. Syurga dunia para pencinta buku. |
Eh, dah raya? Mestilah! Untuk peminat buku, para penulis & karyawan tidak ketinggalan pembaca tegar, PBAKL ini adalah hari raya buat mereka. Setahun sekali je, beb! Kalau raya kita dihidangkan dengan kuih muih dan aneka juadah raya, untuk PBAKL, akan dihidang dengan pelbagai buku, novel, majalah, komik atau apa-apa bahan bacaan yang pelbagai warna dan rasa.
|
Booth Patriots Publication |
|
Booth Prolog Media - Sesiapa yang minat gila dengan Anna Lee boleh serbu kat booth ni lain kali |
|
Booth DBP - Serius menarik kat booth DBP ni. Banyak Diskaun! |
|
Booth Roman - Kat sini pun banyak buku best-best ala-ala indie |
|
Booth Karya Seni - Ni tak yah perkenalkan, banyak buku-buku adaptasi tv banyak dekat sini. |
|
Kat sini pun best. Buku-buku Fiksyen & Non-Fiskyen English banyak kat sini. |
|
Buku-buku kanak-kanak pun harga depa bagi heaven sangat! |
|
Siapa suka masak-masak, tak ketinggalan ada jual buku resepi yang best-best. |
|
Persembahan nyanyian lagu-lagu puisi di reruai ITBM. Layan gak lagu-lagu tu. Sedap telinga dengar. |
|
Murah, beb! |
|
Kat Bahagian ITBM memang aku jadi rambang mata. Buku-buku dijual serendah 80% diskaun. Dahsyat weh! |
So, boleh pilih aja apa yang menjadi minat anda. Nak buku cintan-cintun semanis gula? Buku misteri tahap susah nak rungkai? Buku aksi & thriller yang meninggalkan kesan yang mendebarkan? Atau mungkin juga buku seram yang buat tegak semua bulu roma? Tidak ketinggalan juga buku-buku ilmiah lain yang pelbagai genre sains, sejarah, politik, kejuruteraan, medic, pengetahuan am lain. Terdapat juga buku-buku agama, kitab-kitab dan pelbagai lagi yang seangkatan dengannya ada di sini.
Pada peminat bacaan santai seperti majalah, komik, manga juga punya aneka pilihan daripada pelbagai penerbit. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Yang penting buku-buku ini dijual dengan harga yang cukup murah! Sangat berbaloi.
|
Buku-buku & kitab-kitab agama pun ada. |
|
Serius tak tahu nak pilih buku apa. Menarik semuanya. Nak borong semua boleh? |
Sesuai juga PBAKL2019 kali ini diadakan pada minggu cuti sekolah. Jadi, ibu bapa berpeluang membawa anak-anak berjalan-jalan di tempat yang dipenuhi dengan pelbagai ilmu ini. Sesuai sangat dengan anak-anak ini. Didik daripada kecil untuk mencintai buku. Selain buku-buku latihan dan pelajaran, pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan anak-anak boleh ditemui di sini. Harga yang ditawarkan juga boleh buatkan mak ayah juling mata nak memilih yang mana satu. Rasa semua hendak diborong! Hahaha.
Kali ni Selangor merupakan negeri tamu jemputan untuk PBAKL2019 ini. Ada pelbagai lagi reruai yang terdiri daripada negara luar seperti daripada Saudi dan Brunei selain Universiti juga mengambil peluang untuk membuka reruai masing-masing.
|
Negeri Tamu, Selangor Darul Ehsan |
Pentas Utama sememangnya tidak pernah kosong dengan pelbagai aktiviti dan acara. Ada sahaja aktiviti yang diadakan di situ. Itu belum lagi termasuk jadual penulis yang datang untuk sesi promosi dan tandatangan pada setiap reruai. Ada juga artis-artis jemputan yang datang menyerikan lagi reruai sama ada untuk tujuan promosi drama daripada adaptasi novel atau buku dan ada juga yang dijemput bagi menghiburkan pengunjung yang hadir.
Kali ini, sebagai menyambut seruan kerajaan untuk melestarikan alam sekitar tanpa plastik, pengunjung digalakkan untuk membawa beg sendiri ke sini. Ada certain booth yang tidak langsung menyediakan beg plastik. Jadi, masing-masing akan bawa beg atau green bag daripada rumah. Havoc tak havoc sambutan ni, ada yang menarik beg beroda datang ke sini. Aku pernah jugak buat camtu, tapi tahun lepaslah. Memandangkan kali ni aku repeat dua kali (ulang betul-betul, dua kali, ya.), so cukuplah sekadar bawa beg sandang 30 liter. Tu pun ada gak yang dikendong kat tangan. Hahaha.
Harga? Murah ke? Ehhhh... lagi nak tanya. Nak tau murah atau tidak, kalau aku sendiri dah dua kali repeat plus terlebih had belanja tu kira macamana? Serius, sangatlah murah! Buku-buku baru dijual dengan potongan antara 3-10% manakala ada buku yang telah lama dicetak dijual sehingga 80%. Manalah aku tak gila sekejap! Hahaha.
Tapi yang paling best kat sini bila dapat jumpa sendiri dan berbual dengan penulis terutama pernulis yang menjadi kegemaran kita. Yang penting, hafal jadual penulis yang akan turun padang. Bukan senang nak rebut peluang ni. Ada penulis yang datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa pembaca setianya. Kejar peluang ni yeop, kejar!
|
Sempat la bergambar dengan para penulis & kengkawan kaki buku. Ada yang 1st time jumpa, tau! Hehehe. |
Untuk kali ni, aku rasa istimewa sikit sebab aku dijemput sekali untuk meraikan Majlis Pelancaran Buku Diari Dari Penjara. Majlis diadakan pada 29 Mac 2019 (Jumaat) bermula jam 3.00 petang. Dirasmikan oleh YBM Tan Sri Tenku Razaleigh Hamzah. Buku mengisahkan Arwah Dato' Harun Idris yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor. Buku disusun semula oleh Dato' Kamal Amir.
Sebenarnya tak sangka dalam tu dipenuhi dengan golongan VVIP dan VIP. Dato'- Dato' saja dalam tu. Fuh! Apa yang aku kagum, depa ni punya semangat cinta dan sayangkan parti bersungguh-sungguh. Aku yang tak pernah-pernah join mana-mana parti politik ni pun rasa macam bersemangat dengar ucapan-ucapan depa. Huhuhu.
|
Majlis Pelancaran Buku Diari Dari Penjara. |
Selepas doa, majlis dimulakan dengan deklamasi sajak. Perghh! Dahsyat sungguh pendeklamasi tu. Semangat betul! Aku terkesima mendengarnya. Tetiba jadi ayat satera pulak. Hahaha. Then adalah sedikit gimik pelancaran dan buku juga ada dijual. Dapatlah aku beli buku tu dengan harga promosi sempena pelancaran. Memang wajib baca buku Diari Dari Penjara tu. Kawan aku yang dah berjaya khatam (pantas sungguh lahaii...), katanya buku ni memang best dan menjadi buku wajib baca. Ok, aku akan cuba baca dalam masa terdekat then nanti aku review kat blog ni, eh.
|
Sempatlah sambar. Harga promosi time ni RM40. |
Nak cerita tentang PBAKL2019 ni kalau dok cerita memang 7 hari 7 malam tak boleh nak abes. Ada sahaja cerita yang menarik yang boleh dikongsi kat sini. So, lepas ni pada mereka yang masih belum berkesempatan jejak kasi ke PBAKL, aku suggest tempat yang wajib pergi! Tahun ni tak sempat? Tak apa, tahun depan ada lagi memandangkan ini program tahunan yang diadakan sejak zaman berzaman. Lagi-lagi kalau kau duduk dekat je situ. Tak jauh mana pun, kat PWTC je. Kalau pening sangat naik kete susah cari parking & jalan jem, korang naik je public transport. LRT turun kat stesen PWTC. Kalau naik komuter turun kat stesen Bank Negara. Jalan kaki lenggang mak limah dah sampai. Rugi wei yang dekat pun tak pergi kat tempat yang bagus camni. Bayangkan orang jauh sanggup naik bas tujuh lapan jam, naik kapal terbang bagai semata-mata nak pergi sini. Kome yang dekat takkan tengok saja kut...
Tahun depan jangan lupa pi situ naaa... dijamin berbaloi-baloi. Meh cuci-cuci mata tengok buku-buku yang aku borong selama 2 kali repeat tu. Banyak-banyak beli ni bila nak baca? Soalan sensitif jangan ditanya weh... hahaha. 😁😄😸😅
|
Murah-murah je ni... |
|
Tengok tu, ada buku apa? Nur 2. Hehehe. |
|
Geram je tengok novel-novel ni. |
|
Yeay! I'm Anna Lee Fans. Wajib sambar buku terbaru beliau. |
|
Ni beli kombo buku-buku sasterawan negara. |
|
Aku memang aim buku-buku Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ni dari tahun lepas. Dapat gak beli tahun ni. |
|
Buku dari The Patriots & Faisal Tehrani. |
|
Ni buku-buku lama Creative Enterprise. Dulu zaman remaja buku CESB nilah yang aku terjah dulu. |
|
Majalah pun aku beli. Rm1 untuk senaskah. Murah tu. Banyak info dalam tu & paling penting contoh cerpen. |
|
Ok, yang ni aku beli semata-mata nak belajar penulisan Novel Sejarah untuk Remaja. Kot ada rezeki untuk penulisan Sayembara ke, kan. |
|
Lagi Novel Sejarah. Semuanya ada 8 set. Dan murah giler! |
|
Buku-buku under Karangkraf. |
|
Ok, buku-buku ni memang dapat harga heaven. 80% off, ok. |
|
Antara buku yang paling aku nak baca. |
|
Lagi buku-buku ITBM yang murah sangat-sangat. |
|
Seorang Tua di Kaki Gunung. Serius. Buku tu aku antara sebab aku pergi dua kali. Kali pertama pergi habis stok. Fuh! |
#terimakasihsudisinggah
wah seronoknya!Saya tak pernah menjejak kaki ke PBAKL.Entah bila berkesempatan.Harap ada la BBW nak pergi kt negeri saya...nak sangat pergi pesta buku....doakan ya..heheh
ReplyDeleteBBW saya xpernah pergi lagi. Tapu memang teringin nak pergi. Sebab kat situ lagi kaw2 harga diskaun depa bagi. PBAKL memang buat kat KL je la so far. Paling tak pun kat MAEPS. Hopefully adalah event2 buku besar kat tempat awak nanti. 😊
DeleteWahhhhh terselit gambar ksarie di situ heheheheehe. Thanks tau sebab sudi bersama-sama ksarie pergi ke Pelancaran Buku Diari Dari Penjara dan teman merayau di PBAKL
ReplyDeleteThanks jugak kak sarie invite sekali... nanti kalau ada lagi, bagitau lah ehh... hehhehe...
Deletetuan mohon nama penerbit @ no contact Buku Diari Dari Penjara ya
ReplyDeletebeminat
Tkasih
Mungkin tuan boleh berhubung di IG saudari @tinnaaziz Fatin Aziz . Saya harap beliau dapat membantu tuan.
Delete